Sunday, August 29, 2010

Lailatul Qadr





Bismillahirramanirrahim...

Alhamdulillah,
All praises to Allah...

All praises to Allah,because of His mercy and His love,we are still given these ni'mah ~ imaan and taqwa. without these ni'mah,we are nothing in this world.Alhamdulillah...now,take a minute, do we ever feel that Ramadhan also is a ni'mah that given by Him? (open our mind ~ think about it deeply )

tomorrow,Insya Allah we will enter the last ten days in this Ramadhan so what do we feel? do we appreciate this month? or we just let them go without nothing with ourself and feel so happy because after that we can do our life like before? the life that full with negligence..

Last ten days in Ramadhan,means now we are entering to the area that full of reward if we are able to find it ~ the Lailatul Qadr . Lailatul Qadr is one of the holiest and most blessed nights, which is likely to occur on one of the odd nights on the last ten days of Ramadhan . The reward of worship on this night is better than the worship of a thousand months of worship, equivalent to a person's lifetime. So, on this night we should do Qiamullail, recite the Quran, do Tasbih, Zikr and others as much as possible.

"We began to reveal it (- the Qur'ân) during the Night of Majesty , And what shall make you know what the Night of Majesty is! , The Night of Majesty is better than a thousand months.,The angels and the Divine word come down therein, by the command of their Lord to (determine) each and every affair. ,(That Night is all) peace. It lasts till the rise of the dawn. Chapter" [Holy Quran, 97 : 1-5]

Before I end this entry, I hope that He accept us as His servant,hope that He always hold our heart to always stay in Faith with Him..in this short time,I was find the others link to we take more information and reminder about the Lailatul Qadr...[ read here ]

may Allah bless! love you all !


p/s : My condition is not stable right now so that I can't finish this entry.however,hope this link can give us more information. do pray for me,salaam alaikum..

Thursday, August 26, 2010

sekadar meraikan diri sendiri



Bismillahirrahmanirrahim.

hari ini habis sudah 16 Ramadhan.
esok pula 17 Ramadhan.

17 Ramadhan itu hari Nuzul Quran
17 Ramadhan juga merupakan Hari lahir aku

17 Ramadhan 1411,maknanya mengikut kalender Islam aku kini sudah berumur 20 tahun.

aku sekadar meraikan diri sendiri,kerana selain aku mak aku juga sama-sama meraikan hari ini bersama aku.baru tadi mak call.first bro pun call..second bro pun call.alangkah sedihnya.sangat rindu dengan mereka.sangat rindu...rindu sangat...

aku sangat merindui mereka,17 ramadhan...

dulu aku tak macam ni.masa tahun pertama kat sini,tak pernah sekalipun aku menangis begini tapi sejak tahun ke-2 disini,macam-macam dalam fikiran...perasaan sayang dengan keluarga semakin bertambah dan sekarang..................aku rindu sangat dengan mereka........


Monday, August 23, 2010

ما هذا ؟ ستبكي وسيخشع قلبك بعد مشاهدته





Ayah : apa ini..?
Anak : burung..
Ayah : apa ini?
Anak : kan sya dah bgtau ayah tadi itu burung!

Ayah : apa ini?

Anak : hei..buuuuurunnng!

Ayah : apa ini?

Anak : apa pasal ayah buat macam ni?!!!kan saya sudah bgtau ayah beberapa kali itu ialah burung!..kenapa ayah tidak faham2 lg?! itu burung!!..burung!!!!

Anak : kemana ayah pergi?

lalu Ayah memberikan sebuah buku kepada anaknya dan menyuruhnya ".....baca kuat2!"

"Hari ini anak saya yang sulung sudah makin besar beberapa hari sebelum genap umur 3 tahun. Suatu hari kami duduk2 bersama di sebuah taman, ada seekor burung hinggap di depan kami..anakku itu bertanya tentang burung itu sebanyak 21 kali!..ayah! apa ini?(21 kali!!!!!)

Aku pun menjawabnya sebanyak 21 kali..bahawa itu burung...
Ketika itu, aku memeluknya beberapa kali..dia bertanya, dan mengulang2 pertanyaannya kepadaku dengan soalan yg sama...berkali-kali tanpa membangkitkan kemarahanku sedikitpun..bahkan aku merasa sayang dan mesra dengan anak kecilku yang tidak kenal erti salah itu..

(ALQUR'AN)
"Dan Rabbmu telah memerintahkan agar kalian jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibubapa. Jika salah seorang diantara keduanya atau kedua2nya telah lanjut usia dalam jagaanmu,maka janganlah engkau mengatakan mereka dengan perkataan "ahh!" dan janganlah kau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik.23
dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan sepenuh kasih sayang dan ucaplah!" Wahai rabbku..sayangilah mereka berdua sebagaimana mereka berdua telah mendidikku saat aku kecil.24 (al israa')

HARGAILAH ORANG TUAMU!!!

perkongsian dari [ sini ]



Alhamdulillah


Alhamdulillah.

seorang sahabatku telah berhijrah ketudung labuh.
walaupun memakai tudung labuh itu tidaklah dikatakan sudah 'perfect'

namun ia adalah satu langkah menuju kesempurnaan dimata Allah

Alhamdulillah


Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

[surah al-Ahzab 33:59]





** sy sangat gembira.Alhamdulillah..




Wednesday, August 18, 2010

Monday, August 16, 2010

Fenomena AZAN


Bismillahirrahmanirrahim.

salam alaik kepada para pembaca.

pada post kali ini,saya ingin berkongsi suatu video yang saya rasa sudah ramai yang tahu tentangnya namun atas rasa takjub, saya masih hendak berkongsi tentangnya disini..mana tahu ada antara kita yang belum tahu ... sharing is caring ^_^

selamat menonton ^_^





__________________________________












Azan berkumandang 24jam sehari...



Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah,
Aku bersaksi bahawa Muhammad Pesuruh Allah, Marilah mengerjakan solah, Marilah menuju kejayaan,
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Tiada Tuhan melainkan Allah.

Maksud kalimah-kalimah ini mengikut ulama adalah lebih luas daripada tujuh lautan tetapi secara ringkas ialah bahawa Allah mengatasi segala-galanya dan bahawa Tuhan hanyalah satu dan Muhammad adalah rasulnya. Lakukanlah solat untuk mendapat kejayaan di dunia dan akhirat. Bahawa Allah adalah di atas segala ciptaanNya dan bahawa Allah hanya satu.

Dari segi sejarahnya, dikisahkan Azan mula diamalkan pada tahun pertama hijrah umat Islam dari Mekah ke Madinah pada abad ketujuh Masehi.

Mengikut Hadis yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Umar bin al-Khattab r.a. tiada orang yang menyeru atau melaungkan Azan ketika orang Islam berkumpul dan menunggu untuk mengerjakan sembahyang pada mula-mula umat Islam berhijrah ke Madinah.

Ini menyebabkan pada suatu hari Rasullullah s.a.w. mengumpulkan para sahabat dan membincangkan cara mengingatkan umat Islam waktu solat telah masuk dan mengajak mereka ke masjid melakukan solat berjemaah.

Solat bagi umat Islam bukan sahaja sekadar menyembah Pencipta alam semesta tetapi juga merupakan ikrar mematuhi peraturan hidup yang ditetapkan olehNya di samping memohon petunjuk dan rahmat

Pada mesyuarat itu, ada yang mencadangkan supaya dikibarkan bendera, ada yang mengesyorkan ditiupkan serunai atau terompet dan ada juga yang mencadangkan supaya dibunyikan loceng, namun semua usul itu ditolak Nabi Muhammad s.a.w.

Umar kemudian mencadangkan supaya
diteriakkan ayat "telah datang waktu solat" dan ini diterima Nabi, tetapi Baginda menukar lafaznya kepada "assolatu jamiaah" yang bererti "Marilah solat berjemaah".

Sehinggalah pada suatu malam Abdullah bin Zaid bermimpi mengenai cara yang lebih baik untuk menghebahkan solat dengan mengumandangkan Allahhu Akbar (dan seterusnya...)

Semasa diberitahu kepada Rasullullah s.a.w pada paginya, (Umar juga menyatakan bermimpi yang serupa), Baginda bersabda: "Mimpi itu mimpi yang benar", maka Nabi memerintahkan Bilal bin Rabah melaungkan azan itu.

Untuk solat Jumaat, Azan berkumandang sebanyak dua kali, kali pertama menandakan masuk waktu Zohor untuk memanggil orang Islam ke masjid dan kali kedua sejurus sebelum Imam memulakan Khutbah Jumaat.

Begitu juga Azan Subuh diamalkan semasa zaman Rasullullah s.a.w. dikumandangkan dua kali seperti yang dilakukan di Masjidil Haram -- pertama selepas berlalunya separuh malam untuk memberitahu muslimin bahawa waktu Subuh sudah hampir dan waktu itulah mereka digalakkan bersembahyang sunat tahajjud dan sebagainya atau bersahur untuk berpuasa. Azan kedua diperdengar ketika masuk waktu Subuh dengan tambahan lafaz "as-salatu khayrun min an-naum (solat itu lebih baik daripada tidur).

Selain untuk tujuan sembahyang, Azan sunat diamalkan untuk dibisikkan ke telinga bayi lelaki baru lahir atau suatu ketika dulu sebagai isyarat untuk memaklumkan kepada umat Islam waktu mudarat atau bahaya seperti bencana alam, kebakaran dan perang.




FENOMENA AZAN



Namun yang menarik perhatian ialah keajaiban yang banyak dibincangkan termasuk di Internet bahawa Azan berkumandang 24 jam di seluruh dunia berdasarkan perbezaan waktu dan tempat.

Ribuan bilal akan melaungkan seawal kira-kira 5.30 pagi, Azan Subuh yang bermula di bahagian timur, Indonesia dan proses itu akan bergerak ke barat kepulauan Indonesia dengan perbezaan waktu timur dan barat kepulauan Jawa adalah 90 minit.

Belum pun laungan Azan itu selesai di seluruh Indonesia, mengikut perkiraan, ia akan bergema di Malaysia, kemudian disambut di utara, di Myanmar, China dan seterusnya.

Dalam tempoh satu jam bermulanya Azan Subuh di Jakarta, Azan akan bersahutan di Bangladesh dan bergema pula di India.

Belum berakhir di Pakistan, laungan Azan Subuh akan dilaungkan di Afghanistan dan Oman.

Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad, Iraq dianggarkan satu jam, maka dalam jangka masa ini juga Azan Subuh dikira akan dilaungkan di Emiriyah Arab Bersatu, di tanah suci Mekah dan Madinah dan negara-negara lain.

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik dalam jangka masa sembilan jam setengah, tetapi sebelum Azan Subuh bergema di situ, Azan Zohor sudah berkemundang di Indonesia semula.

Begitulah seterusnya bilal-bilal di serata pelusuk dunia akan sahut menyahut melaungkan keagungan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w setiap detik, sepanjang waktu



__________________________________________________




Subhanallah....

maha Suci Allah...

Apa pandangan anda?

jom!pergi solat...... ^_^



Saturday, August 14, 2010

Ramadhan Kali ini





Bismillahirrahmanirrahim

kaifa halukum ya Ukhti,ya Akhi?
hal antum bil khair?

Hari ni merupakan ramadhan kita yang ke-4.Solan saya,bagaimana ya Ramadhan kita kali ini?adakah lebih baik dari sebelumnya?adakah lebih teruk dari sebelumnya?atau adakah sama saja keadaannya?marilah kita sama-sama bertanya diri sendiri kerana jawapan-jawapan itu hanya diri sendiri yang dapat menjawabnya.Jujurlah.jujurlah pada diri sendiri.

....Semoga Ramadhan kita kali ini akan lebih baik dari sebelumya....

rakanku,sahabatku,
marilah kita sama-sama menjadikan ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumya
rakanku,sahabatku,
mari kita sama-sama kuat-menguatkan dalam mengimarahkan bulan yang penuh mulia ini
rakanku,sahabatku,
mari kita sama-sama berusaha menjadi Hamba Allah yang selalu bersukur
rakanku,sahabatku,
mari kita sama-sama berusaha untuk menjadi hambaNya yang sentiasa Redha dgn ketentuanNya
rakanku,sahabatku,
mari kita mengejar dan mencari Cinta Allah,dengan bersungguh-sungguh!
Rakanku,sahabatku,
mari kita mendekat dengan Allah dengan bersungguh-sungguh!

rakanku,sahabatku
moga Ramadhan kita kali ini akan menjadi lebih baik dari sebelumnya.....



__________________________________


Alhamdulillah,
Alhamdulillah,
Alhamdulillah..


beberapa minggu kebelakangan ini,banyak yang aku diuji olehNya.bukankah ujian itu adalah nikmat?nikmat dalam ujian kerana dengan Ujian-ujian yang didatangkannya itu mampu membuatkan aku bertambah kuat.Alahamdulillah,terima Kasih Allah


Ujian dunia.tidak sampai 2 minggu yang lepas Allah izin duit aku hilang.tak banyak,hanya rm50. mungkin aku sendiri yang cuai.mungkin juga Allah yang Maha pengasih dan Penyayang itu ingin memberi peringatan kepadaku- bahawa aku amat jarang sekali bersedekah,maka diujinya aku.
dan beberapa hari yang lalu,ujian yang sama datang lagi.jika tempoh hari Allah izin duit yang hilang itu berjumlah 50,kini jumlahnya naik lagi iaitu rm60. maka dalam bulan ini saja aku telah kehilangan rm110. Alhamdulillah.semoga insan yang mengambil hak orang lain itu akan mendapat hidayah dan petunjuk agar tidak melakukannya lagi.aku yakin mereka yang mengambil hak orang lain itu lebih memerlukan dariku.tak apa,aku halalkan saja.


Mungkin bagi orang lain bukan mudah untuk menerima ujian seperti ini,apatah lagi dalam keadaan diri sendiri juga dalam keadaan yang memerlukan namun atas didikan ibu sejak kecil lagi,aku tidak merasa begitu berat.sejak kecil ibu mengajar "jangan ditangisi apa-apa yang hilang didunia ini kerana semua yang ada hanyalah sementara sahaja.apabila hilang sesuatu dari kamu,maknanya Allah nak uji,sejauh mana kamu akan mencariNya bila ditimpa kecelakaan dan apa-apa yang hilang dari kamu itu juga bukanlah milik kamu.yakinlah." pesanan itu kuingat sampai sekarang.ku aplikasikan dalam hidupku.Alhamdulillah...



Ujian hidup.ujian lagi apabila sejak akhir-akhir ini sifat pelupa aku semakin menjadi-jadi. jika hari itu aku terlupa untuk mengambil slip exam sehinggalah setengah jam sebelum masuk kedewan peperiksaan,kali ini aku lupa sekali lagi..aku terlupa hari lahir sahabat baik aku sendiri sehinggalah dia yang mennghantar mesej bertanyakan tentang sesuatu hal yang aku terlupa.puas aku berfikir.rupanya itu,hari Lahirnya semalam (13 Ogos ) .perasaan bersalah datang bertimpa-timpa dalam diri.bagaimana aku boleh lupa terikh lahir sahabat sendiri?

InsyaAllah suatu hari nanti aku akan menulis satu entri khas untuk dia.

terasa rindu datang tiba-tiba...rindu..

ya Allah,jadikanlah Ukhwah ini adalah keranaMu

jadikan kami bersahabat hingga kesana, ya Allah...


~Keadaan aspuri di dataran asrama smkats.antara maghrib dan isyak~

*Rindu*



Monday, August 9, 2010

Thursday, August 5, 2010

untitled




bilik besar ini begitu meriah.tiga orang duduk ketawa dihadapan laptop.menonton cerita.teman yang sorang lagi khusyuk melipat pakaian.dari telefon tanpa wayarnya lagu lenka-trouble is a friend berkumandang.seorang lagi duduk.juga dihadapan laptop.melayan facebook.dan aku,juga dihadapan laptop ini,khusyuk meng-edit gambar.hobi baru dimasa lapang.kuliah belum dimulakan.banyak masa free.

telefon berbunyi.kakak.

"mak sakit."

hah?!!!

"tadi masa keluar ofis banyak miscall dari abang.aku call kejap,mak baru kelur hospital."

hah?!!!

"dan tadi aku call balik2 tak dapat2..call bapa pun,bapa xangkat fon."

hah?!!!

"mak dapat asma.selama tak pernah begitu,kan.mak manada asma."

hah?!!!

tak terkata!terkejut!hatiku menangis.

"tak pe,aku call second bro..ko call la first bro."akhirnya aku menjawab.mematikan talian.

"mak mana?"tanpa salam.

"dah tido."balas second bro.

"kamu......"belum sempat aku bercakap,talian putus............

-batery habis la adik syg-

msg dari second bro..

haisyh!! hatiku menangis lagi.

patutlah hari ni aku tak rasa tenang.rasa tak sedap hati.semalam call mak tapi tak bersambut.call second bro pun tak bersambunt.5 mesej aku hantar,1 mesej je dibalas.bertuah punya abang..


____________________________________




aku nak balik raya ni.tapi salah sendiri,aku lambat tengok tiket.dan harga semakin mahal.nak balik >>> kene naik 4 kali flight untuk pergi dan balik.dan harga terkini,lebih kurang RM1254.00, tak masuk kargo dan cukai.


betapa banyak kesalahan aku selama ni dengan mak.aku bukanlah seorang anak yang begitu baik.aku selalu buat benda yang menyakitkan hati mak aku.kadang2 aku tak dapat terima keputusan yang mak aku buat.

aku lebih suka membuat keputusan sendiri.buat segala benda mengikut perasaan sendiri,tanpa fikirkan perasaan mak aku.

walaupun begitu,aku AMAT SAYANGKAN MAK AKU.

terutamanya masa balik cuti sem bulan 6 hari tu.masa tu la aku rasa aku betul2 menjadi anak kepada mak aku.dan sejak itu la aku rasa amat menghargai mak aku.menyayangi mak aku.

satu malam,bila aku tidur ngan mak aku,aku tengok muka mak aku.wajah mak aku.penuh ketabahan.wajah yang penuh kasih dan sayang.wajah yang begitu menenangkan aku.

timbul rasa bersalah dengan mak aku.rasa bersalah terhadap perangai aku selama ni.selalu sakitkan hati mak aku.tak pernah fikirkan perasaan mak aku.

_____________________________________


telefon berbunyi lagi.

"tadi da call first bro.dia kata dia g umah mak tadi.nak bawa mak pegi klinik malam ni tapi mak tak mahu." kakak.


_____________________________________


jika aku ada kuasa,aku nak balik sekarang.SEKARANG.

Raya ni aku tak balik kampung.maka,betapalah aku kat sini.beraya kat kedah la aku nampaknya.

sekarang air mata ini mengalir lagi.makk...dah 2 hari tak dapat cakap ngan mak.teringat kata2 mak hari tu,dalam fon.

"raya tahun ni tema kita hijau."

"nanti makm kirim la baju raya kamu."

"che,sekarang ni mak dah suka warna hijau.kalau beli apa-apa pun sekarang mak suka pilih warna hijau."

"che kan suka warna hijau."

"mak sayang sangat dengan kamu ni.."


mak........

nak balik.

sekarang aku menangis lagi.rindunya ngan mak


nak balik.......... ;(((

Sunday, August 1, 2010

what the next ???

with the name of Allah,

Assalamualaikum and peace be upon you




"kenapa kamu tak ambil sebelum ni lagi?"kak husnah

"err..lupa."teragak-agak.kebodoh-bodohan.

"kan saya dah letak notis sebelum ni.bila tarikh akhir nak ambil slip tu?"lembut tapi tegas.

"err..tak tahu."sekali lagi.teragak-agak.such an innocent girl

"sekarang kamu sem berapa?"

"3..sem 3."tengok jam.lagi 30 minit.owh god! help me.


"lepas ni jangan buat lagi.kalau kamu buat lagi,saya takkan bagi kamu slip tu."once again,lembut,tapi tegas.

thanks God!

aku berlalu,tersenyum.fuh..dapat jugak ambil slip exam ni.walaupun dah dekat-dekat nak masuk dewan final

how can I forget to take it before?

along that short semester,I am never think about it - the examination slip until a day before my paper,I remember it and allof my friend were take it before..hu2.. (sebenarnya salah sendiri-ada je yang ingatkan tapi aku yang tak alert sangat)



datok spongebob sedang bergumbira kat laptop aku.hua3..



The story of mine

because of my short sem have finished today,so my long semester also start in this day .felt so tired ~ after finished my examination,I'm going to my programming class at lab 2 until 12.00.after luch and pray , continue the Data Base class at 3 pm ~ no rest,no breath (but i like it..hu2)

This semester,insyaAllah I will take 7 subject

1.Programming 2 (C++)

2.Data Base

3.Audio Video

4.Animation

5.English for professional communication

6.professional Ethics

7.mathematics 5


now!

because of my pointer in the last sem is not good enough (my cpa is only 2.91 -_-" ) so I promise with myself to get the best result in this semester,insyaAllah.
so, because of that I'm going to meet my PA (Penasihat Akademik) after my programming class today and what's my PA said to me????

hu2...lets we see it together


"Aisyah.if you want to increase your pointer in this semester,you must get atleast.......


1.Programming 2 (C++) ____________________ C+

2.Data Base _____________________________ B

3.Audio Video ___________________________ A

4.Animation ____________________________ A

5.English for professional communication ______ B+

6.Professional Ethics ______________________ B

7.mathematics 5 _________________________ B


.......... in this semester so that you can increase your pointer but if you get it,you just get only 3.21 for you CPA.


"Puan,this target is so low.I think I can get more better than these in this semester."I said.

"by refering with your previous semester's result,these are suitable target that I can give to yo."

(HAHAHAHA..Rasa nak tergelak pulak)



new semester,
new target,
new spirit
....
..
.

but for me
the new target
the new spirit
just survive for
one or two weeks of the beginning of new semester

(-_-")

but don't cry
just keep your spirit up
by remembering Him!

(^_^)

because
YOU CAN
if and only ONLY IF
you think that YOU CAN

so now
go Aisya!
go!
keep figthing
keep smiling





gambar kenangan masa bersuka-suki kat umah PA kesayangan ~ Puan Fatihah (^_^)


--before break,Just want to tell that now im listening to You Can's song by david archuleta.is't not the new song and also is't not the motivation's song but this song..really makes me remember someone ;((