Saturday, May 18, 2013

marilah kita belajar untuk selalu bersangka baik


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum




tazkirah ringkas hari ini.

peringatan untuk diri aku sendiri sebenarnya

bersangka baik. kadang-kadang memang susah, apatah lagi kepada manusia apabila manusia itu melakukan sesuatu yang boleh membuatkan kita bersangka buruk kepadanya

tapi walaupun sukar kita masih boleh mengajar diri untuk bersangka baik, tidak kira kepada manusia, mahupun kepada Allah.

bersangka baik  ni bagus sebenarnya, ia akan membuat jiwa kita lagi tenang.. so bila ada sesuatu situasi yang boleh menyebabkan kita bersangka buruk kepada manusia lain, cepat-cepatlah beristighfar dan bersangka baik....jangan biarkan diri selalu bersangka buruk kerana ia akan menghilangkan ketenagan hidup kita

Allah telah berfirman yang bermasud :

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang. Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain..."
(Surah al-Hujurat, ayat 12)

akhir kata, segala yang baik itu datangnya dari Allah..dan segala yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri

wallahu'Alam


Sunday, May 12, 2013

sampai bila-bila pun kita takkan dapat puaskan hati semua manusia


sampai bila-bila pun kita takkan dapat puaskan hati semua manusia
kan?
dan sampai bila-bila pun akan ada manusia yang kurang senang dengan diri kita
kan? kan? ..kan?

okfine.agak banyak kan disitu.

manusia,
akan ada yang suka kita, dan akan ada yang benci kita juga
biasalah tu kan..well, we not even like anybody, rite .
kita pun bukannya suka semua org, jadi tak pelik la jika ada yang tak suka kita

so jangan fikir banyak sangat
just live ur life just the way u r..
whatever people think 'bout you, it's not ur problem
they might be wrong or right 'bout what they think
biarkan saja..biarkan saja

pekakkan telinga ..

aku hidup untuk diri aku, untuk tuhan aku, dan tuhan kamu juga.. tuhan kita sama
janganlah banyak bersangka buruk antara satu sama lain

accept each other..complete each other
and try to understand other

aku tahu yang sometimes kata-kata aku selalu mem-perli  diriku sendiri
but well, i just try to do what im said

mungkin aku tak sempurna
bukan mungkin tapi memang..tak sempurna
so if i did something wrong..something that make you feel bad
or make u angry
or make u sad
or make u disappointed
or make u feel something that i didn't know,
please let me know

aku terima jika orang nak tegur
atau nak bagi nasihat
atau nak marah sekalipun

tapi tolonglah
gunakan cara yang sepatutnya

berhemah mungkin
berhikmah

jangan nak marah sangat
orang pun tak suka mcm tu

hmm..dah la..

lain kali aku update lagi

okbai


Tuesday, March 19, 2013

jangan mengumpat


Bismillah and Assalamualaikum

so this is a simple reminder from me, for me, for you, for us..especially for hawa.
bukan nak bagi ceramah, but just wanna give some reminder and something to reflect for us.

Jangan kita terlalu memandang keburukan dan kelemahan pada diri orang lain sehingga kita tidak lagi melihat kebaikan pada dirinya.

satu jari tunjuk pada orang, jari yang lain akan tunjuk pada diri sendiri. jangan nanti sampai Allah uji sehingga kita melakukan perkara  yang lebih teruk dari orang yang kita perkatakan.

sekarang kau mengata dia melakukan itu dan ini-ini dan itu..jangan sampai nanti kau akan lakukan perkara tersebut dengan lebih teruk lagi. ujian Allah boleh datang bila-bila masa.

jaga lidah. jaga percakapan. jangan terlalu mengata, berkata-kata. especially for kaum hawa

this is a reminder for myself too.. peringatan untuk diri aku juga sebab aku pun sometimes do the same thing. makan daging saudara sendiri. sedap,kan? sampaikan malaikat belah kanan pun dok relek je tak buat kerja, tapi malaikat sebelah kiri sentiasa busy sbb kita selalu buat perkara jahat. dosa. buruk. teruk.

cikgu saya kata "kesedaran itu bagus...tapi kesedaran dengan niat untuk berubah itu lagi bagus.."

kita selalu ada kesedaran, but we keep do the same mistakes again, again and again...sebab kita manusia. 
manusia itu sifatnya mudah lupa dan leka.




do remind each other.. iman kita turun naik. :)

peace no war..Assalamualaikum... ^_^