Sunday, July 25, 2010

because I Love You



BY : AnaAisyah
[ 250710 - 10.28 ]


mungkin disini
kita masih boleh duduk bersama
berborak,bergurau-senda

tapi disana,
belum tentu kita akan bisa
duduk bersantai begini,
kerana kau dengan amalmu,
kerana aku dengan amalku

mungkin disini
kau dan aku masih boleh
bergelak ketawa,bersenda ceria

tapi disana
belum tentu kita akan dapat
ketawa riang begini
kerana amalmu akan dikira
kerana amalku akan dihitung

mungkin disini
kau dan aku masih mampu berkongsi cerita
berkongsi suka dan duka
bercerita memori sedih dan tawa

tapi disana
belum tentu kita akan dapat berjumpa
berkongsi bahagia ceria
kerana kau dengan bekal hidupmu
kerana aku dengan bekal hidupku


tapi aku tak pernah impikan
hubungan kita sampai disini saja
kerana apa yang ada disini
tiada kekalnya
sekejap saja segalanya boleh musnah
punah dan ranah

hajatku,
impiku,
disana nanti kita masih bisa bertemu
berjumpa bergelak bersenda
berkongsi seribu satu nikmat bahagia

dan kerana itu
hadirmu disini tidak pernah kusiakan
doaku untukmu tidak pernah kulupakan
kerana aku impikan disana yang abadi

harapku,
kau juga sama sepertiku
berhajat untukku disini
agar dapat bersama denganku disana

bertemu Tuhan Pencipta
bertemu Rasul tercinta


_______________________||o0o|||_____________________

With The Name of Allah

~ Reminder,Because I Love You ~


" Orang-orang yang saling mencintai keranaKu, berhak atas kecintaanKu "
[ HR Malik dan Ahmad ]


"... Demi Zat yang jiwa Muhammad ada di tanganNya, Tidaklah dua orang yang saling mengasihi, kemudian dipisahkan antara keduanya kecuali hanya kerana satu dosa yang dilakukan oleh salah seorang dari keduanya. "
[ HR Ahmad ]


" Pada hari itu sahabat-sahabat karib: Setengahnya akan menjadi musuh kepada
setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa ( iman dan amal soleh ). "
Q.S Az-Zukhruf : 67

" Dan Kami cabut akan apa yang ada di hati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara ( dalam suasana kasih mesra ), serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing. "
Q.S Al-Hijr : 47


_______________________||o0o|||_____________________

2 comments:

Unknown said...

erm...sgt mendalam isi kandungannya...huhu
Latest post:Perkara ni tak merisaukankah?

Ana Aisyah said...

semoga mendapat manfaat.semoga kamu ikhlas. :)