Friday, September 24, 2010

adik-adik..


_____________________________________


‘’ikut kak sya baca ya’’

‘’okeh.’’tersenyum

‘’aa’’

‘’aa...’’

‘’ba’’

‘’baa..’’

‘’ta’’

‘’taa..’’

‘’tsa’’

‘’saa..’’

‘’tsa’’

‘’saa..’’

Erm..ok,wani tak pandai sebut lagi.takpe,ikut yang ni pulak

‘’ja’’

‘’chaa..’’

‘’jaa’’

‘’chaaa....’’ matanya terkebil-kebil.dengan dahi yang berkeringat dia tersengih.’’chaaa....’’ ulangnya lagi dengan yakin.

Aku merenung matanya.aku terseyum.dia juga terseyum.kusapu perlahan-lahan kepala budak kecil bermata bulat itu,baru 5 tahun.

‘’jaa..’’

‘’chaa.....’’

Dan akhirnya kami ketawa bersama-sama.

‘’kak aisssiah,ndak pandai aku baca tu.susa..’’

‘’iya la.kakak tahu.wani sebut je mana yang wani boleh sebut.besar nanti wani pandailah.’’ Aku terseyum. ‘’cuba sebut nama betul wani’’

‘’nama wani?’’ tanyanya.dia tersenyum2.rambutnya yang terkeluar dari tudung biru yang dipakainya itu ku selakkan masuk ke dalam.dia senyum lagi.mata budak kecil itu bersinar-sinar.

‘’nur syatchwani..’’

‘’ha..salah tu.ikut kakak sebut ni.. nurr...’’

‘’nurr..’’

‘’syaz..’’

‘’syatch..’’

‘’syaz..’’ aku perbetulkan lagi.

‘’syyatz...nurr syyatzwani..’’dia tersenyum-senyum.’’nur syatcwani kan namaku, kak..’’

Hahaha..aku ketawa sendiri..dia merenung pelik.namun akhirnya ketawa juga. ‘’iyalah,nur syatcwani..’’ balasku.kami ketawa lagi.aku sayangkan dia.


_____________________________________


Itu kisah setahun lalu.semalaman aku tidak tidur,teringatkan mereka.apa khabar mereka sekarang? Adik-adik yang selalu datang kerumah setiap hari.

Mereka semuanya ada 5 orang.jaafar,darjah 3 dan kakaknya yang berada didarjah 5.adik mereka wani juga ada sekali,dia paling muda,baru5 tahun.selain mereka ada lagi 3 orang.lornah,13 tahun dan dua orang lagi adiknya.masing-masing 5 dan 6 tahun.sebaya dengan wani.namun yang dua ini agak nakal sedikit.

Setiap hari mereka akan datang ke rumah.mereka adalah anak-anak kepada jiran saya yang tidak pernah sekalipun saya kenali sebelum ini.maklumlah saya tinggal sekolah berasrama penuh dan jarang berada dirumah.jika adapun hanya berkurung dibilik sahaja.

Sangat gembira mengenali mereka semua.mungkin kerana saya tidak mempunyai adik maka saya sudah menganggap mereka seperti adik-adik saya sendiri.pada siang hari saya akan sibuk bekerja (part time saja,lepas spm ) dan dimalam hari mereka akan datang belajar mengaji.bila waktu cuti mereka datang belajar ABC.

‘’kat kampung ni,tiada ke ustaz yang mengajar mengaji?’’ tanyaku pada suatu malam kepada lornah.anak jiran yang paling tua antara mereka.tetapi masih seperti budak-budak lagi.

‘’ada,kak.tapi bayarannya mahal.kami ndak mampu.lagipun ustaznya suka marah.’’ Jawabnya

‘’owh..memanglah ustaz marah kalau anak2 murid dia tak pandai ngaji.’’ Balasku..sengaja menguji

‘’hehe,nda faham kak.dia ajar terus quran besar tu.kami tak pandai lagi alif,ba,ta..macam mana mahu pandai baca quran.’’jawabnya. ‘’lagipun mak aku larang kak.jauh tempatnya.’’

Aku terseyum.

‘’akak sekolah dimana?’’ tanyanya

‘’habis dah sekolah menengah.nak sambung pula dimana-mana yang dapat.’’

‘’oo..bagusnya kakak kan dapat sekolah.nda macam aku ni.mak tak bagi sekolah.sampai darjah 2 ja aku sekolah.’’ Balasnya.sedih. ‘’aku pun kalau boleh mahu pandai juga macam kakak.dapat sekolah.’’

‘’tak apalah, tak sekolah tak semestinya tak pandai,kan.’’ Jawabku memujuk.dia terseyum.

‘’kak,aku mahu bha pakai tudung macam kakak ni.’’ Katanya lagi setelah membisu seketika.

‘’boleh.baguslah tu kalau lornah nak tutup aurat.’’

‘’aku mau sembahyang jugak.boleh kah aku pegi rumah kakak? Nanti kita solat sama-sama.akak ajarlah aku,ya’’ dia terseyum.matanya berkaca-kaca.gembira.

‘’ok.nanti datang ja.datang masa maghrib dan isyak.siang kakak kerja.’’


Dan sejak itu kami pun semakin rapat.bukan saja dia malahan semua anak2 mengaji aku akan datang setiap malam.bersolat bersama-sama.kadang-kadang terasa hendak marah apabila sikecil wani dan ika berulang-ulang bertanya cara-cara solat.sempat bercakap semasa dalam rakaat dan tertidur semasa sujud.haih,budak2 ..

Saya ulang,itu kisah setahun lalu.

Dan kini,saya tidak tahu apa khabar mereka.siapa yang akak mengajar wani memperbetulkan sebutan chaa kepada ja? Siapa yang akak membantu lornah menganal Allah dengan lebih baik? Siapa yang nak ajar mereka mengenal Quran lagi?

Saya tidak katakana saya baik,tidak.saya sama saja seperti kamu.Cuma atas dasar kasih dan sayang saya kepada mereka,saya selalu terfikir tentang ini.

Teringat perbualan bersama lornah beberapa hari sebelum berangkat ke semenanjung

‘’betul kah kakak mahu p semenanjung?’’ tanyanya

‘’erm..akak sambung belajar disana.’’

‘’bestnya kak.mesti kakak lupa sudah kan sama kami nanti.’’ Balanya.

‘’eh,tidaklah..nanti kakak balik kita jumpalah balik.’’ Balasku.

‘’sayanglah sama kakak’’ aku hampir menangis.


Kakak juga sayangkan kamu semua,dik........

___________________________________







'Tiap-tiap anak dilahirkan berkeadaan fitrah (suci bersih), maka kedua-dua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi'

(Riwayat Bukhari)


___________________________



2 comments:

l bro m said...

akak yg penyayang, baguiiiss

bila nk post dlm bahasa bi???

Perindu_Ilahi said...

mmg suka n syg sgt ngan adek2...^^

sebenarnya entri ini dan entri 2 entri sebelumnya dah lama tulis...cuma xbublish..sy selalu je menulis time ada masa lapang kat ms word tp save dlm komp je..

I.Allah pasni blog ni tukar bahasa balik.. ^^