Showing posts with label love. Show all posts
Showing posts with label love. Show all posts

Saturday, November 13, 2010

sekejap lagi


Bismillahirrahmanirrahim.

sekejap lagi,segala-galanya akan berakhir,
disini.
dan kita semua akan memulakannya pula,
disana.

pasti,


*****************


sgt sygkan kamu.... :)






Animation project - 20% lagi siap..insyaAllah




Audio Video project - 20% in progress... must use Adobe Premiere... but I just use it! its easier....hu2 :P




ya Allah,
berikanlah kekuatan dan ketabahan pada diriku
jgn uji diluar kemampuanku
berikan keredhaan dan keampunan-Mu kepadaku,
juga kepadanya.....




Thursday, September 23, 2010

Jom kawen! [part 2]



Bismillahirrahmanirrahim

Salamualaikum for All.As promise,today I will continue this entry , jom kawen! (part 2 ).for those who never read it,please read it first to understand more about this.



Kalau dah jodoh takkan kemana

jeles tengok orang berpasangan,dia juga hendak berpasangan.dia tidak kira walaupun caranya salah.apa yang penting baginya adalah cinta.cinta,cinta,cinta dan cinta.tidak kira cinta betul atau salah,dia ambil saja.namun sedarlah, jangan salah gunakan definisi cinta itu sendiri.

Kata orang,kalau sudah jodoh takkan kemana.kalau sudah jodoh,biar terpisah beribu2 tahun pun tetap akan jumpa juga.kata orang,itu kata orang, tapi ada juga yang kurang setuju.atau setuju saja tapi buat2 tak tahu.

Siapa?siapa yang tidak percaya dengan kata2 itu?merekalah.. Orang2 yang bercouple la..meng’couple’kan diri..dulu masa sekolah, lihat kawan2 bercouple,terdetik juga dihati,best ke couple ni? Cam xbest je,buang masa,buang duit,buang tenaga,buang air mata je.and finally buang baby,xke haru..

Bagi mereka2 yang kurang percaya dengan sentence ni,cuba kita refer balik sejarah adam dan hawa.walaupun mereka terpisah begitu lama,tapi akhirnya berjumpa juga,kan.aku tahu alasan kau ‘’ala,memanglah drg jumpa balik,kan xde manusia lain yang hidup kat dunia ni selain mereka berdua.of course la drg ada jodoh tu,kalau tak kita semua takde’’ .. ok2,aku terima alasan kau tapi cuba kau refer pulak sirah nabi Yusuf as dan Zulaikha..kadang2 rasa macam tak logik je kisah mereka tu tapi akhirnya kawen juga....

Ok,cukup sampai situ,apa yang penting dan saya nak sampaikan disini,kalau sudah jodoh takkan kemana.tidak kiralah kau orang sini,aku orang sana,aku orang sabah,kau orang afrika,kau orang eropah,aku orang kutub utara,kalau sudah tertulis di luh mahfuz tu kita ada jodoh,maka adalah..

Tak perlu risau,tak perlu nak jual diri dengan ‘couple’.hanya buang masa,buang duit,buang tenaga saja.lebih baik kita berusaha untuk menjadi baik dalam definisi Tuhan,baek dalam definisi manusia ni senang saja nak buat,cukup dengan baju kurung + tudung labuh,atau baju jubah putih + ketayap kat kepala,maka baiklah sudah dirimu dimata manusia.namun di’mata’ Tuhan tidak begitu.Dia tengok pada hati.maka usahalah untuk jadi baek dimata Tuhan.


__________________________________________




Fisherman vs Farmers

Nelayan vs Pekebun.

berkaitan dengan diri sendiri,teringat perbualan saya dengan mak tentang sepupu saya yang baru sahaja bertunang lebih kurang dua minggu yang lalu..lebih kurang macam ni

mak : su,kak ema anak N tu dah bertunang.

saya : yakah? dengan sapa mak?

mak : iya..dengan orang biasa2 ja

saya : biasa2? lelaki tu kerja apa?

mak : sekuriti ja.

saya : hah?! kak ema tu kan ada ijazah.educated.

mak : ala..kau pun tak tahu nanti jodoh kamu dengan sapa.

saya : hahaha,betul tu.xpe la yang penting drg dah selamat bertunang,ok la..jadi bila drg nak kawen?

mak : erm..tak tahu pulak

.....diam...

mak : su,nanti carilah suami yang kerja tangkap ikan

saya : hah?!..hahaha..apalah mak ni,patutnya mak minta yang kerja baek2

mak : ok apa,kalau dia kerja tangkap ikan boleh mak makan ikan selalu.mak kan suka makan ikan.haha..(mak saya ketawa juga)

saya : hahaha,lawak lah mak ni..takkan lah macam tu.nnt kami boleh je belikan mak ikan hari2

mak : erm..tak apalah kalau che' tak mau.kalau begitu carilah suami yang suka berkebun.

saya : (sekali lagi ketawa terbahak2..alahai..mak aku ni) kenapa pula mahu yang suka berkebun,mak?tadi nak yang tukang tangkap ikan?

Mak : yalah,kalau suka berkebun senang nak makan sayur..mak kan suka makan sayur.

Saya : hahaha..apalah mak ni.tengok la sapa2 pun.tak kisah kerja apa yang penting agama ok.

Mak : mak gurau ja..mestilah mak mahu anak2 mak ni dapat jodoh yang baik2.mak sentiasa doa untuk kamu,che’.

Saya : terima kasih,mak (terharu)

Mak : yang penting beriman che,jangan tengok yang lain2..agamanya tu yang paling penting.

Saya : insya Allah mak..memang mau cari yang beriman jugak ni.hehee

Mak :iya che..xyah la nak bercinta2.kalau ada yang suka kawen je terus. Tak kiralah orang mana2 pun.

Saya : hehe,iya mak Insya Allah.belajar dulu,tuntut Ilmu Allah ni. Pasal kawen2 tu nanti2 la..hehe..

___________________________________


lagu tema hari ini :






Wassalam..

p/s : cintakan yang dilangit akan dicintai oleh yang dibumi ~
p/ss : pasangan yang akan kita dapat adalah 'cermin' terhadap diri sendir,maka jadilah baek dalam definisi Tuhan terlebih dahulu untuk menadapat yang selayaknya utkmu ^^



Wednesday, September 22, 2010

Jom kawen!


Bismillahirrahamirrahim...

All praises to Allah who always give us everything to live here..please remember that we're nothing without Him!

today,I want to share something about me,about you,about them and about everyone because the thing that I want to share is always related to us as a human being..
what Is't? hurm..read my title :P

[ untuk lebih feel,sy menulis entry ini dalam b.melayu + sy xpandai bi..hu2 :p ]

jom kawen!

sejak akhir-akhir ini,semakin ramai orang yang berkisah-kisah,bercerita-cerita,berkata-kata, berbual-bual dan yang dan yang sewaktu dengannya berkaitan dengan Perkahwinan..kawan-kawan saya,lecturer-lecturer2 saya,cousin2 saya,senior2 saya,junior2 saya,adik beradik saya..masing2 dengan cerita mereka..ada yang hendak berkahwin,ada yang hendak bertunang,ada yang baru sahaja berkahwin, baru sahaja bertunang .. bla3..maka,saya dan kamu,yang juga tergolong dalam manusia yang normal pastinya pernah tefikir atau tersindir dengan hal2 sebegini (terutama bagi mereka2 yang sudah bekerja) .

sebentar tadi, saya baru sahaja membaca pendapat yang disuarakan oleh Ust.Nasruddin Hassan At Tantawi tentang Nikah Khitbah ataupun dikenali dengan istilah Kahwin Gantung oleh masyarakat melayu.sila klik DISINI untuk membaca. [baca dulu link ini baru teruskan membaca entri saya ]

selepas membaca tentang Nikah Khitbah, fikiran saya menjadi becabang dua.antara setuju atau tidak.apapun,bagi saya jika kau rasa itu yang terbaik untuk dirimu,maka buatlah apa yang kamu mahu tetapi itu bukanlah penyelesaian yang terbaik untuk segala-galanya.

bagi saya ,masih banyak yang boleh dilakukan dan difikirkan oleh golongan remaja seperi saya melainkan perkahwinan..masih banyak yang boleh difikirkan melainkan hal2 mencari pasangan ini..lebih baik kita fikirkan bagaimana untuk menjadi baik dalam definisi Tuhan daripada memikirkan siapakah yang akan menjadi pasangan kita kelak..lebih baik kita fikirkan tentang bagaimana nak tingkatkan prestasi diri daripada sibuk mencari-cari pasangan..kalau ada jodoh tu,adalah...

tapi itu tidaklah bermakna kita,yang remaja ini tidak boleh memikirkan tentang hal2 sebegini..teingat pesanan ustazah PQS(Pendidikan Al-Quran dan Sunnah) semasa ting.4 dulu

''kamu ni,pelajar2 saya,kamu kene doa dari sekarang untuk mendapat pasangan dan zuriat yang soleh.doa dari sekarang,kalau boleh,jadikan doa tersebut sebagai amalan.''

''doa apa,ustazah?''

'' رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ
وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
Robbana Hablana Min Azwajina Wa Dzuriyatina Qurrota A'yun Waj'alna Lil Muttaqiina Imaama - wahai tuhan kami,berikanlah kami isteri dan anak2 sebagai penyejuk mata .''

''tapi saya taknak kawen lagi ustaza..lama lagi la..''

''xpe,amalkan doa ni dari sekarang.Allah itu maha mengetahui..''



Lebih kurang macam begitulah nasihat ustazah saya pada masa itu.sampai sekarang saya masih ingat lagi..tapi terus terang,saya selalu terlupa nak mengamalkan doa tersebut.. -_-''


sebenarnya saya sudah menulis sesuatu tentang perkahwinan sebelum ini tetapi tidak sanggup untuk mem'publish'kan disini..boleh baca jika ada kelapangan dan jika tidak abaikan saja..

wallahu'Alam..
wassalam,

wa Bersambung............ hehe..



p/s : sebenarnya sy rasa saaangat malu nak tulis entri mcm ni
p/ss : tapi sy nak tulis juga,semoga ada sedikit manfaat utk org lain,yang juga 'sekepala dengan saya ^^
p/sss : saya menulis entri mcm ni,tidaklah bermakna saya hendak berkahwin..saya nak study lagi.. :P
p/ssss : entri ini akan bersambung,insya Allah