Wednesday, December 29, 2010

Rahmat Ujian untuk Syurga




Kadang-kadang kita diuji dan diduga olehNya sehingga kita merasakan begitu sakit dan rapuh sekali hati kita.adakalanya segala ujian dan dugaan itu membuatkan kita semakin jauh dari Tuhan,mencari-cari keadilan yang pastinya tidak akan terjumpa.kerana apa yang diberikan olehNya kepada kita itu adalah sebaik-baik perkara dan sebaik-baik keadilan untuk kita.bukankah Allah itu maha Adil?

Adakalanya ujian dan dugaan juga mampu membuatkan kita lebih tabah dan matang dalam berfikir sekaligus dapat meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah swt. Bukankah Allah telah berfirman dalam surah Al baqarah ayat 186 yang mafhumnya bahawa Allah tidak akan menguji diluar batas kemampuan hambaNya?dan setiap sesuatu tidak kira kebaikan ataupun keburukan yang kita lakukan pasti akan dikira olehNya.

Itu sudah janjinya.juga merupakan kata-kata penawar dariNya.maka kita sebagai hamba yang mengaku muslim dan mukmin hendaklah sentiasa bersangka baik terhadap Allah diatas setiap ujian dan dugaan yang menimpa diri.selalulah ingat bahawa Dia itu Maha Pengasih,Maha Penyayang juga maha mengetahui tentang kemampuan hamba-hambaNya.Yakinlah!


bersyukurlah tika diuji,kerana itu tanda Dia masih sudi untuk meningkatkan tarafmu disisiNya



Sekali kita diuji dan diduga,selalulah bersangka baik bahawa setiap ujian itu adalah untuk kebaikan kita juga dan untuk meningkatkan lagi taraf kita disisi Tuhan.takkan sama ujian yang diambil oleh pelajar UPSR dengan PMR,takkan sama kesusahan dan taraf ujian yang diambil oleh pelajar SPM berbanding pelajar Universiti dan takkan sama cabaran yang dilalui oleh pelajar yang mengambil diploma berbanding pelajar-pelajar yang mengambil Ijazah,Master mahupun phD.tidakkah kita melihat bahawa semakin tinggi taraf pengajian yang diambil oleh seseorang maka semakin tinggi dan besar jugalah ujian yang yang wajib untuk dilaluinya.itu sudah hukum alam dan begitulah juga aplikasinya dengan Ujian dari Tuhan.semakin tinggi taraf kita disisiNya maka semaki tinggi jugalah ujian dan dugaan yang diberiNya.itu sudah lumrah.Syarat untuk kesana,kesyurga yang Abadi.

Mari kita sama-sama merenung ayat ini :

"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat."

Ayat ke 214 dari surah Al Baqarah ini sudah cukup menerangkan kepada kita bahawa kita,yang mendambakan syurga ini tidak akan dapat kesana selagi mana kita tidak diuji dengan begitu kuat. Bukankah syurga itu adalah suatu kenikmatan yang kekal dan abadi,takkan senang-senang ianya diberikan kepada Muslim yang biasa-biasa saja? Pastinya hanya akan diberikan kepada mereka-mereka yang BENAR-BENAR mahu dan sanggup untuk menempuhi segala ujian untuk kesana sahaja.

Yakinlah pada Allah dan selalulah bersangka baik kepadaNya.sesungguhnya jalan untuk kesyurga itu ada banyak namun manusia lebih suka memilih jalan untuk keneraka.bersabarlah ketika diuji dan bersyukurlah kerana ujian yang datang itu adalah sebagai tanda bahawa Dia yang Maha Pengasih dan Penyayang itu masih sudi untuk melihat dan mengambil berat kepada kita,hambanya yang sentiasa lalai dan leka ini.Ujian itu juga adalah sebagai tanda bahawa Dia yang Maha Memelihara itu ingin supaya hambaNya yang diuji itu meningkat taraf kehambaannya dan meningkat darjat disisiNya..bukankah itu juga tanda-tanda bahwa kamu layak untuk syurga?asal saja kamu terima ujian itu dengan sebaiknya.

Selalulah kita berfikir.ibrahkan setiap sesuatu yang kita lihat.yakin pada Allah.bersangka baik pada Allah.persoalan hidup ini hanya berkisar tentang dua perkara yang pro dan kontra sahaja iaitu antara antara kanan atau kiri,antara hitam atau putih,antara syurga atau neraka dan mahu atau tidak.MAHU ATAU TIDAK.


"sesungguhnya syurga itu dipagari dengan perkara-perkara yang dibenci manakala neraka itu dipagari dengan perkara-perkara yang disukai(nafsu)" ~Al-Hadith





2 comments:

menusukhati said...

sama2lah kita tabah menghadapi ujian Allah yg xseberapa kalau nak d bndgkan dgn sdr kita di tempat lain..

REPUBLIK N9 said...

Manusia selalu mengeluh bila diuji, termasuk lah gua :(
padahal itu tanda Allah sayang, bukan sebab Allah benci :)