Wednesday, January 19, 2011

kisah : kepala ayam untuk Ayah



Pada suatu petang, apabila si suami pulang ke rumah, dia terlihat isterinya yang tertidur disebabkan terlalu penat menguruskan kerja-kerja rumah. Lantas si suami tersebut mengejutkan isterinya untuk memastikan sama ada isterinya telah menunaikan solat asar ataupun tidak.

Apabila isterinya terjaga, dia menjawab bahawa dia telah menunaikannya sambil menyediakan makanan untuk suaminya iaitu sepotong kepala ayam. Lantas suaminya itu makan dengan berseleranya. Melihatkan suaminya begitu menikmati kepala ayam tersebut, si isteri lalu bertanya kenapa suaminya begitu gemarkan kepala ayam sedangkan dia dan anak-anak tidak menyukainya.

Maka suaminya menjelaskan bahawa dia menyukainya kerana dia tahu bahawa isterinya dan anak-anak memang tidak menggemarinya. Jadi dia mahukan isteri dan anak-anaknya masing-masing mendapatkan bahagian kegemaran daripada ayam tersebut. Dia berkorban untuk hanya memakan bahagian yang tidak disukai oleh mereka. Mendengarkan penjelasan daripada suaminya, si isteri lalu menangis mengenangkan pengorbanan yang tersimpan oleh suaminya.


__________________________________________


Iktibar yang dapat kita ambil daripada perkongsian kali ini adalah hargai mereka yang berada di sekeliling kita selagi mereka masih ada bersama kita. Jangan kelak mereka telah meninggalkan kita, baharu kita menyesali kerana tidak membahagiakan mereka. Kadang-kadang kita tidak menyedari pengorbanan orang lain kepada kita terutamanya orang tua kita sendiri kerana pengorbanan bukan sesuatu untuk ditonjolkan, tetapi untuk diberi.


note : sgt terkesan dengan kisah pendek ini (t_t)
sumber : CheAn

7 comments:

yad_element said...

cerite ringkas tp best..

seperti kisah Rasulullah..
Rasululllah menerima hadiah di hadapan sahabat iaitu buah limau (betulkan jika salah) dan rasulullah telah memakan buah di hadapan pemberi buah itu sehingga habis kesemuanya di hadapan sahabat, setelah pemberi buah itu pulang, sahabat bertanya knp tidak berkongsi, Rasulullah beritahu jika dikongsi bersama sahabat, mungkin sahabat akan membuat muka yg pelik apabila merasa buah yg amat masam itu..

mcm tak kene je ngan cerite anda

Siti Khadijah Mn said...

terbaik! :)

Che An Dusuki said...

Terima kasih sudi kongsikan entri saya di sini. InsyaAllah sama-sama akan mendapat manfaat bagi yang membacanya :)

Perindu_Ilahi said...

yad : lebih kurang juga dengan sirah itu..Baginda juga berkorban utk sahabat2nya..takut nnt mereka2 yg makan terasa masam pula.. :)

khadijah : tima kaseh

che an : sy tersentuh, sbb itu saya kongsikan.. ^^ sy ada letak link encik sekali.. :)

z@i said...

kat indon ader bnder nie..

hidangan istimewa lagi.hehe

apple said...

terharu...

Perindu_Ilahi said...

cik zainab : oh yeke..sy xpernah tahu plak..cik mesti pernah makan,kan..

apple : ^^