Friday, February 25, 2011

cinta yang mana ?




Suasana petang itu begitu redup sekali.angin bertiup perlahan dan burung-burung berterbangan riang menuju pulang kesarang. Shauqi berjalan perlahan,lemah dan sayu dia melangkah namun digagahkan juga. Air mata lelakinya terburai lagi.biarlah! biarlah mereka kata dirinya lemah yang penting dia sudah nekad untuk membuat keputusan itu.dia sudah nekad untuk melepaskan Suraya walaupun hatinya tetap merasa pedih dan hiba.


“apa salah saya pada awak?mengapa awak tergamak nak putuskan hubungan kita.?”Suraya bersuara. Marah. Geram. Semua bergabung menjadi satu.


“sebab saya tak menemui apa-apa bersama awak,Suraya. Saya sedar selama ni saya dah banyak terleka dengan kenikmatan cinta duniawi yang menipu ini.” Jawab Shauqi. Dia merenung padang yang luas terbentang dihadapannya. Angin petang yang bertiup langsung tidak dapat memberi ketenangan kepada hatinya.Betapa dia memerlukan kekuatan jiwa ketika ini.


“selama ni awak anggap saya sebagai apa,Shauqi?sebagai perempuan simpanan awak saja ke?sudah puas awak bawa saya kesana kemari,sekarang senang-senang awak nak putuskan pula perhubungan kita? Suraya kembali bersuara. Dia merenung tajam kearah shauqi dengan kemarahan yang ditahan-tahan. Kenapa lelaki dihadapnnya ini tergamak memutuskan perhubungan mereka yang telah bermula tiga tahun lalu? Perhubungan yang telah bermula sejak mereka berada ditahun pertama pengajian lagi. Kini,setelah berada ditahun akhir,mengapa lelaki ini tergamak sekali memutuskannya? Bukankah mereka telah berjanji untuk mendirikan rumah tangga setelah tamat pengajian kelak?


“selama ni saya dah banyak buat dosa terutamanya ketika bersama awak. Saya datang kesini untuk mencari sebuah kekuatan tetapi awak dah musnahkan kekuatan saya itu.sekarang saya nak putuskan dengan awak dan saya nak kembali kejalan yang benar.” Shauqi menjawab dengan yakin. Dalam hati dia beristighfar dan meminta kekuatan dari Tuhannya.


“kembali kejalan yang benar? Oh, maksud awak taubat?” suraya menoleh lantas dia ketawa terbahak-bahak.Jawapan Shauqi sebentar tadi cukup menggelikan hatinya. Rambutnya yang lurus terurai diselak kebelakang. “orang macam awak ni pun pandai taubat jugak ke?”dia ketawa lagi. Shauqi hanya memerhati.Sesekali dia mengeluh.’ Oh Tuhan,berikanlah aku kekuatan’ monolognya.


“Dah lah suraya. Tak de guna saya layan perempuan macam awak ni.daripada saya terus-terusan bercinta dengan awak,terus-terusan membuat dosa dan maksiat bersama awak,lebih baik saya mencari sesuatu yang lebih berfaedah untuk menghabiskan sisa-sisa umur saya di dunia ni. “ balas Shauqi. “Awak pergilah bertaubat.” Sambungnya lagi dan selajur dia berlalu pergi meninggalkan suraya bersendirian disitu.


“Shauqi.awak tak boleh buat saya begini. saya cintakan awak.”jerit Suraya tetapi jeritan itu tidak diendahkan olehnya. Shauqi terus berjalan tanpa menoleh kearah wanita itu. Air matanya mula bercucuran. Dia tidak tahu mengapa air mata itu perlu mengalir . adakah kerana dia gembira kerana telah dapat memutuskan perhubungan terlarang itu sebentar tadi? Atau adakah dia menangis kerana sedih diatas perpisahan itu?





Muhasabah. Shauqi mengalirkan air mata lagi. Air mata keinsafan diatas segala dosa-dosa yang pernah dilakukannya selama ini. Mungkin, jika mereka melihat tangisanku ini,pasti mereka akan ketawa kerana aku adalah seorang lelaki. Seorang lelaki yang patutnya lebih tabah dan bersifat ‘kebal’ pada tangisan tetapi kini, di hadapan Tuhanku aku bukanlah sesiapa lagi melainkan seorang hamba yang lemah. Seorang hamba yang berlarutan melakukan dosa dan noda. Melakukan maksiat.


Dia. Dialah wanita yang telah membuatku lemah. Membuatku hancur. Membuatku jatuh kelembah kehinaan ini namun mungkin ini juga adalah salah diriku sendiri. Kenapa aku boleh tergoda dengannya? Ya Allah,aku tak pernah mendapat didikan agama yang baik. Aku tak pernah tahu tentang semua ini. Tentang dosa-dosa yang telah aku lakukan ini. Kenapa Engkau temukan aku kepada seorang wanita yang telah menghancurkan hidupku? Yang telah mendatangkan fitnah dalam hatiku? Mengapa Engkau tidak temukan aku dengan sorang wanita yang mampu membimbing insan jahil sepertiku ini? Aku lemah ya Allah. Aku lemah dengan makhluk bernama wanita itu.


Shauqi menangis lagi. Air mata penuh hiba dan penyesalan. Kepada siapa dia boleh mengadu? Siapa yang sudi mendekati insan yang sosial sepertinya?siapa yang sudi mendekati seorang mat rempit yang sudah terkenal dengan bermacam-macam perangai buruk diuniversiti tempatnya belajar itu? Apa yang dilihatnya semua golongan-golongan ‘soleh’ di tempatnya belajar itu hanya bertindak seperti menutup mata apabila berjumpa dengan mereka malahan ada yang memandang jijik dan hina terhadap kelakuan-kelakuan buruk mereka. Mengapa mereka tidak mendekat saja? Mengapa mereka hanya berda’wah diantara mereka saja? Mengapa mereka hanya ingat-mengingati antara mereka saja?dimana tanggungjawab mereka untuk memberi peringatan dan berda’wah dengan insan-insan seperti kami? Itulah kesalahan nyata bagi golongan-golongan mereka yang kulihat.


Telefon yang berbunyi nyaring menyedarkan Shauqi dari menungnya. Baru sebentar tadi dia melakukan solat sunat taubat walaupun tergagap-gagap membaca surah yang baru dihafalnya dari buku ‘panduan lengkap solat fardhu dan solat-solat sunat’ yang dibelinya dua hari yang lepas. Dengan malas dia bangkit dan mengambil telefon tanpa wayar itu. Nama Suraya tertera sebagai pemanggil. Shauqi meletak kembali gajet tersebut lantas kembali berteleku di tikar sembahyang. Dia memilih untuk tidak menjawab panggilan itu tetapi sekali lagi tefonnya berbunyi. Kali ini dia menerima satu mesej. Juga dari suraya.


Npa xangkat fon ! sy ada pkr pnting nk bgtau awak !


Shauqi merenung jam didiniding biliknya yang samar-samar.4.25 am. Pantas dia menekan punat off pada gajet tersebut tetapi sepantas itu jugak panggilan dari Suraya masuk lagi.


“awak ni kenapa nak ganggu saya lagi? Kan dan pukul 4 pagi ni. Orang nak tidur la.” Bohong shauqi. Entah macam mana lagi dia nak mengelak dari wanita tersebut. Dia memang bernekad untuk menukar nombor telefon sejak dia memutuskan hubungan mereka tempoh hari namun waktu saja yang belum mengizinkan lagi.


“saya nak awak jumpa saya sekarang jugak.!” Suraya menjerit. Suaranya bergema. Shauqi tekejut dengan tingkah suraya itu. Adakah wanita ini sudah gila?


“eh, saya dah tak de apa-apa lagi dengan awak,perempuan ! jadi tiada sebab untuk saya jumpa dengan awak sekarang.” Dia hilang sabar. Sifat panas barannya kembali menerjah dengan jeritan suraya sebentar tadi.


"Awak tak reti tengok jam ke,suraya? Sekarang ni dah pukul 4 pagi,awak pergi bersolat dan berdoa banyak-banyak lagi baik daripada awak ganggu hidup saya ni” Sambungnya lagi.Suaranya kembali mereda.


“Eh Shauqi! Kau jangan nak buat-buat baik kat depan aku ya. Kalau kau tak datang jumpa aku sekarang,aku gugurkan kandungan ni.” Balas suraya. Suaranya masih meninggi.


“hah !???kandungan?” shauqi kehairanan.Kebingungan. Perlahan-lahan dia menjadi takut.


“Eh,Shauqi,lebih baik kau datang jumpa aku sekarang kalau tak aku gugurkan kandungan ni. Kau jangan lupa,kau dah banyak kali tidur dengan aku dan kau jangan harap kau boleh lepas dari aku begitu saja. Aku ada hak terhadap kau. Faham ! “ suraya menjerit lagi seraya memutuskan talian telefon. Shauqi kebingingan. Ya Allah,apa aku dah buat ni? Ya Allah, banyakknya dosa yang aku dah lakukan pada Mu,kenapa aku boleh jadi seteruk ini?


Shauqi menangis. Dia kebingungan. Mana mereka semua pergi? Mana kawan-kawan yang dulu setia bersamaku? Apa yang patut aku lakukan? Aku buntu,aku jahil.Shauqi menangis lagi. Pantas dia mengambil kunci motornya dan turun ke tingkat bawah apartment yang dihuninya bersendirian. Aku akan jumpa suraya. Aku taknak buat dosa lagi. Ya Allah,aku telah melakukan zina,ya Allah aku telah melakukan sesuatu yang Engkau amat membencinya. Mengapa baru kini aku sedar tentang semua ini? Alangkah teruknya diriku. Shauqi menangis lagi. Dia meraung sendirian ditingkat bawah apartment itu. Dia amat membenci dirinya sendiri. Pak cik guard yang bertugas ketika itu hanya memerhati dari jauh. Mungkin memikirkan bahawa dirinya gila.


to be continue .....


Wednesday, February 23, 2011

About Responsibility, Again.


Bismillahirrahmanirrahim..

salaam to all.

All praises to Allah who still gave a chance to us to live our life, with Iman and Islam. without these ni'mah,we're nothing.

And again,learning to breath ....

there's still a long journey to walking to, for us.
so never afraid to face the truth

keep living, as time running , as time still given to you.... until you meet Him ~

Allah,please give me the strength





I'm studying mathematics 5(matrix) right now while listening the songs from my laptop. suddently, I remember something, something tha related to the responsibility... responsibility (huh! this word really makes my heart dub dab, dub dab...o_0).. these responsibility things always cross my mind since a few days before, since my 'Penasihat Akademik' (PA) ordered me to fill the MPP's form.. oh!God... it's something that I'm never mean to be. huh! so because of I don't want to disappointing my PA's feeling, I took the form that given by her and fill it. submit!

Tomorrow is an election day in my college. since I fill the form,submit it and got 20 copy of poster of myself (to make a campaign)I'm never make any campaign for myself to others and keep told them ''don't vote for me'' .. uhu! Am I so..so so worst by doing this (what will my PA said if she know what I've done? -_-!! )

sorry to say, I hope that I'll not win the vote tomorrow coz for me, MPP is not a small thing.. it is related to the responsibility, such I'm said before, responsibility is not like a beans, you can eat it, then throw away its skin, the responsibilit is more than that. It is something that will ask, and will count there, in hereafter.. if you don't do your responsibility with the fullest, you will gain a punishment, a punishment by Allah,our only one God!

but if Allah says 'you are chosen to be one of them, Aisyah' ... I'll take it,with the fullest,insha Allah and I'll try my best to do my responsibility properly...

do pray for me,ea .. :)





Thursday, February 17, 2011

bukan macam kacang .. boleh kau makan, kulitnya kau buang-buang .


Amanah itu bukan macam kacang .. boleh kau makan, kulitnya kau buang-buang .

Amanah.
dan aku bukanlah seorang yang berilmu tinggi untuk membiracakan tentang Amanah, aku juga bukanlah seorang yang pakar dalam bab-bab agama . tapi aku tahu, apa yang disebut-sebut sebagai Amanah itu adalah suatu yang amat berat untuk dipikul. amanah itu bukan hanya sekadar pangkat pada nama, tapi ia adalah sesuatu yang akan dipersoalkan disana nanti , di Akhirat yang abadi.

bagaimana jika Amanah yang diberikan Tuhan itu tidak kita laksanakan dengan sebaiknya? adakah aman hidup kita disana kelak? dan bagaimana pula jika Amanah itu, kita rasakan sudah cukup sempurna dilaksanakan oleh kita, namun sebenarnya masih ada hak-hak yang tidak tertunai, masih ada janji-janji yang tidak terlunas, maka amankah juga hidup kita disana nanti ?

kerana itu lah, apabila diberi sesuatu tanggungjawab ataupun Amanah, selalu-selalu lah merenung diri sendiri, adakah amanah itu telah laksanakan dengan sebaiknya? adakah amanah tidak disalah guna ?

“ Tunaikanlah amanah kepada orang yang memberi amanah kepada mu dan jangan pula kamu khianati orang yang mengkhianati diri mu ” - Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud .

“ Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya ... ”
- Surah An-Nisaa’ ayat 58

"Tanda-tanda orang munafik ada tiga perkara, iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia memungkiri dan apabila diberi amanah dia mengkhianatinya" [Hadith Sahih Riwayat Muslim]

lihat dalil yang terakhir ini, salah satu tanda orang yang munafik adalah, apabila dia diberi amanah, dia mengkhianatinya....jadi kita , kita ini..jika diberikan sesuatau amanah, dan kita tidak melaksanakan dengan sebaiknya, atau lebih teruk lagi, jika kita mengkhianatinya ...kita juga adalah tergolong dalam golongan .... Munafiq ..

marilah kita sama- sama muhasabah diri. kerana amanah itu bukan seperti kacang, boleh kau dimakan ..kulitnya kau buang-buang ..Amanah itu tanggungjawab, akan disoal,akan dihisab ~

Wallahu'Alam ~

_________________________________________






And again,learning to breath ....

there's still a long journey to walking to, for us.
so never afraid to face the truth

keep living,as time running , as time still given to you.... until you meet Him ~




When the rain stops, let's believe in the dream that's hanging in the sky, and walk ahead ..
Believe your dream, and continue walking ~

indeed, "janji Allah itu pasti .. "



note : It's been a while that I'm not write in english here. ~

Friday, February 11, 2011

selamat petang



salam.apa khabar? moga baik2 saja.

hari ini, hari yang cerah. cuti sebenarnya.kelantan kan jumaat dan sabtu adalah hari cuti. Ahad mula kerja dan kuliah bagi yang masih belajar macam saya.

hari ini mood saya baik.hari ini juga saya rasa lebih bermakna. kenapa? sbbnya hari ini hari cuti, boleh relek2 kat rumah (ok,tipu) ..sebenarnya lebih bermakna sebab hari ni saya rasa saya begitu rajin dan bersemangat untuk belajar.heeee~

oleh kerana hari baik, mood pun baik, maka hari ini saya ingin berkongsi satu lagu. nasyid . kalau nak tahu lagu apa,carilah kat google, moga anda mendapat inspirasi.

serius! sy suka lagu ini. ini liriknya :



Kucuba untuk berlari,
Mengejar mimpi yang tak pasti,
Namun hakikatnya kusedari,
Hidup ini hanya realiti,

Walauku tahu ia hanya ilusi,
Namun tetapku berlari,

Kucuba untuk mencari,
Mengenal erti hidup ini,
Bila akhirnya kutemui,
Ketenangan yang hakiki,


Ya Allah, Sedarkanlah diriku,
Dari lenaku ini,
Masih membayangiku,

Sujudku hanya engkau yang tahu,
Pasrah redha untukmu,
Yang Maha Agung,
Wahai tuhanku ampunilah aku…

Selangkah ku mencari rahmatMu,
Biarpun berjuta ranjau menghampiri,
Ku teruskan,
Untuk mencari cinta Mu,



cari, jangan tak cari,ye.

ok.selamat petang semua.

doakan saya dapat pointer 3++ sem ni ea... ^_^

may Allah bless us!

Tuesday, February 8, 2011

what title should it be ?

salam , all praises to Allah for giving us life with fullest with ni'mah. Alhamdulillah.






I just finished watching Bloody Monday a few days ago..ok,i know.. i know..thats not a new drama and was aired long time ago ..hu2 but I don't have any chance and time to watch it before..haha... (bloody monday season 1 release in oct '2008 and season 2 release in jan 2010)

ok,now don't ask me if I like it or not coz my answer definitely gonna be YES!!! why? coz I like the msg and value that have in there..the friendship ,the trust,the believe,the revenge..the justice, family bonding...and of course the hacking part ..it is interesting to know that such knowledge :)

I'm not good in programming and yet i'm also not so good in another thing in computing field but after watching bloody monday, my spirit and curiosity to know more and more about computing field (my course)became so high....especially anything that related to networking, web, coding and others haha..thats why I write about this drama here... ~ thanks to 'the one' who giving me this drama.. :)

back to real life, this semester I took 7 course and 16 credit hour

1) Data Communication
2) Computer Security
3) ID
4) Math5
5) Web1
6) Computer maintenance and service
7) III

do pray for me ea :)

gud nite all :)


Wednesday, February 2, 2011

kisah : Mangkuk yang cantik, Madu dan Sehelai rambut


Assalamualaikum wbt. apa khabar? diharap semua sihat2 belaka..
bersyukur kerana malam ini masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas diatas bumi Allah ini, terima kasih, ALLAH..

malam ini ingin berkongsi suatu kisah nabi yang agak terkenal sebagai peringatan bersama.. juga untuk direnung2 kembali..may Allah bless us!






Rasulullah s.a.w. dengan sahabat-sahabatnya Abu Bakar r.anhu, Umar r.anhu, Uthman r.anhu dan Ali r.anhu bertamu ke rumah Ali r.anhu. Di rumah Ali r.anhu, isterinya syaidatina Fatimah r.anha puteri Rasulullah s.a.w. menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan, sehelai rambut terikut di dalam mangkuk tersebut. Rasulullah s.a.w. kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat satu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (mangkuk yang cantik, madu dan sehelai rambut)


Abu Bakar r.a: iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut ini.


Umar r.a: kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut.


Uthman r.a: ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan beramal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut.


Ali r.a: tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjadi tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sehingga dia kembali pulang itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut.


Fatimah r.anha: seorang wanita itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, wanita yang berpurda itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tidak pernah dilihat kecuali muhrimnya itu lebih sukar dari meniti sehelai rambut.


Rasulullah s.a.w bersabda: seorang yang mendapat taufik untuk beramal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, beramal debgan amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat amal debgan ikhlas itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut.


Malaikat Jibrail a.s: menegakkan tiang-tiang agama itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menyerahkan harta, diri dan masa untuk usaha atas agama sehingga akhir hayat itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha atas agama itu lebih sukar dari meniti sehelai rambut.


Allah azawajallah berfirman: syurgaKU lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini,nikmat syurgaKU lebih manis dari madu, dan jalan menuju syurgaKUdalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut.



syukran jazilan


Assalamualaikum Wbt. diharap semua sihat2 belaka.



Ingatkan aku bila terlupa,
Tegurkan aku bila terleka..
oh!dunia...sering membuatku menitiskan air mata
betapa dosa-dosa ini seluas lautan, setinggi gunung ,
siksa!sakit!pedih!

moga berakhir disini dengan husnul kathimah



______________________________


Alhamdulillah...malam ini ingin berkongsi sesuatu, bagaimana dengan kasih dan sayang Allah itu, Dia menghantar 'seseorang' untuk memberi peringatan kepada diri yang seringkali terlupa ini...agak hairan sebenarnya..bagaimana seorang yang kamu tidak kenal dan tidak pernah kenal boleh menghubungi kamu..dan berbicara kepada kamu,mengingatkan kamu tentang kematian dan segala-galanya tentang Allah...dan datangnya itu,tepat pada masanya... :)

apa yang uniknya pada 'seseorang' ini, 'dia' yang menghubungi saya melalui telefon menggunakan number fon kakak dia, tetapi tidak membenarkan saya untuk berkata-kata..cuma dia hanya on kan chat dan bila saya ingin bertanya, atau mengakatan 'ya' pada apa yang diterangkannya melalui panggilan telefon itu, sy akan tuliskan pada chat... dia tidak mahu mendengar suara saya, kerana saya adalah seorang perempuan dan dia adalah seorang lelaki (ada lagi orang mcm ni - sy juga tidak sehebat dia.... -_-")

Alhamdulillah, terima kasih Allah ..banyak yang saya dapat malam ini,dan menguatkan lagi semangat saya untuk terus menjadi seorang Hamba yg benar-benar hamba kepadaMu~ terima Kasih Allah




buku ini,sudah agak lama saya mencarinya, untuk memiliknya sendiri.. sy pernah terjumpa masa tingkatan 4 dulu..terbiar-biar disurau. milik seorang senior yang telah menghabiskan pengajian disekolah dulu,rupanya... agak lama saya menyimpan buku ini,atas kebenaran (tp xkhatam semua sbb tebal sgt) sehinggalah menamatkan pengajian disitu,baru saya kembalikan kesurau . teringin sangat nak dapatkan buku ini.. doakan sy ea ~