Monday, July 5, 2010

Untitled 1 - student life

Dengan Nama Allah yang Maha Mengetahui






I don't know how to start,and how to 'vomit' everything here~in my mind,in my heart.
everything makes me so unstable.feeling unwell.

baru selesai solat zuhur.baru selesai kelas math 3.kelas yang patutnya memakan masa 4 jam itu dipendekkan menjadi 3 jam.Alhamdulillah

dua jam saja sudah membuatkan aku rasa nak muntah,nak juling,nak makan kerusi,nak telan kalkulator,inikan pula 4 jam...

dan sekarang,duduk sendiri di tempat yang tersembunya~library..

huh! macam2 dalam kepala.rasa nak keluarkan semua.masa ni juga kesakitan dikepala ni terasa menjadi2.migrain yang semakin teruk.entahlah...mungkin stress dengan keadaan aku.banyak benda yang aku nak dapatkan dalam masa yang singkat ni so aku kena cuba untuk tenagkan diri setenang yang boleh.tarik nafas...hembus..Alhamdulillah,aku masih diberi nyawa hingga sekarang~pukul 2.25 petang

sekitar beberapa hari kebelakangan ni banyak benda yang terjadi.satu persatu,walaupun tidak semua yang related dengan aku tapi masuk juga dalam kamus hidup dan pemikiran serta memori otak aku sebagai seorang pelajar dan manusia yang mempunyai akal dan perasaan


1. MATH + PONITER + MASIR

"aisyah,apesal tak join kami jadi fasi untuk masir.?"afiqah

"afiqah,kan kami dan kata dari sem lalu lagi.kalau boleh kami taknak ikut apaper program.nak tumpu pada study je."jawapan ringkas yang tidak relevan

tidak relevan,apapun aku bersyukur juga sebab tak ikut program tu.sekarang aku betul2 nak baiki pointer aku.aku taknak fikir benda lain selain math 3 ni.exam pun 2/3 minggu lagi.owh seraaam...

3.04 taklah tinggi manapun cuma apabila jatuh kepada 2.76, sangat2 membuatkan aku nak makan kerusi.nak telan meja..bila gabung kedua2nya cgpa aku xsampai pun 3.0 .. hanya 2.91 so mengikut kata Puan Fatihah,kene dapatkan A atau A+ dalam math 3 ni baru le naikkan 2.91 tu kepada 3.0 ..owh,yakinkah?

insyaAllah,semoga Allah membantuku.

2. 4 JULAI 2010

ahad.masa tu hari ahad.kelas math yang sepatutnya 4 jam dipendekkan selama 2 jam sahaja.Alhamdulillah.aku hepi bukan sebab aku malas nak study tapi aku betul2 dah tak tahan masa tu.kepala aku buat hal lagi.entah kenapa sakit kepala selalu sangat bertamu tanpa apa2 notis.mata yang kabur ni pun semakin rasa nak juling.even pakai spect mata kadang2 still macam tak nampak.degree mata naik lagi.cepat sungguh~tak sampai setahun

lepas kelas aku pergi kota bharu.without any aim.just want to find something to calm my feeling.~erm,my sickness actually. masa kat dalam keta aku berbual2 ngan seorang akak.memang dah lama juga kenal ngan akak ni.dia bukan student kat kolej aku.akak ni cerita yang dia baru diceraikan oleh suami dia.talak satu.suami akak tu pun aku kenal juga.punyalah aku terkejut yang akak tu dah bercerai sebab sebelum ni aku nampak akak tu ngan suami dia ok je.

masa dah nak sampai KB akak tu minta aku temankan dia ke mahkamah.nak uruskan perceraian.dan kebetulan masa tu cousin aku ada kat kb so aku pun call cousin aku dan ajak dia sekali.temankan akak tu pergi ke mahkamah.akak tu tersenyum.tapi aku tahu terdapat seribu satu kesedihan disebalik senyuman itu


mahkamah rendah syariah,lundang,kota bharu


di pejabat guaman






keratan akhbar yang menarik perhatian aku



dalam perjalanan ke lundang(tempat mahkamah tu) akak tu bercerita lagi..salah satu sebab suami dia tinggalkan dia adalah kerana xde anak.dah 8 tahun kahwin tetapi still xde rezeki.dan akak tu citer lagi bekas suami dia tu sekarang dah kawin lain tetapi masih tidak dikurniakan anak juga.masalah tu bukan berpunca dari akak tu tetapi bekas suami dia sendiri yang tidak boleh memberikan zuriat,memang dah keturunan dia macam tu.cuma mungkin kerana ego seorang lelaki, finally relation yang dibina selama 8 tahun pun musnah begitu saja.

akak yang bertudung labuh itu tersenyum lagi.sangat murah dengan senyuman.dan kerana senyumannya itu,pasti tiada siapa yang menyangka bahawa ada seribu satu kesedihan yang tersembunyi desebaliknya. Allah,berikanlah ketabahan dan kekuatan kepada akak itu.berikanlah dia pengganti yang lebih baik.peganglah hatinya agar sentiasa dekat kepadaMu dan jagalah dia,ya Allah.berikanlah balasan syurga kepadanya.

related dengan kes akak tu,teringat ngan seorang keluarga aku.dia ngan isteri dia hanya dikurniakan anak selepas 10 tahun berkahwin dan sepanjang perkahwinan,pernah juga hampir2 berpisah kerana isu zuriat.Alhamdulillah selepas bertahan selama hampir 10 tahun,Allah memberikan juga rezeki itu kepada mereka.tetapi sekarang,mereka sudah berpisah.si suami kahwin lagi dengan orang lain,dengan seorang janda.

satu lagi kisah yang berkaitan dengan keluarga aku juga.dia seorang wanita yang menarik.cukup segala2nya bagiku.kerana sayang si suami tidak membenarkannya berkerja.mereka dikurniakan 5 orang anak.apa yang mendukacitakan si suami tidak setia.masa anak ke-lima baru sahaja dilahirkan(baru2 ini) si suami membuat hal.bercengkerama dengan buah hatinya.isteri yang baru melahirkan ditinggalkan begitu saja.

tak sanggup nak cerita banyak.kisah2 yang berlaku disekeliling ku ini membuatkan aku takut untuk memikirkan tentang perkahwinan.ya,saya baru berusia 19 tahu.masih terlalu muda untuk berfikir tentang perkara ni tetapi apa yang berlaku,kisah2 yang diceritakan kepada saya,kisah2 orang yang dekat dengan saya cukup membuatkan saya rasa amat takut dengan perkahwinan. kalau boleh saya taknak berkahwin.lelaki memang jahat.

3.Masa depan

memikirkan tentang masa depan aku.walaupun belum tentu aku hidup lagi selepas ini.bila aku fikir2,alangkah indahnya jika aku tak ambil kos ini dulu.alangkah indahnya jika aku terima tawaran asasi dulu~ambil Syariah.jika aku terima sudah semestinya aku dah ambil ijazah sekarang.asasi/matrikulasi itu hanya memakan masa setahun atau dua tahu sahaja.owh,kisah lama,pasti ada hikmahnya.

walaupun aku semakin dapat terima kos aku sekarang,kadang2 terselit juga persoalan ini.masa depan..owh masa depan.apa ada kat depan?

kos aku sekarang ni tak lah teruk pun.sains komputer..cuma yang mebuatkan aku nak muntah,nak juling adalah tentang matematik ni.aku bukannya tak pandai sangat pun dalam subjek ni tapi semakin meningkat sem,semakin banyak yang kena ambil tahu.semakin mendalam.dan selera aku nak makan orang,nak telan kalkulator,nak gigit meja pun semakin menjadi-jadi...

kalkulus.aku pegang buku ni sekarang.buka je juling mata.banayknya benda nak ingat...
kemarin dah habis test 1 tapi soalan tu SUSAH.biar aku ulang-S U S A H...
really2 buat aku nak terjun longkang.

owh masa depan...memanglah study kerana Allah,bukan untuk dapatkan pointer yang comel2 saja tapi kalo nak kat study kerana Allah tetapi pointer pun macam bunga taik ayam je,nampak sangat tak banyak usaha.seolah2 aku tak bersungguh2 nak mendaulatkan Islam yang terchenta ni..hu2

so now,aku kena cantikkan pointer aku,untuk masa depan aku juga.kalo pointer aku cantik,senanglah aku nak masuk U lepas diploma ni nnt..

ya Allah,bantulah aku untuk dapat A dalam subjek math3 ni...

stop -- pala hotak dah ok sikit even aku xtelan ubat lagi.pasni nak buka balik calculus book tu then buat apa yang patut. (pasni xde masa dah nak tengok citer ngan afiqah..kene tunggu pas final arr baru free sikit .. )




gambar masa SPM..rindunya nak jadi student sekolah menengah balik.. =(


4 comments:

ZiErWa zAiNaL said...

semoga Allah bersama kita semua..
all da best


kalau sudi komen la entry saya..
teruk sangat ke

Sya Hawani said...

moga cerahlah masa depan kamu nanti..math tu tidaklah susah mana pun.study baik2 dan yang penting niat kena betul,kerana Allah

moga berjaya dunia akhirat (^_^)

ana_muslimah said...

sabar ya sahabat..allah xdak menguji banya di luar ..ana menyesabersungguh2 l dengan apa yang berlaku dulu...menyesal tak belajar btul2 kalo x p mesir dah apapun kita kena redha...kadang kita x suka sesuatu sedangkan itulah yang terbaik untuk kita...bersangka baik pada Allah moga Allah melindungi kita ya... moga disebalik semua ini ada hikmahnya..

Perindu_Ilahi said...

kak majad : syukran jazilan kak,may Allah bless u =)

sya Hawani : tenkiuu =)

ana muslimah : betul tu enti..pasti ada hikmahnya atas semua yg berlaku ni kan..Allah sentiasa tahu apa yang terbaik untuk hambaNYA,kan enti..
syukran enti..luv u,may Allah bless u
(moga dapat bersahabat kembali setelah berada 'disana')