Sunday, April 3, 2011

20 tahun di bumi Allah~selamat hari lahir!

me at Pantai Murni Yan,Kedah


Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah kerana hari ini,bertambah lagi satu angka bagi elemen hidup aku yang dipanggil umur walaupun sebenarnya angka pada elemen itu telah bertambah sebelum ini mengikut kiraan tarikh Hijri pada 17 Ramadhan ditahun yang lalu.

Sekali lagi segala puji dan puja hanya untuk Allah,kerana sehingga kini masih diberi peluang untuk mengirup udaraNya,yang diberi secara percuma ini,ditambah lagi dengan nikmat Iman dan Islam serta nikmat-nikmat lain yang tidak terkira.Alhamdulillah atas segala-galanya.



Jika direnung-renungkan, sebenarnya nilai angka yang bertambah pada elemen umur dalam setiap diri manusia pada setiap tahun itu adalah sekadar angka semata-mata kerana tiadalah berguna angka yang bertambah itu jika hidup masih diruang lingkup yang lama, masih tidak mahu meningkatkan dirinya dalam kehidupan seharian juga dalam aspek keimanan dan ketakwaan . sebab itulah, seseorang itu tidak boleh dinilai berdasarkan usianya, kerana elemen umur itu hanyalah angka sebagai pengenalan diri sahaja jika ianya tidak dijadikan wadah untuk mengumpul bekalan keakhirat kelak.

At Tirmidzi meriwayatkan bahawa ada seseorang bertanya kepada Rasulullah Saw “ Siapakah manusia yang terbaik?” Beliau bersabda ,“Manusia yang usianya panjang dan digunakan untuk kebaikan .” Ia bertanya lagi,”siapakah manusia yang terburuk?” maka beliau bersabda, “Manusia yang usianya panjang namun dihabiskan untuk keburukan.”

Apa yang dapat difahami dari Hadis ini,elemen umur dalam hidup manusia itu hanyalah sia-sia jika ianya tidak dipenuhi dengan kebaikan kerana tiadalah berguna umur yang panjang itu jika ianya hanya dipenuhi dengan perkara-perkara yang membawa keburukan pada dirinya juga kepada orang lain selain membawa kepada kemurkaan Allah swt.

selain itu,terdapat suatu lagi hadis yang diriwayatkan oleh Tirmizi yang bermaksud “Belum hilang jejak telapak kaki orang yang menghantarnya ke kubur,seorang hamba (yang telah habis usianya) akan ditanya mengenai empat perkara iaitu usianya kemana dihabiskannya , tubuhnya untuk apa digunakannya, ilmunya seberapa yang diamalkannya serta hartanya dari mana diperolehinya dan untuk apa dibelanjakannya”


Renungkan-renungkan dan selamat beramal.moga Allah meredha setiap usaha kita selama ini dalam menjadi hambaNya yang beriman. semoga segala amalan kebaikan diusia yang lalu dikira sebagai pahala disisinya dan semoga usia sedang dan akan dilalui ini akan dipenuhi dengan petunjuk,rahmat,kasih-sayang juga Redha dariNya.






1 comment:

menusuk hati said...

assalamualaikum...hm..betul tu...nilai angka umur bertambah tapi nilai angka menghampiri kematian berkurangan..hu...
Update terbaru pakcik:pesanan socrates buat blogger