Thursday, August 5, 2010

untitled




bilik besar ini begitu meriah.tiga orang duduk ketawa dihadapan laptop.menonton cerita.teman yang sorang lagi khusyuk melipat pakaian.dari telefon tanpa wayarnya lagu lenka-trouble is a friend berkumandang.seorang lagi duduk.juga dihadapan laptop.melayan facebook.dan aku,juga dihadapan laptop ini,khusyuk meng-edit gambar.hobi baru dimasa lapang.kuliah belum dimulakan.banyak masa free.

telefon berbunyi.kakak.

"mak sakit."

hah?!!!

"tadi masa keluar ofis banyak miscall dari abang.aku call kejap,mak baru kelur hospital."

hah?!!!

"dan tadi aku call balik2 tak dapat2..call bapa pun,bapa xangkat fon."

hah?!!!

"mak dapat asma.selama tak pernah begitu,kan.mak manada asma."

hah?!!!

tak terkata!terkejut!hatiku menangis.

"tak pe,aku call second bro..ko call la first bro."akhirnya aku menjawab.mematikan talian.

"mak mana?"tanpa salam.

"dah tido."balas second bro.

"kamu......"belum sempat aku bercakap,talian putus............

-batery habis la adik syg-

msg dari second bro..

haisyh!! hatiku menangis lagi.

patutlah hari ni aku tak rasa tenang.rasa tak sedap hati.semalam call mak tapi tak bersambut.call second bro pun tak bersambunt.5 mesej aku hantar,1 mesej je dibalas.bertuah punya abang..


____________________________________




aku nak balik raya ni.tapi salah sendiri,aku lambat tengok tiket.dan harga semakin mahal.nak balik >>> kene naik 4 kali flight untuk pergi dan balik.dan harga terkini,lebih kurang RM1254.00, tak masuk kargo dan cukai.


betapa banyak kesalahan aku selama ni dengan mak.aku bukanlah seorang anak yang begitu baik.aku selalu buat benda yang menyakitkan hati mak aku.kadang2 aku tak dapat terima keputusan yang mak aku buat.

aku lebih suka membuat keputusan sendiri.buat segala benda mengikut perasaan sendiri,tanpa fikirkan perasaan mak aku.

walaupun begitu,aku AMAT SAYANGKAN MAK AKU.

terutamanya masa balik cuti sem bulan 6 hari tu.masa tu la aku rasa aku betul2 menjadi anak kepada mak aku.dan sejak itu la aku rasa amat menghargai mak aku.menyayangi mak aku.

satu malam,bila aku tidur ngan mak aku,aku tengok muka mak aku.wajah mak aku.penuh ketabahan.wajah yang penuh kasih dan sayang.wajah yang begitu menenangkan aku.

timbul rasa bersalah dengan mak aku.rasa bersalah terhadap perangai aku selama ni.selalu sakitkan hati mak aku.tak pernah fikirkan perasaan mak aku.

_____________________________________


telefon berbunyi lagi.

"tadi da call first bro.dia kata dia g umah mak tadi.nak bawa mak pegi klinik malam ni tapi mak tak mahu." kakak.


_____________________________________


jika aku ada kuasa,aku nak balik sekarang.SEKARANG.

Raya ni aku tak balik kampung.maka,betapalah aku kat sini.beraya kat kedah la aku nampaknya.

sekarang air mata ini mengalir lagi.makk...dah 2 hari tak dapat cakap ngan mak.teringat kata2 mak hari tu,dalam fon.

"raya tahun ni tema kita hijau."

"nanti makm kirim la baju raya kamu."

"che,sekarang ni mak dah suka warna hijau.kalau beli apa-apa pun sekarang mak suka pilih warna hijau."

"che kan suka warna hijau."

"mak sayang sangat dengan kamu ni.."


mak........

nak balik.

sekarang aku menangis lagi.rindunya ngan mak


nak balik.......... ;(((

5 comments:

Unknown said...

Huhu...sedih..tersentuh baca entry ni..banyakkan bersabar dgn keadaan mak kamu ae~

nak balik kg pun dah dekat 1500 dah?aduh...ujian ni..huhu

Latest post:trip Pulau Pangkor,bahagian 3 dah!!

Thahar said...

Nape la kau tak tengok tiket awal2..

Ko tengok tak iklan kopi kapal api? Minum laa.. nanti sampai ke umah ko... Hehe..

Ana Aisyah said...

iqbal >>> iyo...ujian idup..sbg seorang musafir dimedan ilmu...
doakan ketabahan saya ;((

thahar >>> xtefikir nak tengok awal2..bila time2 aku tengok je harga dah naek..tanggal 6/7/8 plak tiket da abes jual..apa bula buatt..cubaann..

minum kopi kapal api?xnak la..t xsampai kerumah tapi sampai kebulan plak..hu2

Thahar said...

Eh, tak tgok ke tiket dari kl ke sabah pulak? Dari klantan, naik la bas. Murah kn.

Ana Aisyah said...

dari kl ke sabah kalo pulang balik lebih kurang seribu gak...yg paling latest ni 700 lebih utk kl-sabah je...itu belum lagi nak beli dari sabah-kl utk balik cni..

so nampaknya xbalik la saya raya ni.. ;(((
(tahun lalu pun xbalik raya juga... ;(((