Friday, December 31, 2010

Bila Tahun Berbicara



Sumber dari sini [Thaha]



Alhamdulillah,tahun baru datang lagi.2011,bersyukur kerana masih lagi diberi peluang untuk terus menjadi Hamba kepada Khaliq semesta Alam. bersyukur kerana masih lagi diberi peluang untuk bernafas dengan udara yang percuma ini, bersyukur kerana mata masih bisa melihat,kaki masih bisa berjalan, mulut masih bisa berkata-kata dan tangan ini, masih bisa menaipkan sesuatu yang insya-Allah boleh memberi sedikit input kepada diri sendiri dan pembaca.

Tahun baru itu,membawa 1001 erti,
Tahun baru itu,menjanjikan umur yang akan bertambah
Tahun baru itu,menjanjikan sisa usia akan berkurang
Tahun baru itu,menuntut tanggungjawab yang semakin menyekat
Namun begitu,
Tahun baru itu,seperti tahun-tahun yang sudah
Jika kau masih seperti yang lama

2011 ,bila sebut pasal tahun baru ,perkara yang pertama bermain difikiran saya adalah persoalan umur.hipotesisnya senang saja, Apabila tahun bertambah, maka umur kita juga akan bertambah .Tetapi satu yang perlu diingat adalah, pertambahan umur itu akan menyebabkan bilangan sisa usia yang kita masih ada semakin berkurang.

contohnya jika Allah mengizinkan seseorang itu hidup dalam jangka masa 60 tahun, dan kini seseorang itu telah berumur 20 tahun,maka sisa usia yang dimilikinya hanyala tinggal 60-20= 40 tahun dan selepas tempoh 40 tahun,seseorang itu akan mati dan bertemu penciptanya.

Sisa usia ,selalu kita merenung2kan berapa lagi sisa usia yang kita ada.mungkin ada banyak masa lagi, mungkin tinggal sedikit masa lagi.namun apa yang penting, kita semua tetap akan mati dan bertemuNya juga satu masa nanti.

Wallahu'Alam

Wednesday, December 29, 2010

Rahmat Ujian untuk Syurga




Kadang-kadang kita diuji dan diduga olehNya sehingga kita merasakan begitu sakit dan rapuh sekali hati kita.adakalanya segala ujian dan dugaan itu membuatkan kita semakin jauh dari Tuhan,mencari-cari keadilan yang pastinya tidak akan terjumpa.kerana apa yang diberikan olehNya kepada kita itu adalah sebaik-baik perkara dan sebaik-baik keadilan untuk kita.bukankah Allah itu maha Adil?

Adakalanya ujian dan dugaan juga mampu membuatkan kita lebih tabah dan matang dalam berfikir sekaligus dapat meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah swt. Bukankah Allah telah berfirman dalam surah Al baqarah ayat 186 yang mafhumnya bahawa Allah tidak akan menguji diluar batas kemampuan hambaNya?dan setiap sesuatu tidak kira kebaikan ataupun keburukan yang kita lakukan pasti akan dikira olehNya.

Itu sudah janjinya.juga merupakan kata-kata penawar dariNya.maka kita sebagai hamba yang mengaku muslim dan mukmin hendaklah sentiasa bersangka baik terhadap Allah diatas setiap ujian dan dugaan yang menimpa diri.selalulah ingat bahawa Dia itu Maha Pengasih,Maha Penyayang juga maha mengetahui tentang kemampuan hamba-hambaNya.Yakinlah!


bersyukurlah tika diuji,kerana itu tanda Dia masih sudi untuk meningkatkan tarafmu disisiNya



Sekali kita diuji dan diduga,selalulah bersangka baik bahawa setiap ujian itu adalah untuk kebaikan kita juga dan untuk meningkatkan lagi taraf kita disisi Tuhan.takkan sama ujian yang diambil oleh pelajar UPSR dengan PMR,takkan sama kesusahan dan taraf ujian yang diambil oleh pelajar SPM berbanding pelajar Universiti dan takkan sama cabaran yang dilalui oleh pelajar yang mengambil diploma berbanding pelajar-pelajar yang mengambil Ijazah,Master mahupun phD.tidakkah kita melihat bahawa semakin tinggi taraf pengajian yang diambil oleh seseorang maka semakin tinggi dan besar jugalah ujian yang yang wajib untuk dilaluinya.itu sudah hukum alam dan begitulah juga aplikasinya dengan Ujian dari Tuhan.semakin tinggi taraf kita disisiNya maka semaki tinggi jugalah ujian dan dugaan yang diberiNya.itu sudah lumrah.Syarat untuk kesana,kesyurga yang Abadi.

Mari kita sama-sama merenung ayat ini :

"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat."

Ayat ke 214 dari surah Al Baqarah ini sudah cukup menerangkan kepada kita bahawa kita,yang mendambakan syurga ini tidak akan dapat kesana selagi mana kita tidak diuji dengan begitu kuat. Bukankah syurga itu adalah suatu kenikmatan yang kekal dan abadi,takkan senang-senang ianya diberikan kepada Muslim yang biasa-biasa saja? Pastinya hanya akan diberikan kepada mereka-mereka yang BENAR-BENAR mahu dan sanggup untuk menempuhi segala ujian untuk kesana sahaja.

Yakinlah pada Allah dan selalulah bersangka baik kepadaNya.sesungguhnya jalan untuk kesyurga itu ada banyak namun manusia lebih suka memilih jalan untuk keneraka.bersabarlah ketika diuji dan bersyukurlah kerana ujian yang datang itu adalah sebagai tanda bahawa Dia yang Maha Pengasih dan Penyayang itu masih sudi untuk melihat dan mengambil berat kepada kita,hambanya yang sentiasa lalai dan leka ini.Ujian itu juga adalah sebagai tanda bahawa Dia yang Maha Memelihara itu ingin supaya hambaNya yang diuji itu meningkat taraf kehambaannya dan meningkat darjat disisiNya..bukankah itu juga tanda-tanda bahwa kamu layak untuk syurga?asal saja kamu terima ujian itu dengan sebaiknya.

Selalulah kita berfikir.ibrahkan setiap sesuatu yang kita lihat.yakin pada Allah.bersangka baik pada Allah.persoalan hidup ini hanya berkisar tentang dua perkara yang pro dan kontra sahaja iaitu antara antara kanan atau kiri,antara hitam atau putih,antara syurga atau neraka dan mahu atau tidak.MAHU ATAU TIDAK.


"sesungguhnya syurga itu dipagari dengan perkara-perkara yang dibenci manakala neraka itu dipagari dengan perkara-perkara yang disukai(nafsu)" ~Al-Hadith





Sunday, December 26, 2010

window 7 Screen Editor



Alhamdulillah,today Allah still give a chance to live as His servant and to be worship to Him..so now,I would like to share with you all about the software that I've been use since 4 or 5 month ago . This is so cool,cute and useful for me.maybe some of you already know about this and already use it but for those who didn't know and want to try it. here I give you~

this software used to change the view of log on screen whenever we start our computer but this software just can be use in Window 7 (I'm not sure if Window Vista can use it)


starting window

default view of log on screen that appear after starting window
(picture from google)


that's so easy to use this software. once you download it,you don't need to install but just select the language that you want and after that, you can use it.



window-7 screen editor


to begin, you just click ''set background'' and you can choose any picture that you want from you computer.


my log on screen .


See,that so easy to use it, rite...so for those who want to try it, you can download this software here :

ok,thats all from me today,gud luck for you all..



note : this entry will answer all of questions from my friend wherever they seeing or using my laptop ''aisyah,camna ko buat nieh?'' ^_^