Monday, November 22, 2010

Bayang-Bayang




bismillahirrahmanirrahim....

bayang-bayang...

err...sebenarnya bukan nak cerita tentang bayang-banyang..cuma nak membawa anda untuk melakukan sesuatu yang santai dan begitu senang... membayang-bayang..membayang-banyangkan.......


situasi satu :

Bayangkan anda sedang ber'dating' dengan kekasih pujaan hati pengarang jantung anda tu.. masa tu anda dan dia keluar bersama..berjalan bersama,makan bersama...berborak..ketawa.. bergurau..bersenda..ibarat dunia ni milik anda dan kekasih anda yang punya... bahagia bukan? bahagia...kan..?

dan seterusnya bayangkan pula ketika anda sedang ber'dating' dengan si kekasih haram anda tu, tiba-tiba ada kereta yang datang dari depan anda..melanggar anda dan si kekasih pengarang jantung anda..dan selepas itu..anda tidak sedar apa-apa..sehinggalah tiba-tiba ada dua makhluk yang bernama Munkar dan Nakir membangunkan anda dan bertanya beberapa soalan dengan muka yang sungguh bengis dan menakutkan kepada anda...

bayangkan..bayangkan..apa perasaan anda dimasa itu? mati dalam keadaan melakukan maksiat tanpa sempat bertaubat....

masih bahagia kah anda dimasa itu..?


Situasi dua :

bayangkan anda sedang berbaring dibawah pusingan kipas angin yang begitu mendinginkan sambil melakukan perkara-perkara kesukaan anda..tidak kira baca novel,online,melukis, menulis atau apa-apa saja..bayangkan waktu itu adalah waktu petang selepas zuhur dan ketika anda tengah syok melakukan perkara-perkara kesukaan itu,tiba-tiba anda mendengar laungan Azan yang mengajak umat Islam untuk menunaikan solat Asar..

dan diwaktu itu,anda hanya membiarkan Laungan Azan itu berlalu pergi dan anda terus-terusan melakukan perkara-perkara kesukaan anda itu dengan anggapan bahawa ''alaa..masih awal ni,sat lagi la aku g solat asar tu''

dan bayangkan pula dalam keadaan itu,tiba-tiba dada anda berasa begitu sesak..sakit..pedih.. dan rupa-rupanya itu adalah saat-saat terakhir kehidupan anda...

apa yang anda akan jawab apabila dua makhluk bernama Munkar dan Nakir itu bertanya kepada anda kelak? sengaja melewat-lewatkan solat tanpa sebab-sebab yang dibolehkan ...sehinggalah tiba-tiba maut menjemput anda..bukankah ajal itu
tidak mengira masa dan keadaan?





****************************

Ibu,
dulu aku pernah bertanya sendiri pada bulan dan bintang,
kenapa begitu sukar untukku menyedarkan mereka
untuk aku menegur mereka...
begitu terukkah diri ini hingga begitu sukar seruan kebaikan itu datang?
Namun kini,
aku mula sudah mendapat sendiri jawapannya,ibu...
aku tahu bahawa hati itu,hati mereka,juga hati ini,
bukan kita yang memegangnya..
tetapi Dia yang Maha Kuasa..
Hidayah itu miliknya..

Ibu,
dulu aku pernah menangis sendiri didalam gelap dan kelam
kenapa begitu rapuh hati dan jiwa ini
terhadap duri-duri duniawi yang melukakan
namun kini aku sudah mengerti,ibuku..
bahawa semua ujian yang diberiNya itu
adalah untuk memberi kekuatan dan ketabahan kepadaku..
juga untuk menguji sejauh mana tahap keimananku..

~AnaAisyah1411~

1 comment:

Unknown said...

refleksi diri, muhasabah..huhu..

Terima kasih atas artikel ini :)