Wednesday, February 2, 2011

kisah : Mangkuk yang cantik, Madu dan Sehelai rambut


Assalamualaikum wbt. apa khabar? diharap semua sihat2 belaka..
bersyukur kerana malam ini masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas diatas bumi Allah ini, terima kasih, ALLAH..

malam ini ingin berkongsi suatu kisah nabi yang agak terkenal sebagai peringatan bersama.. juga untuk direnung2 kembali..may Allah bless us!






Rasulullah s.a.w. dengan sahabat-sahabatnya Abu Bakar r.anhu, Umar r.anhu, Uthman r.anhu dan Ali r.anhu bertamu ke rumah Ali r.anhu. Di rumah Ali r.anhu, isterinya syaidatina Fatimah r.anha puteri Rasulullah s.a.w. menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan, sehelai rambut terikut di dalam mangkuk tersebut. Rasulullah s.a.w. kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat satu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (mangkuk yang cantik, madu dan sehelai rambut)


Abu Bakar r.a: iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut ini.


Umar r.a: kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut.


Uthman r.a: ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan beramal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut.


Ali r.a: tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjadi tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sehingga dia kembali pulang itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut.


Fatimah r.anha: seorang wanita itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, wanita yang berpurda itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tidak pernah dilihat kecuali muhrimnya itu lebih sukar dari meniti sehelai rambut.


Rasulullah s.a.w bersabda: seorang yang mendapat taufik untuk beramal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, beramal debgan amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat amal debgan ikhlas itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut.


Malaikat Jibrail a.s: menegakkan tiang-tiang agama itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menyerahkan harta, diri dan masa untuk usaha atas agama sehingga akhir hayat itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha atas agama itu lebih sukar dari meniti sehelai rambut.


Allah azawajallah berfirman: syurgaKU lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini,nikmat syurgaKU lebih manis dari madu, dan jalan menuju syurgaKUdalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut.



1 comment:

Unknown said...

subhanaAllah..semoga kita mudah membuat amal. dan diterima-Nya..amin