Sunday, January 16, 2011

Barah Otak dan sebuah Kematian




BARAH OTAK/BRAIN CANCER




Kanser otak atau tumor otak atau dalam bahasa Inggeris brain cancer atau brain tumor merupakan sejenis kanser yang paling sukar untuk dihadapi dan paling mencabar kepada doktor2 perubatan ortodoks atau alternatif.

Kanser otak menjadi suatu kanser yang amat merbahaya ialah kerana kanser otak berlaku dalam tempat yang paling sensitif dalam tubuh manusia.Sebarang cubaan semborono untuk merawatnya akan mengakibatkan sesuatu padah yang amat buruk seperti kelumpuhan,kecacatan fizikal,hilang ingatan dan bolih membawa maut. (sumber - klik utk baca sepenuhnya)


Tumor otak akan menimbulkan pelbagai gejala. Ia bergantung kepada bahagian mana ianya berlaku. Sakit kepala merupakan gejala tumor otak yang paling biasa. Gejala-gejala berikutnya mungkin merupakan petanda tumor kerana ia boleh meningkatkan tekanan di dalam otak:

* Sakit kepala yang teruk terutamanya di sebelah paginya berbanding dengan waktu tengah hari.

* Sakit kepala yang berterusan dan diikuti dengan loya dan muntah.

* Sakit kepala yang menjadi semakin teruk ketika batuk, bersin dan menunduk.


Orang dewasa yang menghidap tumor otak akan menunjukkan beberapa gejala seperti berikut:

* Kerap diserang sakit kepala, loya atau muntah.
* Epilepsi (sawan, kekejangan otot dan tidak sedarkan diri).
* Gangguan percakapan.
* Kesukaran untuk menggerakkan kaki dan tangan.
* Hilang ingatan ke atas hal-hal yang terbaru dan kemorosotan proses mental.
* Hilang penglihatan (terutamanya penglihatan periferi).
* Hilang daya imbangan terutamanya jika ia dikaitkan dengan sakit kepala, kelemahan atau kekebasan sebelah badan.
* Gangguan ingatan atau perubahan personaliti.

Tidak ada sebarang garis panduan atau peraturan untuk mencegah tumor otak dari berlaku. Cuma kita perlu mengawasi gejala-gejala yang timbul yang mungkin menandakan wujudnya tumor di dalam otak. Jika ini berlaku bertindaklah segera dengan berjumpa doktor dan dapatkan pemeriksaan yang diperlukan. (sumber dari sini- klik utk baca seterusnya)




_______________________________________






Salaam pada semua.apa khabar? moga sihat2 saja.

hari ini,sy telah berkongsi sedikit info kesihatan yang berkaitan dengan BARAH OTAK ataupun dalam bahasa inggeris dipanggil BRAIN CANCER.

namun apa yang menakutkan dengan penyakit ini adalah,ianya boleh membawa kepada KEMATIAN. bila sebut saja soal KEMATIAN, semua orang akan berasa takut. berasa takut dengan kematian dan pastinya juga akan berasa takut dengan panyakit ini kerana ianya adalah penyumbang besar kepada asbab KEMATIAN seseorang.

Sesiapa saja yang diuji dengan penyakit ini,pasti dalam hatinya akan membayangkan kematian saja..dan doktor juga akan menganalisis. ''pesakit ini cuma boleh bertahan 3 bulan lagi'' .. ''pesakit ini hanya boleh bertahan selama 6 bulan lagi..'' ..dan begitulah seterusnya. masing2 dengan analisis dan perkiraan mengikut kaedah sains dan teknologi.


namun, pernahkah kita berfikir bahawa TANPA barah otak atau apa-apa penyakit yang seumpamanya kita juga tetap akan MATI? pernahkah kita berfikir bahawa TANPA perkiraan dan analisis doktor tentang jangka hayat kita yang masih ada selepas disahkan mengidap apa-apa penyakit, kita tetap juga akan menghadapi MAUT?


SATU KISAH BENAR

teringat saya tentang kisah benar yang saya lalui semasa disekolah menengah dulu (smkats) saya ada seorang senior perempuan yang menghidap penyakit BARAH OTAK. pada awalnya,dia hanya mengalami sakit kepala biasa yang seterusnya menjadi semakin menjadi-jadi namun apabila dia bertemu dengan doktor, dia hanya disahkan mengalami migrain biasa saja sehinggalah pada suatu hari, seorang doktor pakar mengesahkan bahawa kakak tersebut menghidap BARAH OTAK yang agak kritikal.

Tuhan saja yang tahu perasaan kakak itu pada masa itu. dia seorang yang baik (seperti juga namanya-solehah) dan dia berasal dari daerah yang sama dengan saya. selepas beberapa waktu, sekolah menubuhkan tabung sumbangan bagi membantu keluarga kakak tersebut untuk membuat satu pembedahan keatasnya (semasa mendapat penyakit tersebut,kakak itu berada ditingkatan 5 -sy tingkatan 1)

selepas beberapa waktu,Alhamdulillah, akak tersebut berjaya menjalani pembedahannya dan dia tidak lagi menghidap BARAH OTAK. pada masa itu,dia kembali kesekolah dan meneruskan pembelajarannya dalam tingkatan 5 (setahun dia tangguh sekolah-masa dia masuk sekolah balik,sy sudah ting2) . walaupun begitu, dia kesekolah dengan menggukan kerusi roda dan rakan-rakan akan membantunya .

namun,SEBULAN selepas pembedahan tersebut,kakak senior itu MENINGGAL DUNIA dengan tenangnya walaupun baru saja disahkankan telah pulih.. semoga Allah merahmati roh nya..


MATI/MAUT/AJAL

MATI, maut ataupun ajal adalah suatu keadaan apabila roh daripada jasad seseorang diambil balik oleh pemiliknya(Allah swt ) melalui malaikatNya Izrail as. roh yang telah dipisahkan daripada jasadnya itu pula seterusnya akan ditanggung jawabkan atas segala amalan baik dan buruknya tanpa terkurang satu apa pun.

ada yang berpendapat bahawa mati itu adalah pengakhiran kepada kehidupan kita namun sebenarnya kematian itu adalah SUATU PERMULAAN untuk menuju ke satu lagi alam kehidupan yang kekal abadi iaitu Akhirat. MATI itu boleh diibaratkan seperti 'pintu masuk' ataupun 'tabir' yang memisahkan alam kehidupan didunia yang sementara dengan alam kehidupan Akhirat yang kekal abadi.

Marilah kita sama-sama mengingati dan meyakini janji Allah dalam surah Ali Imran ayat 186 (كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ) yang bermaksud "Setiap yang bernyawa akan menemui mati...." jelas dalam ayat ini menunjukkan bahawa SETIAP makhluk yang bernyawa PASTI akan menemui mati.


KESIMPULAN

kesimpulannya disini,usahlah takut dengan apa-apa penyakit yang menimpa diri kita kerana semua itu adalah didalam kemampuan kita juga,... usah takut kerana TANPA apa-apa penyakit sekalipun,kita tetap akan MATI bila tiba masanya nanti.

apa yang penting kini, kita berusaha saja dan bersedia pada setiap masa, kerana mati itu boleh datang bila-bila masa saja. mungkin esok, mungkin lusa? atau mungkin sebentar lagi?

Wallahu'Alam


1 comment:

Menusuk Hati said...

Sama2lah mempersiapkan diri untuk menghadapi mati..