Saturday, May 18, 2013

marilah kita belajar untuk selalu bersangka baik


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum




tazkirah ringkas hari ini.

peringatan untuk diri aku sendiri sebenarnya

bersangka baik. kadang-kadang memang susah, apatah lagi kepada manusia apabila manusia itu melakukan sesuatu yang boleh membuatkan kita bersangka buruk kepadanya

tapi walaupun sukar kita masih boleh mengajar diri untuk bersangka baik, tidak kira kepada manusia, mahupun kepada Allah.

bersangka baik  ni bagus sebenarnya, ia akan membuat jiwa kita lagi tenang.. so bila ada sesuatu situasi yang boleh menyebabkan kita bersangka buruk kepada manusia lain, cepat-cepatlah beristighfar dan bersangka baik....jangan biarkan diri selalu bersangka buruk kerana ia akan menghilangkan ketenagan hidup kita

Allah telah berfirman yang bermasud :

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang. Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain..."
(Surah al-Hujurat, ayat 12)

akhir kata, segala yang baik itu datangnya dari Allah..dan segala yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri

wallahu'Alam


No comments: