Monday, March 28, 2011

Aku harap lepas ni semuanya akan baik-baik saja.


Aku tak rasa pun perlu post benda macam ni kat blog ini. benda-benda begini merapu saja. dari tadi aku sakit kepala,fobia aku tak hilang. sejak petang sampai sekarang, aku tak cakap ngan sesapa.makan pun tak. aku cakap ngan aku saja,dalam telefon. abang aku masuk Wad. harap esok dia sihat-sihat saja.

Aku ada seorang kakak,dan dia amat kontra dengan aku. dia hantu math,dan aku pula manusia,aku bukan hantu,ok.

Tadi,habis saja kelas math tengah hari tadi aku terus kesurau,tanpa menunggu geng-geng aku yang lain seperti biasa.tapi kami buka gengster,ok. kelas habis awal setengah jam,sebenarnya.dan aku gembira .

Sampai surau saja jemaah zuhur sudah bermula. Aku duduk kat belakang jemaah tu,bukan duduk,baring sebenarnya. tapi aku bukan nak cerita tentang jemaah kat depan aku. masa tu aku menangis dan menangis lagi.entahlah. bila aku ingat tentang math,aku takut..aku terus nak nangis..aku fobia dengan math..sebut perkataan math saja aku dah takut,dan mungkin sebab itu aku tak suka subjek math,sejak sekolah dulu sampailah sekarang. kalau aku hantu math macam kakak aku,mesti aku takkan nangis macam tu.

Aku takut kalau aku tak dapat bawak math 5 ni.Dalam kelas pun ada beberapa orang senior aku yang repeat math yang ini...baru math ini,belum lagi calculus...t_t ..tadi masa kat kelas pensyarah aku bagi paper ujian 1 hari tu.aku dapat 30/50 saja.rabu ni ada kuiz,dan kertas soalan ujian yang pensyarah bagi tadi,kena buat pembetulan, dan masa buat pembetulan tak boleh tengok nota,buat betul-betul macam waktu ujian. Aku takut,aku takut sangat..aku tak suka math... kenapalah kena belajar math ni..t_t

Aku pilih kursus sains komputer sebab aku fikir takkan belajar benda-benda pengiraan ni,tapi rupanya 100% aku salah. kos nih banyak sangat math..dari sem 1 sampai sem 6 akan jumpa jugak benda ni.. dari sem 1,sampai sem 4 ni aku tak pernah dapat A dalam subjek ni..tiap sem dapat B saja..statistik pun begitu juga. mungkin sebab tu kawan-kawan aku kata aku suka math.oh,mereka salah.aku sebenarnya sangat takut dengan math..dan aku tak suka. sebelum masuk kelas math mesti aku akan tak senang duduk. bila dalam kelas,aku suka duduk paling belakang, menyorok belakang mardhiah sebab dia lebih tinggi dari aku, biar pensyarah tak nampak,biar pensyarah tak soal.


2 comments:

menusuk hati said...

oh...hehe..math memg memeningkan tapi itulah yg menyeronokan..yg penting rajin latih tubi,bukan main baca yg kononya nak faham konsep terlebih dahulu..he...gudluck math!

kebijakan dtgnya dr 99% ush dan 1% inspirasi-thomas edison

Anonymous said...

assalamualaikum...
kamu boleh tu jika kamu berusaha utk menyukai sbjek math ni..
walaupun nmpk mcm susah je,cuba dlu buat soalan yg diberi...
insyaAllah kamu berjaya dlm sbjek ni dan sbjek lain...amin