Saturday, November 27, 2010

Sudah Biasa?



bila kita lihat perempuan jalan tak bertudung
kita buat derk aje,
sebab kita dah biasa

bila kita lihat orang tak solat atau melambat-lambatkan solat
kita buat tak tahu aje,
sebab kita dah biasa

bila kita lihat orang dating sana-sini
pegang sana,pegang sini
kita buat-buat tak nampak aje
sebab kita dah biasa

bila kita lihat golongan muda tak hormat golongan yg tua
sekali lagi kita buat derk aje
sebab kita dah biasa

bila kita lihat sorang anak derhaka ngan mak bapak dia
sekali lagi kita buat tak tahu aje
sebab kita dah biasa

bila kita lihat pelajar tak hormat guru-gurunya
sekali lagi kita buat-buat tak nampak aje
sebab kita dah biasa

tapi sedarkah kita,
perkara yang sering dianggap 'biasa' itu
kadang-kadang boleh buat kita binasa


sebab selalunya
yang sudah biasa itu
semuanya menjurus kepada kebinasaan semata

oleh itu,
mari kita biasakan yang tidak biasa
dan tinggalkan yang sudah biasa itu...

janganlah hanya kerana sudah terbiasa
kita pun terus mengaggap semuanya
biasa-biasa sahaja
kerana sudah terbiasa
dan terlalu biasa!

boleh jadi apa yang sudah biasa pada kita itu
menjadi sesuatu yang luar biasa balasannya
pabila berada disana ,
disuatu tempat yang kita tidak biasa!

Monday, November 22, 2010

Bayang-Bayang




bismillahirrahmanirrahim....

bayang-bayang...

err...sebenarnya bukan nak cerita tentang bayang-banyang..cuma nak membawa anda untuk melakukan sesuatu yang santai dan begitu senang... membayang-bayang..membayang-banyangkan.......


situasi satu :

Bayangkan anda sedang ber'dating' dengan kekasih pujaan hati pengarang jantung anda tu.. masa tu anda dan dia keluar bersama..berjalan bersama,makan bersama...berborak..ketawa.. bergurau..bersenda..ibarat dunia ni milik anda dan kekasih anda yang punya... bahagia bukan? bahagia...kan..?

dan seterusnya bayangkan pula ketika anda sedang ber'dating' dengan si kekasih haram anda tu, tiba-tiba ada kereta yang datang dari depan anda..melanggar anda dan si kekasih pengarang jantung anda..dan selepas itu..anda tidak sedar apa-apa..sehinggalah tiba-tiba ada dua makhluk yang bernama Munkar dan Nakir membangunkan anda dan bertanya beberapa soalan dengan muka yang sungguh bengis dan menakutkan kepada anda...

bayangkan..bayangkan..apa perasaan anda dimasa itu? mati dalam keadaan melakukan maksiat tanpa sempat bertaubat....

masih bahagia kah anda dimasa itu..?


Situasi dua :

bayangkan anda sedang berbaring dibawah pusingan kipas angin yang begitu mendinginkan sambil melakukan perkara-perkara kesukaan anda..tidak kira baca novel,online,melukis, menulis atau apa-apa saja..bayangkan waktu itu adalah waktu petang selepas zuhur dan ketika anda tengah syok melakukan perkara-perkara kesukaan itu,tiba-tiba anda mendengar laungan Azan yang mengajak umat Islam untuk menunaikan solat Asar..

dan diwaktu itu,anda hanya membiarkan Laungan Azan itu berlalu pergi dan anda terus-terusan melakukan perkara-perkara kesukaan anda itu dengan anggapan bahawa ''alaa..masih awal ni,sat lagi la aku g solat asar tu''

dan bayangkan pula dalam keadaan itu,tiba-tiba dada anda berasa begitu sesak..sakit..pedih.. dan rupa-rupanya itu adalah saat-saat terakhir kehidupan anda...

apa yang anda akan jawab apabila dua makhluk bernama Munkar dan Nakir itu bertanya kepada anda kelak? sengaja melewat-lewatkan solat tanpa sebab-sebab yang dibolehkan ...sehinggalah tiba-tiba maut menjemput anda..bukankah ajal itu
tidak mengira masa dan keadaan?





****************************

Ibu,
dulu aku pernah bertanya sendiri pada bulan dan bintang,
kenapa begitu sukar untukku menyedarkan mereka
untuk aku menegur mereka...
begitu terukkah diri ini hingga begitu sukar seruan kebaikan itu datang?
Namun kini,
aku mula sudah mendapat sendiri jawapannya,ibu...
aku tahu bahawa hati itu,hati mereka,juga hati ini,
bukan kita yang memegangnya..
tetapi Dia yang Maha Kuasa..
Hidayah itu miliknya..

Ibu,
dulu aku pernah menangis sendiri didalam gelap dan kelam
kenapa begitu rapuh hati dan jiwa ini
terhadap duri-duri duniawi yang melukakan
namun kini aku sudah mengerti,ibuku..
bahawa semua ujian yang diberiNya itu
adalah untuk memberi kekuatan dan ketabahan kepadaku..
juga untuk menguji sejauh mana tahap keimananku..

~AnaAisyah1411~

Wednesday, November 17, 2010

Pencil and Eraser

mom,I luv you so much :)


Pencil: I'm sorry....
Eraser: For what? You didn't do anything wrong.
Pencil: I'm sorry cos you always getting hurt bcos of me. Whenever I made a mistake, you're always there to erase it. But as you make my mistakes vanish, you lose a part of yourself. You get smaller and smaller each time.
Eraser: That's true. But I don't really mind. You see, I was made to do this. I was made to help you whenever you do something wrong. Even though one day, I know I'll be gone and you'll replace me with a new one, I'm actually happy with my job. So please, stop worrying. I hate seeing you sad. :)

I found this conversation between the pencil and the eraser very inspirational. Parents are like the eraser whereas their children are the pencil. They're always there for their children, cleaning up their mistakes. Sometimes along the way... they get hurt, and become smaller (older, and eventually pass on). Though their children will eventually find someone new (spouse), but parents are still happy with what they do for their children, and will always hate seeing their precious ones worrying, or sad.




************************************




Ibu,dulu aku pernah bertanya sendiri didalam gelap..Ape beza sebutir air bening dihujung daundengan sebutir debu pada dinding kusam?Dulu,tiada siapa yang boleh memberikan jawapan.tidak ada.Hari ini aku menemukan sendiri jawapannya.Sama sekali tidak ada bezanya...kedua-duanya sama-sama tanda kekuasaanNya.Kedua-duanya sama-sama mensucikan,walau hakikat dan fikzikalnya jelas berbeza.

Ibu,dulu aku pernah sendiri bertanya dalam sesak...apakah bezanya tahu atau tidak tahu? Apakah bezanya kenal atau tidak mengenal? Apa bezanya ada atau tiada? Apa bezanya sekarang atau kelmarin,satu jam lalu, satu minit lalu,satu detik lalu? Dahulu tiada yang boleh memberi jawapan.Hari ini aku tetap tidak tahu begiru banyak potongan pertanyaan.Tapi tidak mengapa,setidaknya aku tetap boleh melihat,mendengar dan terus berfikir.Ada banya yang belum.tepatnya membutakan diri,menulikan kepala atau membebalkan hati....

Moga bonda disayangi Allah








Saturday, November 13, 2010

sekejap lagi


Bismillahirrahmanirrahim.

sekejap lagi,segala-galanya akan berakhir,
disini.
dan kita semua akan memulakannya pula,
disana.

pasti,


*****************


sgt sygkan kamu.... :)






Animation project - 20% lagi siap..insyaAllah




Audio Video project - 20% in progress... must use Adobe Premiere... but I just use it! its easier....hu2 :P




ya Allah,
berikanlah kekuatan dan ketabahan pada diriku
jgn uji diluar kemampuanku
berikan keredhaan dan keampunan-Mu kepadaku,
juga kepadanya.....




Sunday, November 7, 2010

Aku ingin mencintai-Mu



Bismillahirrahmanirrahim...

All praises to Allah who still give us a chance to live to be worship to Him...Indeed,we are nothing without His Love and Mercy ...


salaam to all..apa khabar? how are you? kaifa halukum?...sume sihat ker? Alhamdullah kalo sihat,saya nih xsihat pulak,bukan sakit fizikal tetapi sakit rohani, rasa kehilangan, kehilangan cinta Rabbi kerana cinta Manusia yang memusnahkan diri sendiri...terasa begitu jauh dari Nya... do pray for me, rasa begitu buruk diri ini sekarang,sehinggakan sahabat sendiri berkata "Ana rindukan Aisyah yang dulu..may Allah bless u enti.. " oh! me...apa dah jadi dengan kamu aisyah? cepat bangun,cepat bangun... muhasabah diri kamu,jangan jadi jahat kerana sekarang kamu sudah jahat dan semakin jahat....!!

ok cukup tentang tu..sekarang nak minta maaf lagi pada semua..tidak kira silent readers atau sesapa saja yang pernah masuk ke blog ni dan begitu terasa dengan entri saya sebelum ini.. wahh..begitu ramai yang sakit jiwa dengan entri itu..termasuk yang kat dalam dunia nyata,.memberi komen secara terus terang.. ok2,saya terima dan saya minta maaf pada semua.. memang tak semua lelaki jahat,dan perempuan pula tidak semuanya baik...segalanya terpulang kepada Iman masing-masing..bukankah hidup ini adalah ujian? dan apa yang saya tulis dalam entri tersebut adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri dan juga luahan dari jiwa saya..xde kena mengena dengan yang hidup mahupun yang mati....

once again,saya minta maaf pada encik2 sume,ok........ :)


*******************************


kata orang,hidup ini perlukan perancangan,baru boleh buat segala benda dengan teratur...erm but sometimes perancangan yang dibuat itu tidak dapat dilakukan dengan sebaiknya kerana perubahan-perubahan pada skrip kehidupan yang berlaku dan ianya tidak dirancang. walau apa pun, rancanglah hidup dan perjalanan hidup kita sebaik-baiknya walaupun Allah saja yang boleh menentukan perancangan itu,dapat dilakukan atau tidak..jika apa-apa yang berlaku terhadap diri sendiri adalah keluar dari perancangan yang telah dibuat,terimalah seadanya perancangan dari Allah itu kerana Dia adalah Maha Perancang yang terbaik..

"Manusia hanya merancang,Allah yang menentukan
dan jika sesuatu berlaku diluar dari perancangan mu, maka yakinlah dengan ketentuan Allah itu kerana Dia itu Maha Perancang,dan Dia itu lebih tahu,apa perancangan yang begitu sesuai untukmu"



bukan apa sebenarnya,saya tiba-tiba bercakap soal perancangan ni sebab sejak akhir-akhir ini, begitu banyak perancangan-perancangan yang saya buat tidak dapat dilakukan dan Dia yang Maha Perancang itu,merancang segala sesuatu yang begitu baik untuk diri ini....sejak akhir-akhir ini...

begitu terasa kasih dan sayangNya itu,walaupun diri ini rasa tak layak je untuk dapat semuanya...

terima kasih Allah........................ ;))






Tuhan betapa aku malu atas semua yang kau beri
Padahal diriku terlalu sering membuatMu kecewa
Entah mungkin karena ku terlena sementara Engkau beri
Aku kesempatan berulangkali agar aku kembali

Dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghambakanMu
Betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMu

Aku ingin mencintaiMu setulusnya
Sebenar-benar aku cinta
Dalam doa dalam ucapan dalam setiap langkahku
Aku ingin mendekatiMu selamanya sehina apapun diriku
Kuberharap untuk bertemu denganMu yaa Rabbi



**************************


note : 3 minggu lagi FINAL....chayok2 aisyah!sy yakin kamu boleh............ :)