Sunday, October 24, 2010

Kesekian kali



Bismillahirrahmanirrahim

“... boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” [Al-Baqarah,2 : 216]


Sudah berkali-kali,berkali-kali,berkali-kali dan berkali-kali kuingatkan diriku ini,bahawa setiap segala perancangan dan pemberian Tuhan kepada makhluknya itu adalah amat cantik dan tersusun sekali,bahawa setiap segala sesuatu yang diberi dan ditentukannya terhadap setiap makhluk-makhluknya itu adalah yang terbaik sekali untuk diri mereka,untuk nasib mereka dan untuk masa hadapan mereka.kerana Allah itu Maha Mengetahui. Dia yang Khaliq itu Maha Mengetahui akan segala apa yang berlaku,Dia tahu apa yang telah berlaku,sedang berlaku dan malahan dia juga tahu apa yang akan berlaku.itulah Maha Berkuasanya Dia.


Namun hati dan jiwa yang lemah ini sering juga mempersoalkan segala Qada’ dan Qadar yang ditentukannya terhadap diri ini.masih berterus-terusan mempersoalkan segala takdir yang menimpa diri,walau adakalanya hati ini masih mampu terkawal lagi,namun ada kalanya iman yang lemah ini mempersoalkan lagi,lagi dan lagi..


Harusnya,mana syukurmu wahai Insan?


Tidakkah kau ingat bahawa Dia yang Maha Pengasih,Penyayang,Pengampun dan yang Maha Mengetahui itu amat menyayangimu?lihat sajalah,walau bagaimana teruk pun sikapmu terhadapnya Dia masih lagi sudi untuk memberikan kecintaanNya terhadapMu..walau seteruk manapun kau cuba untuk melupakannya,Dia masih lagi sudi untuk mengingatimu...kerana apa? Kerana Dia itu mencintaimu,kerana Dia itu mencintaimu, kerana Dia yang Maha Pengasih dan Penyayang itu mencintaiMu...


Adakah kau sedar wahai insan?


Harusnya jika begitu,Dimana syukurmu?


Kini sedarlah engkau, berjalanlah dengan penuh harapan walaupun hidup ini tidak selalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah engkau memberikan alasan walaupun hanya ingin menyatakan kebenaran dan hiduplah dengan Iman walau hari-harimu dipenuhi dengan dugaan dan berpeganglah kepada Allah walaupun Dia tidak kelihatan....


Bersyukurlah selalu.penuhi hari-harimu dengan sepenuh rasa syukur atas segala nikmat yang diberikan olehNya..dan selalulah mengingati diri bahawa semakin banyak nikmat yang diberikan olehNya,maka semakin banyak jugalah yang akan dipersoalkan diakhirat kelak...


Sedar-sedarlah wahai diri,

Bangkitlah engkau dari lenamu.bangkitlah engkau,bangunlah engkau...


***************



Semakin dielak,semakin dia datang menghampiri.semakin dihindar,semakin banyak yang datang. Maka terima sajalah,kan?


Bukan hendak bercerita tentang apa,apa-apa,kerana sebenarnya tiada apa-apa. Cuma hendak mengelakkan diri dari sesuatu yang semakin dielak,semakin banyak yang datang.


Apa ya?


~PROGRAM.


Ada apa dengan program? Datang program,mengurus program, jadi Ajk? Atau naib pengerusi? Atau setiausaha? Atau biro? Atau fasi? Atau apa-apa saja....ada apa dengan semua ini?


Ya,jangan terus dipersoalkan sesuatu yang sudah kau tahu akan jawapannya wahai insan,wahai insan bernama Aisyah...


Bukankah kau ingin menjadi seorang yang berfaedah? Jika tidak kepada orang lain,cukuplah kepada diri sendiri..oleh itu,sekali lagi bangkitlah dirimu.ikhlaskan dirimu, sesungguhnya segala sesuatu yang dilakukan olehmu pasti akan dikira,dihitung olehNya “Every deeds is accountable” ...ingat tu aisyah! Ingat sampai bila-bila.segala-galanya pasti akan dipersoalkan walaupun ianya sebesar zarah.


“ maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya), dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)” [Al-Zalzalah.ayat 7-8]


Beringatlah engkau sebelum mati wahai insan bernama Aisyah,kerana makhluk Allah bernama Ajal itu semakin dekat denganmu..


Sebelum mengakhiri post pada kali ini,saya ingin berkongsi sebuah hadis yang diriwatkan oleh At Thabrani yang baru saja saya baca dan cuba faham serta fikir-fikirkan didalam Mufakkiratul Mukminah 1431-1432 yang bermaksud :


“pada akhir zaman,umatku berpecah menjadi tiga golongan.satu golongan menyembah Allah dengan Ikhlas,satu golongan menyembah Allah dengan riak dan satu golongan lagi menyembah Allah dengan tujuan mencari makanan dari manusia. Tatkala Allah mengumpulkan mereka dihari kiamat,Allah bertanya kepada orang yang hanya mencari makan “Apakah tujuanmu beribadat kepadaku?” Maka dia menjawab , “dengan kemuliaan dan ketinggian-Mu,aku beribadat dengan tujuan mencari makan dari manusia.” Allah berfirman, “Tiada memberi manfaat apa yang telah dikumpulkan” maka dia dibawa keneraka.

Kemudia Allah bertanya kepada orang yang beribadat kerana riak.”Dengan kemuliaan dan ketinggian-Ku, apakah tujuanmu beribadat kepadaku?” dia menjawab, “Dengan kemuliaan dan ketinggianMu,aku beribadat kerana riak.” Maka Allah berfirman, “Tiada satu pun yang sampai kepadaKu.” Maka orang itu dicampakkan ke dalam neraka.

Kemuadia Allah bertanya kepada orang yang beribadat kerana Ikhlas,Dia menjawab “dengan kemualiaan dan Ketinggian-Mu,Engkau lebih tahu apa yang aku kehendaki.Aku menghendaki zikir kepadaMu dan berharap redha-Mu”, Allah berfirman “Benar Hambaku.” Dan diapun dihantar keSyurga. [HR.Thabrani]


Daripada ketiga-tiga golongan ini,kita termasuk dalam golongan yang mana?

Bagaimana amalan-amalan kita selama ini? Sebelum-sebelum ini?


Jangan hanya taksub mengikuti program itu dan ini,mengurus program itu dan ini, andai niat asalmu tidak dapat kau definisikan dengan sebaik-baiknya.


Selalulah analisa imanmu,


dan bagaimana amalmu,


dan bagaimana niatmu,

bangunlah dari lenamu.

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang Yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. “[Al-Baqarah,2 : 186]

Muhasabah,Jom!

No comments: