Tuesday, October 19, 2010

Untitled 3 - feeling unstable


Bismillahirrahmanirrahim..

rasa macam nak bagi wasiat je sekarang.masanya seperti sudah hampir..ya Allah jangan dulu, amalku masih kurang, ku sedar tak mampu ku kesyurgaMu,namun tidak pula ku sanggup ke nerakaMu.... ;(

WARNING : kali ni saya nak berkisah tentang empat perkara dan keempat-empat perkara tersebut adalah berkaitan dengan diri sendiri.boleh pilih untuk meneruskan pembacaan meninggalkan saja blog ini. dan tulisan kali ini agak bercelaru...


1.I Love Allah.

I Love Allah,you too,rite? tapi sejauh mana cinta kita padanya?pernah tanya diri sendiri? kita selalu katakan cinta Allah,aku cinta Allah,bla3...tapi jika dinilai segala amal perbuatan kita,seperti tiada tanda pun kita cintakan Allah dengan bersungguh-sungguh..hanya apabila susah,derita...saya harap saya dan kamu tidaklah begitu...jom muhasabah ditengah malam begini!


hidup ini begitu singkat sebenarnya.hari ini kita masih bernyawa, tapi esok kita tidak tahu samada kita masih bernyawa lagi ataupun tidak.itu kerja Allah,hanya Dia yang tahu.kita hanya perlu bersedia saja kerana mati itu boleh datang bila-bila masa.

kebelakangan ini,sudah dua kali saya sakit. biasanya sebelum Allah datangkan ujian kesakitan kepada kita,akan ada tanda-tandanya .saya juga begitu namun sakit yang ini lain.lain dari yang lain.tanpa tanda,tanpa notis...syukur kerana rakan serumah sudi bawa ke hospital,sehingga pukul 1 pagi..ini bukan hendak berkisah tentang sakit dan penyakit saya cuma hendak mengatakan bahawa saya takut,jika Allah menjemput saya utk mati,tanpa ada tanda-tanda yang saya sedari.

takut jika bila saya tidur malam ini,esok saya tidak bangun-bangun lagi didunia ini tetapi bangun disebuah alam yang saya tidak tahu bagaimana rupanya.takut jika apabila dua malaikat itu bertanya,Ma Robbuka,Ma Imamuka dan lain2, saya tak dapat jawab...takut,takut dan takut kerana mati itu sudah terlalu dekat....

dan persediaan saya masih kurang...kejap buat dan kejap tidak..kejap bersungguh dan kejap lagi lalai kembali..ibarat lirik lagu raihan tu ''bilakah diri ini kan kembali,kepada fitrah sebenar..pagi ku ingat,petang ku alpa,begitulah silih berganti.."

mungkin kerana iman kita yang turun naik..turun dan naik...turun dan naik-


2.Niqab.


"Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada jasad dan rupa bentuk kamu, tidak kepada keturunan dan harta kekayaan kamu, sebaliknya Allah memandang kepada hati kamu. Maka, sesiapa memiliki hati suci bersih, nescaya Allah amat mencintai orang tersebut. Ketahuilah! Wahai Anak Adam bahawa orang yang paling dicintai Allah ialah orang yang paling bertakwa di kalangan kamu." (Hadis riwayat Muslim dan Tabrani).

sila baca dalil diatas.memang pakaian tidak melambangkan apa-apa. tapi Niqab,sudah lama saya impikan...namun saya tahu saya tidak mampu lagi untuk memakainya..

Jika saya pakai disini pun,saya pasti tidak akan mampu meneruskannya apabila balik kesabah nanti....
kenapa? sebab nanti semua orang lari,dan menganggap saya membawa ajaran sesat...

makanya,impian hanya tinngal impian.mungkin.



3. Rumah Sewa.

gambar disebelah adalah jalan masuk ke taman ini,taman kurnia jaya.sejak sem ini sudah tinggal disini...asrama dipenuhi dengan pelajar-pelajar baru + sudah tiada hati untuk tinggal diasrama + nak cari pengalaman baru ++++.

isunya disini,sem depan kena pindah rumah.rumah yang sekarang ada banyak masalah,semua ahli nak keluar...sudah penat mencari rumah lain yang kosong..moga Allah bantu.

jika diberi pilihan,saya lebih memilih utk tinggal dirumah sewa berbanding asrama kampus..saya akui masing-masing ada kebaikan dan keburukan,namun segala-galanya terpulang kepada diri sendiri,kan....nak jadi baek ke x...nak terus jadi baek ke x....dan jadi jahat ke x..nak terus jadi jahat ke x....semua tu terpulang pada diri sendiri...

tinggal kat rumah sewa cukup mengajar saya suatu perkara yang tidak pernah saya lakukan sebelum ini --------> memasak.


4. Projek.

mungkin saya banyak mengeluh, tidak juga. mungkin saya yang terlalu fikir. ya,itu saya setuju...Projek,projek untuk sem ini boleh dikira banyak.jika tidak percaya,boleh refer kepada pensyarah saya. dan kerana banyak itu,tidak tahu yang mana hendak dimulakan dahulu

a) Audio Video
I like this subjek..sebab banyak buat projek yg boleh beri saya banyak ilmu.. proposal untuk projek berkumpulan telahpun dihantar tadi..tepat-tepat pada due date yang ditetapkan.. student,kalau tak buat kerja last minute tak sah...

b) Animasi
I like this subjek too...sebab sy belajar benda baru lagi.buat kartoon..guna flash..senang saja bagi mereka yang teror. saya? baru nak belajar..
story board untuk projek ini telahpun dihantar..tapi projeknya tak siap lagi..


banyak lagi...dan banyak lagi......
banyak kerja yang tergendala...ya Allah,berikanlah kekuatan kepada hambaMu ini...
tolong pegang hatiku sehingga aku benar-benar bertemu denganMu~

hidupkan dan matikanlah dalam keimanan~

note : tak sabar nak tunggu next week..off to KL then Kedah to meet smeone that I luv the most ^^


2 comments:

L Bro M said...

1. you luv m, I luv u
jika igtkan aku time brjalan, Aku igt kau dgn berlari

mati itu jabatan untuk bertemu Rabb yg Maha Pengasih

selalu igt mati tapi jgn takut mai

2. ghuraba, bahagia lah org yg asing

3.kat kelantan sy ada ramai makcik2 yg ada rumah2 untuk disewa.sbb tu sy suka brkawan dgn pak cik dan mak cik.

4. kita mrncang Allah menentukan, sangkaan hamba bersama sangkaan Allah

PeranTau_89 said...

Salam... siswi KTD ke ni??/