Saturday, January 15, 2011

Hikmah diatas hikmah





Salaam kepada semua.moga sihat2 saja.

nak berkisah sedikit disini, sejak dulu,malahan sehingga kini aku selalu saja sendiri, bersendiri, menyendiri...kemana-mana pun aku pergi pasti akan bersendiri,dalam konteks aku dan keadaan ku.

dulu selepas sekolah rendah, aku dapat tawaran untuk ke sekolah menengah agama berasrama yang jauh dari tempat tinggalku. tidak ada satu pun rakan-rakan dari sekolah rendah tempat aku bersekolah yang sama-sama menuntut disekolah menengah itu. dan sejak itu, aku ditemukan pula dengan rakan-rakan baru yang Alhamdulillah,aku gembira dengannya. namun jauh didasar hati aku agar terkilan, kenapa tidak ada seorang pun rakan sekolah rendah ku yang sama-sama bersekolah disana? kalau ada, sekurang-kurangnya aku tidaklah bersendiri.

selepas sekolah menengah, seperti pelajar-pelajar lain ,banyak tawaran untuk melanjutkan pelajaran yang aku dapat, namun Akhirnya aku memilih untuk melanjutkan pelajaran aku di kolej ini, bersama sepupu aku (inilah faktor yang menyebabkan aku dibenarkan untuk melanjutkan pelajaran disini)..namun ada masanya, aku berasa sedikit terkilan juga...sebagaimana selepas aku sekolah rendah dahulu, kini, selepas sekolah menengah, tidak ada satu orang pun rakan aku dari sekolah yang sama melanjutkan pelajaran disini (melainkan dua orang kakak senior)

apa-apa pun,Alhamdulillah, sesiapa saja yang kita temui untuk menjadi rakan, kawan dan sahabat kita adalah telah ditetapkan olehnya dan itulah yang terbaik untuk kita,Insya Allah.. cuma apa yang penting kita hendaklah menjadi sahabat yang baik serta bersahabat dengan mereka yang baik2 saja..pasti takkan menyesal,insya Allah

Alhamdulillah, kini setelah beberapa semester berada disini, kehidupan dirasakan lebih baik dari dulu. hati yang kosong terasa lebih terisi. apa erti saya sebagai manusia, sebagai pelajar, sebagai seorang anak,sebagai seorang sahabat dan semestinya seorang hamba kepada Allah, satu-satunya tuhan kita mula mampu difahami dan dicerna oleh saya sedikit demi sedikit dengan sebaiknya,insya Allah...

tidak tahu bagai mana kehidupan aku jika tidak melanjutkan pelajaran kesini.. mungkin akan menjadi bertambah sosial..tudung pun akan terbang,mungkin(?)

disini,saya ingin kongsikan post dari blog seorang sahabat saya yang sangat-sangat menyentuh..berikut adalah kata2 dari blog beliau :

" KTD ibarat sebuah hospital..manusia yang masuk dalam hospital tu ada yang sakit biasa2..ada yang parah..ada yang demam biasa je..ada yang selsema..ada juga yang sihat...manusia2 ni lalui rawatan yang hospital tu sediakan..dan bila keluar dari hospital..ada yang sembuh dan jadi sihat..yang sihat bertambah-tambah sihat..ada juga yang sihat jadi sakit sbb mendedahkan diri kpd virus2 yang tak diundang..dan ada juga yang sakit parah sgt..tp setelah lalui rawatan, dia menjadi sihat dan bertambah sihat...yang uniknya ttg hospital ni..tak paksa untuk buka hati ketika terima dan lalui rawatan kat hospital ni..dan walaupun ada antara pesakit yang tak nak rawatan..tapi masih juga perawat2 hospital bertungkus lumus utk membantu..jadi pilihan di tgn..samaada nak rela dirawat atau terpaksa menerima rawatan..selalunya yang terpaksa ni laa yang akan masih sakit bila keluar dari hospital ni..dan yang rela dirawat..bila keluar jadi sihat bertambah sihat..dan akhirnya akan menjadi salah seorg perawat juga.."

ini dia blog sahabatku itu [Link] dia adalah pelajar Kuis di sini dalam semester 4..aku mula kenal dia semasa semeter satu ketika sama-sama bertugas dalam satu program

itu saja coretan untuk malam ini.moga Allah merahmati kita dan memberikan hidayah yang berpanjangan kepada kita.insya Allah.



jamuan raya 2010..nyam3..sedapnya nasi kerabu :)


mode : tiba2 aku rasa rindu pulak nak balik kolej.hehe

No comments: