Sunday, December 5, 2010

once again,aku tak mampu... -_-!!


mungkin sampai satu saat nanti,
akan kuseru namamu,
akanku datang kepadamu

mungkin sampai satu saat nanti,
akan kudatang kepadamu,
membawamu bersama berjalan denganku.

mungkin,satu saat nanti....

tapi kini aku tak mampu lagi.
dan sungguh! aku tak mampu..





Bismillahirrahmanirrahim.

aku melihat mereka.berdua.bersama.aku tahu,mereka tiada apa-apa hubungan. adik beradik?bukan. suami isteri? bukan. cousin? bukan. dan jika mereka cousin sekalipun, itu tidak membolehkan mereka berbuat begitu. mereka tetap ajnabi.dan, aku memang tahu mereka hanya kawan. berjumpa disini,dikolej ini.aku pasti itu.

dan malam ini,aku lihat mereka lagi. bertepuk tampar. bergelak ketawa. riangnya,cerianya.. mana ikhtilat? apa hubungan mereka .couple? mungkin. dan itu aku tidak pasti.

dengan dasar kasih dan sayang aku datang

"err..maaf, tolong jangan buat mcm ni boleh? Haram hukumnya lelaki dan perempuan bersentuhan begini,bergelak ketawa,bertepuk tampar begini. "

dan mereka terlopong.memerhatikan ku,.terkejut? mungkin.

ahh sudah!

aku hanya menipu.mana mungkin aku mampu menegur. semua itu hanya dalam banyanganku saja.hakikatnya aku hanya mampu memerhatikan mereka.seperti selalu,sambil hati tidak putus- putus berdoa,agar DIA yg memegang hatiku,tidak mengujiku dengan perkara-perkara seperti itu. juga berdoa,agar mereka itu diberikan petunjuk,Nur,dan HidayahNya..

menegur.sukarnya!
dan hanya menegur dengan hati..sakitnya!


Saturday, November 27, 2010

Sudah Biasa?



bila kita lihat perempuan jalan tak bertudung
kita buat derk aje,
sebab kita dah biasa

bila kita lihat orang tak solat atau melambat-lambatkan solat
kita buat tak tahu aje,
sebab kita dah biasa

bila kita lihat orang dating sana-sini
pegang sana,pegang sini
kita buat-buat tak nampak aje
sebab kita dah biasa

bila kita lihat golongan muda tak hormat golongan yg tua
sekali lagi kita buat derk aje
sebab kita dah biasa

bila kita lihat sorang anak derhaka ngan mak bapak dia
sekali lagi kita buat tak tahu aje
sebab kita dah biasa

bila kita lihat pelajar tak hormat guru-gurunya
sekali lagi kita buat-buat tak nampak aje
sebab kita dah biasa

tapi sedarkah kita,
perkara yang sering dianggap 'biasa' itu
kadang-kadang boleh buat kita binasa


sebab selalunya
yang sudah biasa itu
semuanya menjurus kepada kebinasaan semata

oleh itu,
mari kita biasakan yang tidak biasa
dan tinggalkan yang sudah biasa itu...

janganlah hanya kerana sudah terbiasa
kita pun terus mengaggap semuanya
biasa-biasa sahaja
kerana sudah terbiasa
dan terlalu biasa!

boleh jadi apa yang sudah biasa pada kita itu
menjadi sesuatu yang luar biasa balasannya
pabila berada disana ,
disuatu tempat yang kita tidak biasa!

Monday, November 22, 2010

Bayang-Bayang




bismillahirrahmanirrahim....

bayang-bayang...

err...sebenarnya bukan nak cerita tentang bayang-banyang..cuma nak membawa anda untuk melakukan sesuatu yang santai dan begitu senang... membayang-bayang..membayang-banyangkan.......


situasi satu :

Bayangkan anda sedang ber'dating' dengan kekasih pujaan hati pengarang jantung anda tu.. masa tu anda dan dia keluar bersama..berjalan bersama,makan bersama...berborak..ketawa.. bergurau..bersenda..ibarat dunia ni milik anda dan kekasih anda yang punya... bahagia bukan? bahagia...kan..?

dan seterusnya bayangkan pula ketika anda sedang ber'dating' dengan si kekasih haram anda tu, tiba-tiba ada kereta yang datang dari depan anda..melanggar anda dan si kekasih pengarang jantung anda..dan selepas itu..anda tidak sedar apa-apa..sehinggalah tiba-tiba ada dua makhluk yang bernama Munkar dan Nakir membangunkan anda dan bertanya beberapa soalan dengan muka yang sungguh bengis dan menakutkan kepada anda...

bayangkan..bayangkan..apa perasaan anda dimasa itu? mati dalam keadaan melakukan maksiat tanpa sempat bertaubat....

masih bahagia kah anda dimasa itu..?


Situasi dua :

bayangkan anda sedang berbaring dibawah pusingan kipas angin yang begitu mendinginkan sambil melakukan perkara-perkara kesukaan anda..tidak kira baca novel,online,melukis, menulis atau apa-apa saja..bayangkan waktu itu adalah waktu petang selepas zuhur dan ketika anda tengah syok melakukan perkara-perkara kesukaan itu,tiba-tiba anda mendengar laungan Azan yang mengajak umat Islam untuk menunaikan solat Asar..

dan diwaktu itu,anda hanya membiarkan Laungan Azan itu berlalu pergi dan anda terus-terusan melakukan perkara-perkara kesukaan anda itu dengan anggapan bahawa ''alaa..masih awal ni,sat lagi la aku g solat asar tu''

dan bayangkan pula dalam keadaan itu,tiba-tiba dada anda berasa begitu sesak..sakit..pedih.. dan rupa-rupanya itu adalah saat-saat terakhir kehidupan anda...

apa yang anda akan jawab apabila dua makhluk bernama Munkar dan Nakir itu bertanya kepada anda kelak? sengaja melewat-lewatkan solat tanpa sebab-sebab yang dibolehkan ...sehinggalah tiba-tiba maut menjemput anda..bukankah ajal itu
tidak mengira masa dan keadaan?





****************************

Ibu,
dulu aku pernah bertanya sendiri pada bulan dan bintang,
kenapa begitu sukar untukku menyedarkan mereka
untuk aku menegur mereka...
begitu terukkah diri ini hingga begitu sukar seruan kebaikan itu datang?
Namun kini,
aku mula sudah mendapat sendiri jawapannya,ibu...
aku tahu bahawa hati itu,hati mereka,juga hati ini,
bukan kita yang memegangnya..
tetapi Dia yang Maha Kuasa..
Hidayah itu miliknya..

Ibu,
dulu aku pernah menangis sendiri didalam gelap dan kelam
kenapa begitu rapuh hati dan jiwa ini
terhadap duri-duri duniawi yang melukakan
namun kini aku sudah mengerti,ibuku..
bahawa semua ujian yang diberiNya itu
adalah untuk memberi kekuatan dan ketabahan kepadaku..
juga untuk menguji sejauh mana tahap keimananku..

~AnaAisyah1411~