Sunday, May 30, 2010

AKU Si Pekak Bisu

semoga post ini terhindar daripada jarum halus si makhluk halus terkutuk bertanduk dua.
ini bukanlah entri yang diarancang untuk dikongsikan disini,pada hari ini tetapi telinga yang pekak serta mulut yang bisu ini ingin keluar daripada kebisuan dan ketulian itu.sebelum itu saya ingin meminta maaf kepada para pembaca blog ini kerana saya agak kurang pandai bercerita.

kisah 1 : (kisah ini bukan berniat utk memburukkan sesiapa ttp sekadar utk menghilangkan sedikit kebisuan dan ketulian ini )

hari ni selepas jalan ngan ibu dan abang saya pergi kerumah cousin.semuanya ada 6 orang,adik beradik.yang paling tua seumur dengan saya,yang lain adik setahun demi setahun.mak bapak mereka pergi kerja.sejak kecil lagi kami ibarat adik-beradik.memang rapat.nenek.nenek juga berada disitu.

semua kami terpacak dihadapan TV.menonton rancangan merapu(bagi saya).semua kyusuk dan tawaduk merenung skrin yang menayangkan rancangan duniawi itu sehinggalah tiba-tiba,si anak ke-empat dan ke-tiga bergaduh.berpukulan.makian berterabur dari mulut2 mereka.suasana hingar bingar.saya dan si kakak hanya memekakkan telinga."biasalah adik beradik-beradi..gaduh2 sayang je tu." ayat biasa yang saya dengar.

tapi apa yang tak sedapnya pasal maki-memaki.perlukah maki-memaki macam tu?perlukah 'gaduh2 sayang antara adik beradik' perlu ditambah perencah dengan makian2 yang menyumbatkan telinga? segala macam nama haiwan haram,nama makhluk halus bertanduk dan mcm2 lagi yang menjadi bahan makian.perkara ni bukan baru pertama kali.sejak kecil lagi dan selama ini saya hanya memekakkan telinga saja.

dan suasana menjadi tenang.namun dikejutkan lagi.nenek dimaki-maki.hanya kerana nenek bangun nak ambil pakaian kat ampaian.sekali lagi lagi saya ingin memberi tahu bahawa perkara ini bukan baru,tapi sejak kecil lagi.diperturunkan dari siibu.dan selama ini saya hanya buta dan pekak terhadap perkara ini. beryukur kerana saya tidak terikut-ikut berbuat begitu.

nenek.nenek yang tua terus dimaki.dimarah-marah.sejak dahulu.saya hanya memerhati.kesian kat nenek.walau bukan nenek kandung saya tapi saya tetap sayangkan nenek.saya tak tak pernah jumpa nenek mahupun datuk kanndung.

suasana sepi lagi.semua mata kembali merenung skrin duniawi.saya panggil si anak ke-empat ke meja makan.temankan saya makan.tengahari itu.

"kamu dah solat?" saya tanya.

"tak...." dan dia kembali menyanyi2..melalak2 dengan lagu2 merapu.xpe,hiburan..dia baru ting.4

"tapi saya tahu baca niat."sambungnya.dia tersengih.hahah..melawak betul budak ni.

"bacalah."Dan dia pun baca semua.macam2 yang dia cakap.perkara2 yang dia belajar dalam subjek pendidikan Islam disekolah.

"ha,jadi kenapa tak solat lagi?solat zuhur."tanyaku

"belum mandi la.." lalu dia pun berdiri dan berlalu ke dapur

"lepas mandi pergi solat..."sempat aku menjerit sebelum dia menutup pintu bilik air.

si anak ke-empat itu.memang sudah kuanggap seperti adik sendiri sejak dulu.bukan dia sahaja tetapi mereka semua.mungkin kerana saya tiada adik.dalam kalangan mereka ber-enam,hanya dia sahaja yang agak 'kurang'.dari segi pelajaran dan lain2.merokok.perkara paling aku benci pada lelaki dan dia sudah ketagih dengannya.begitu juga dengan si anak ke-lima. Aku kasihan dengan si anak ke empat ini.sukar untuk diungkapkan dengan kata2.

Dia seorang yang mudah untuk diajar.mudah untuk dipengaruhi,kalau baik kawannya maka baiklah dia.

"solat dah?" tanyaku.melihat dia sudah siap berpakaian.

"kata ustaz saya kalau tak sembahyang subuh tak payanh la buat sembahyang lain2." dia diam.tesengih. " saya ni banyak yang saya tahu tapi saya tak buat."sambungnya lagi.

"kenapa tak buat?" tanyaku

"sebab macam susah nak buat.banyak syaitan.hahahaa" dia menjawab sambil ketawa.macam biasa.dengan gaya2 grunge nya dia berlalu.dengan suara seraknya dia kembali melalak2.dan yang menyedihkan bebalas-balas makian dengan adik-beradik yang lain.walau kerana perkara yang kecil2 saja.nenek juga begitu.hanya diam dijerit dan dimaki cucu sendiri.makian sudah seperi guarauan yang biasa-biasa.

sesungguhnya perkara ini sudah terlalu biasa bagi mereka hingga tidak ternampak lagi salahnya. dan situli yang sedang menulis ini hanya mendengar dengan hati yang tertahan2.. 'sakitnya..kenapa aku tak dapat tegur? alangkah lemahnya imanku...'

pemerhatian :

1 ) maki-memaki :

maki-memaki.perlukah ??? jawapannya adalah tidak.tanpa dalil dan apa2 pun perkara itu memang tak baik bagi pandangan logik orang2 yang berakal.cuba bayangkan apa perasaan anda mendengar orang memaki2..suka ker?mood pun boleh hilang..

2) si anak ke-empat :

apabila dilihat dengan "mata kasar" memang dia(dan manusia2 yang macam dia) memang tidak ada apa2 yang boleh dibanggakan...xde guna dan lain3 lagi.namun jika dilihat dengan "mata halus" sebenarnya orang2 macam mereka ni amat berguna untuk Islam.saya ada 2 sebab :

I) si anak ke-empat dan manusia2 yang macam dia ni amat mudah untuk diajak.ajaklah dia buat baik,dia akan jadi baik juga dan ajaklah dia buat jahat,maka dia pun akan jadi jahat juga.cuma caranya perlu kena.selama ini orang2 sekelilingnya hanya menggunakan kekerasan keatasnya tetapi sekali guna kelembutan,pasti dia akan ikut.percayalah kata2 saya.dia adik saya dan saya tahu,insayAllah

II) mereka ni jugak berperangai keras kepala.maksudnya mereka sentiasa ingin menang dan susah untuk berganjak dengan pendirian mereka.somcuba refer balik sirah Saidina Umar (kalau tak tahu cari sendiri) ,pasti anda akan dapat apa yang saya ingin sampaikan

3) nenek


si nenek.tanpa nenek takkan ada siibu dan tanpa ibu takkan ada si anak.samua itu hanyalah wasilah ataupun perantaraan Allah untuk menjadikan manusia sebagai khalifah Allah. Dan yang menyedihkan disini sinenek sering dimaki-maki dan dimarah-marah oleh si anak dan si cucu..mungkin ini cara untuk menunjukkan kasih sayang mereka namun xde cara lain ker?

Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku untuk selalu taat kepada-Mu dan jadikanlah aku seorang anak yang sentiasa berbuat baik kepada ibu bapanya da sesiapa saja'

huh....saya penat..saya sudah penat menjadi situli.namun saya bisu untuk berkata2..jadi samalah seperti saya juga buta kerana apabila saya ingin keluar dari kebisuan,saya buta mencari dengan siapa saya harus berkata2.

Full Time Da'ie

bila fikir2 balik,ni bukan kata2 manusia saja tapi juga kata2 dari Tuhan.bukankah kita semua adalah khalifah?maka tugas untuk menjadi da'ie ataupun penyampai ataupun penyeru itu adalah Tanggungjawab kita semua.bila sudah namanya tanggungjawab maknyanya kita semua pasti akan dipertanggungjawabkan dengan tanggungjawab itu pada hari yang pasti kelak.PASTI.bukan ragu2.

bila dah macam ni,hal2 yang related dengan da'ie men-da'ie ni saya terfikir dan teringat perbincangan pukul 3 pagi dengan chell hari tu.selalunya bila simptom xtido malam datang,aku ngan chell akan bincang2 perkara2 macam ni.masa tu kami dapat kumpul 2 persoalan :

1) macam mana nak jadi da'ie yang benar2 da'ie kalau kita suh orang lain wat baik tapi keluarga sendiri kita tak seru pada kebaikan macam tak jadi jugak.keluarga yg kami maksudkan ni bukan hanya pada mak,ayah,abang,adik tapi juga termasuk mak cik,pak cik,nenek,datuk,anak saudara dan yg sewaktu dengannya. takut nanti bila Allah Izin nak masuk syurga,si kaum keluarga itu akan menarik2 dan berkata "wahai Tuhan,dulu dia adalah seorang yang selalu menyeru manusia kejalanmu namun dia tidak pernah menyeru kami.dia hanya membutakan matanya dan membisukan dirinya terhadap perlakuan2 kami"

memanglah,dalam Islam ada 3 cara untuk menegur orang dan cara yang paling lemah dan selemah2 Iman adalah menegur dengan hati saja.tapi wajarkah dengan keluarga sendiri pun masih tidak mampu untuk bersuara?

sesungguhnya saya masih lemah.Ya Allah,berilah kekuatan

related dengan persoalan pertama ini,saya ada mengenali seorang ustaz dan yang menjadi persolan saya dan menyedihkan saya sendiri,anak2 dia semua tak pakai tudung,xtutup aurat.anak pertama dia lebih tua dari saya.alasan mereka : anak2 saya ni migrain.xle pakai tudung.alasan ke itu??releven?

ok,ya ustaz(kalau ustaz baca),saya juga ada Migrain++ dan sakit tu akan datang tanpa mengira masa dan keadaan.bila datang saya boleh muntah dimana2 saja dan saya boleh 'makan orang' ..he2(sempat melawak),tapi setakat ni ustaz saya tak pernah lagi mati dengan memakai tudung.saya minta maaf kalau terlebih.

nampaknya kita perlu define balik apa meaning Ustaz=guru agama itu sendiri

2) persoalan kedua kami adalah tentang Ilmu ( tak tahulah kalu ini pun persoalan juga) Ilmu agama ni,kadang2 lebih baik kita tidak tahu sebab kalau tahu tapi xsebarkan dan xamalkan akan dipersoalkan.dan kalau tak tahu akan dipersoalkan juga kenapa tak ambil tahu.so?? conclusion?
-segala benda akan dipersoalkan olehNya.Nanti.Dihari yang pasti.dan Mungkin.ianya.sekejap saja lagi.

Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula.
(Al Zlzalah,99 : 7-8 )



_________________________________

apabila sesuatu perkara itu sering dianggap biasa-biasa maka apa2 yang haram boleh menjadi halal dan yang halal akan menjadi haram.yang halal akan dikaburkan oleh yang haram sehinggakan manusia keliru untuk memilih.jadi selalulah berfikir tentang perkara yang sering dianggap biasa-biasa itu kerana boleh jadi ianya tidak lagi dicatatt oleh malaikat disebelah kanan kita.
______________________________________________________



p/s : sebenarnya banyak lagi nak cerita kat sini.banyak benda yang saya dapat perhatikan dan simpulkan kat sini tapi xde kekuatan nak tulis semua.
p/ss : doakan kekuatan saya.
p/ss : betulkan lah jika saya salah.beritahu mana yang kurang.saya insan yg masih Kurang Ilmu.

2 comments:

ZiErWa zAiNaL said...

semoga kite semua diberi kekuatan... insyaAllah

BUJANG SUSAH said...

Assalamualaikum... Salam ziarah dari sahabat.. nice blog n good entry..

Sedikit tips dan info buat teman2 bloggers.. perkara remeh yg kita kurang perasan dan tutor 4 the latest read more.. tengok jgn x tengok.. sila klik disini
Semoga bermanfaat insyaAllah.."Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain"(Hadis riwayat Al-Qudhi).

"SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT"

P/S: Sedikit perkongsian dan renungan buat sahabat dan diri sendiri dari hamba yang hina jua serba kekurangan ini... sila klik
DISINI

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran". - Surah Al-Asr:1-3.

blog anda bagus dan bermanfaat...!!! Teruskan menulis.. Semoga sejahtera dan semoga sentiasa diberi keberkatan.. wassalam.