Wednesday, April 13, 2011

K.O.S.O.N.G






satu minggu yang , kosong
banyak kelas yang dibatalkan sbb lect2 pergi bengkel utm, kosong
duduk rumah main game saja,kosong
duduk rumah makan dan tido saja,kosong
duduk rumah tak buat esaimen yg cikgu bagi,kosong
pergi kolej lawan main pingpong tapi tak menang, kosong

ponteng kelas ustaz pukul 5 petang, kosong
belum buat projek Computer Security, kosong
belum buat proposal untuk projek Web, kosong
belum jawab soalan paper final semester2 lepas untuk Computer maintenance, kosong

tak buat semua sebab malas, kosong
sedar diri sendiri malas tapi taknak ubah, kosong
lagi sekali sedar akan kemalasan diri tapi taknak ubah diri, kosong
sekali lagi ,kosong
sekali lagi apa ? kosong

satu minggu yang, kosong
aku harap minggu yang akan datang tiada lagi, kosong.
aku tidak mahu, kosong
tapi aku suka, kosong
sebab kosong itu, kosong
sebab kosong itu, senang-senang
senang-senang yang,melekakan

oleh itu, jangan suka kosong
penuhkan yang kosong
jangan kosongkan yang penuh





Tuesday, April 12, 2011

Bukan mudah untuk menjaga segumpal darah bernama hati itu..

pantai murni yan,kedah


Bismillahirrahmanirrahim..

ingin aku ingatkan kepada diriku sendiri, bahawa bukan mudah untuk menjaga segumpal darah bernama hati itu..kerana ianya memerlukan istiqamah yang tinggi. seseorang itu juga tidak dinilai oleh Allah swt berdasarkan rupa paras ataupun harta bendanya melainkan apa yang dinilai olehNya itu adalah hati. hati, hati dan hati.

segala apa yang kita rasakan,niatkan..malahan apa yang kita percayakan ada pada hati. malahan nilai keimanan, ketaqwaan dan rasa harap kita juga semuanya bersandar pada hati, dan itulah yang dinilai oleh Nya.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.”

Bukhari dan Musli
m





_______o0o_______




sungguh! dia dalam dilema..kerana dalam seumur hidupnya yang pendek itu, sudah beberapa kali dia 'tersepit' dengan masalah hati. masalah hati yang menjerat dan membuatkan diri sedikit lari dari landasan ..namun dia masih dapat menangkis semua 'masalah-masalah' itu sehinggalah 'masalah' yang ini datang ,ianya sangat menguji dan sangat menguji..

Seorang kawannya ada beri nasihat..kata kawan tersebut, hanya ada satu cara untuk menyelesaikan 'masalah' hati ini tetapi dia masih tidak padat menerima nasihat itu..kerana dia tidak yakin dengan cara itu, akan dapat melupakan dia masih 'melekat' dihati...

nasihat kawannya lagi, kita patutnya memberikan hati yang 'fresh' pada dia yang akan menjadi halal buat diri.. bukan hati yang pernah diberi pada yang lain.. namun sekali lagi, jalan itu bukan mudah,..dan dia hanya mampu mencuba saja





ya Allah, aku mohon agar dipermudahkan lah jalannnya...kerana dia itu adalah aku..dia itu adalah aku dan dia itu, adalah diriku............



p/s : blog ini telah menjadi semakin tidak best!







Monday, April 11, 2011

Rancangan Masa hadapan ~


Bismillahirrahmanirrahim

kini,seorang aku mula berfikir tentang masa depan.insya Allah, bulan 5 tahun hadapan nnt (2012) aku akan menamatkan pengajian aku disini. mungkin terlalu awal untuk aku merancang tapi itulah yang selalu aku lakukan dan aku kena dari sekarang. sebab apa?...sebab siapa kita sekarang akan menentukan siapa kita dimasa hadapan.
1. mei 2012 - finish here .akan berpraktikal sehingga masa yg ditetapkan. Insya Allah
2. okt 2012 - konvokesyen at UTM johor, Insya Allah
3. after that.. akan mencari kerja yang bersesuaian at semenanjung juga, insya Allah.. maybe akan stay KL... ?

Kerja? ya.aku akan bekerja selepas habis diploma ini. memang hajat dihati ingin meneruskan pengajian hingga ke tahap yang lebih tinggi tapi nampaknya aku akan bekerja dulu..ingin mengumpul dana untuk degree nanti disamping nak bantu family aku.
mungkin akan bekerja selama 2-3 tahun dan selepas itu baru akan menyambung degree pula.. dan selepas itu keperingkat seterusnya.aku takkan berhenti selagi tidak mendapat gelaran Prof.
ehe...doa pray for me,eh .. ^^

Dan untuk itu,aku mula mengaktifkan diri aku,sejak sekarang ini dengan apa-apa kemahiran, tapi apa yang aku fokuskan adalah yang berkaitan dengan Pengaturcaraan..samada dalam PHP,HTML, Visual Basic atau Java ...once again do pray for me..

apapun kita hanya merancang,rite,Allah yang menentukan..

setakat ini, ini saja perancangan yg aku dah buat. moga Allah redha dan mempermudahkan segalanya.. ^^


Sunday, April 3, 2011

20 tahun di bumi Allah~selamat hari lahir!

me at Pantai Murni Yan,Kedah


Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah kerana hari ini,bertambah lagi satu angka bagi elemen hidup aku yang dipanggil umur walaupun sebenarnya angka pada elemen itu telah bertambah sebelum ini mengikut kiraan tarikh Hijri pada 17 Ramadhan ditahun yang lalu.

Sekali lagi segala puji dan puja hanya untuk Allah,kerana sehingga kini masih diberi peluang untuk mengirup udaraNya,yang diberi secara percuma ini,ditambah lagi dengan nikmat Iman dan Islam serta nikmat-nikmat lain yang tidak terkira.Alhamdulillah atas segala-galanya.



Jika direnung-renungkan, sebenarnya nilai angka yang bertambah pada elemen umur dalam setiap diri manusia pada setiap tahun itu adalah sekadar angka semata-mata kerana tiadalah berguna angka yang bertambah itu jika hidup masih diruang lingkup yang lama, masih tidak mahu meningkatkan dirinya dalam kehidupan seharian juga dalam aspek keimanan dan ketakwaan . sebab itulah, seseorang itu tidak boleh dinilai berdasarkan usianya, kerana elemen umur itu hanyalah angka sebagai pengenalan diri sahaja jika ianya tidak dijadikan wadah untuk mengumpul bekalan keakhirat kelak.

At Tirmidzi meriwayatkan bahawa ada seseorang bertanya kepada Rasulullah Saw “ Siapakah manusia yang terbaik?” Beliau bersabda ,“Manusia yang usianya panjang dan digunakan untuk kebaikan .” Ia bertanya lagi,”siapakah manusia yang terburuk?” maka beliau bersabda, “Manusia yang usianya panjang namun dihabiskan untuk keburukan.”

Apa yang dapat difahami dari Hadis ini,elemen umur dalam hidup manusia itu hanyalah sia-sia jika ianya tidak dipenuhi dengan kebaikan kerana tiadalah berguna umur yang panjang itu jika ianya hanya dipenuhi dengan perkara-perkara yang membawa keburukan pada dirinya juga kepada orang lain selain membawa kepada kemurkaan Allah swt.

selain itu,terdapat suatu lagi hadis yang diriwayatkan oleh Tirmizi yang bermaksud “Belum hilang jejak telapak kaki orang yang menghantarnya ke kubur,seorang hamba (yang telah habis usianya) akan ditanya mengenai empat perkara iaitu usianya kemana dihabiskannya , tubuhnya untuk apa digunakannya, ilmunya seberapa yang diamalkannya serta hartanya dari mana diperolehinya dan untuk apa dibelanjakannya”


Renungkan-renungkan dan selamat beramal.moga Allah meredha setiap usaha kita selama ini dalam menjadi hambaNya yang beriman. semoga segala amalan kebaikan diusia yang lalu dikira sebagai pahala disisinya dan semoga usia sedang dan akan dilalui ini akan dipenuhi dengan petunjuk,rahmat,kasih-sayang juga Redha dariNya.