Sunday, December 18, 2011
Semester akhir yang sangat tragik
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt,
dah lama aku tak blogging dengan cara yang serius..entry aku pun akhir-akhir ni semakin merapu-rapu saja tapi tengok kat statistik blog,masih ramai yang sudi jenguk blog ni..sob3..terharu saye..terima kasih kepada sesapa yang sudi berkunjung walaupun blog ini semakin kurang perkongsiannya
semester ini adalah semester terakhir aku kat sini.tragik sungguh rasanya...terutamanya pada setiap hari ahad.. aku clash 3 kelas sekali..3 kelas, w0o0o..rasa nak nangis je tapi aku xde pilihan lain.... semua ni disebabkan aku kena ulang 1 subjek..aku sorang..aku sorang je yang ulang...aku sorang je yang repeat dalam kalangan kawan-kawan aku..dahlah sorang,first time pulak tu...rasa malu,rasa down...macam2 la..dan kerana subjek yang kena ulang tu lah pointer aku jatuh..subjek lain2 dapat A, tapi yang tu je dapat D..nak xnak kena ambil semuala...ya Allah,berikanlah aku kekuatan..
Thursday, November 10, 2011
kenapa kita study?
Bismillah
Assalamualaikum
hari ni,masih dalam mood exam..mood yang xberapa nak mood sebenarnya. banyak masa yang dihabiskan dengan tengok muvie...muvie..muvie..ntah bila nak studynyee... -_-"
kadang-kadang aku terfikir, kita study ni, untuk apa sebenarnya? untuk jawab exam je ke? untuk kejar pointer tinggi je ke? atau untuk dapatkan keje lepas study nanti..mcm tu je ke?
huuuu..kesian sungguh jika kita berfikiran seperti itu...
so sebenarnya kita study nih untuk apa?
untuk apa?
fikir sendiri,ok....daaaa
Wednesday, November 9, 2011
11...14..dan 16....then
Assalamualaikum
11...14..dan 16....then...
then baliklah aku...dok umah menyemai lemak2 dibadan..menyihatkan badan yang memang sememangnya memang sedia chubby...huu...
11...14..dan 16 tu adalah tarikh final exam aku sebenarnya..ada lagi 3 paper sebelum bercuti...cuti semester sekejap saja...3 minggu..
11- Pembangunan Aplikasi Multimedia (PAM)
14- Pengaturcaraan Berasaskan Web (Php)
16- System Analysis and Design (Sadam) ...
subjek Pam dan Sadam tu kena dapat A.....Php dapat B/B+ pun xpe...
target semester ini untuk dapatkan 3.33 ..naik sikit dari semester lepas..xpayah mimpi untuk dapatkan dekan sebab aku tahu dengan usaha aku yang xseberapa nih,aku xkan mampu..
Sunday, November 6, 2011
Salam Selamat ..
Assalamualaikum...
salah sejahtera,
selamat hari raya Aidil Adha ..
selamat menghadapi final Exam bagi pelajar-pelajar diploma UTM di Kolej Teknologi Darulnaim..
selamat selamat kepada semua
semoga selamat didunia dan akhirat. ehem
Bismillah sekali lagi,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang .....
.......................................................
hari ini, 7 november 2011, bernyawa lagi.. bernyawa lagi diri ini. bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk menghirup udaraNya dengan sempurna,makan rezeki yang diberiNya dengan percuma (tadi macik jiran datang umah..bg makanan..hehe)..bersyukur kerana masih diberi nikmat untuk online (pakai streamyx) pada hari ini...bersyukur kerana diberikan rezeki untuk membeli laptop baru(laptop lama rosak dowh....)
bersyukur,bersyukur dan bersyukur........Alhamdulillah,terima kasih Allah, I love you Allah ^_^
ehem......
adapun tujuan aku menulis blog ini adalah untuk..........
adalah untuk.........
adalah untuk mengupdate blog ini...saja-saja..erk..
aku sebenarnya,
sedikit rindu dengan suasana dulu...dengan aku yang dulu...
dulu aku rajin update blog
rajin menulis..
rajin-rajin-rajin
merealisasikan impian..............
dulu aku punya semangat yang berkobar-kobar..
untuk merealisasikan impian aku...aku nak jadi penulis
I wanna be a writer...
but now,
seems like i've change........
a lot..........
semakin malas.
semakin pemalas.
semakin suka merapu....
buat kerja yang sia-sia....
macam-macam la..........hmmmmm....
....................................................................
hari ini,
aku kembali kesini..........
mencari-cari semangat yang dulu........
mencari-cari tujuan yang dulu...............
dan masa semakin pantas berlalu....
3 tahun saja disini..
dan masa untuk aku meninggalkan tempat ini semakin hampir...
oh!no..........
mesti aku akan sedih..
macam mana la hidup aku nanti bila aku tidak berada disini lagi?
..............
sekian,
selamat petang buat semua..........
salaamualaikum ..............
Thursday, October 13, 2011
mari belajar web Php cara mudah
Sunday, May 29, 2011
Nsyid Rapuh - Opic
Wednesday, May 25, 2011
Monday, May 16, 2011
Selamat Hari Guru
Saturday, May 14, 2011
missing you
Thursday, May 12, 2011
projek sakit!
Monday, May 9, 2011
minta
Sunday, May 8, 2011
someone
balik atau tidak?
Wednesday, April 13, 2011
K.O.S.O.N.G
Tuesday, April 12, 2011
Bukan mudah untuk menjaga segumpal darah bernama hati itu..
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.”
Bukhari dan Muslim
Monday, April 11, 2011
Rancangan Masa hadapan ~
Sunday, April 3, 2011
20 tahun di bumi Allah~selamat hari lahir!
Monday, March 28, 2011
Aku harap lepas ni semuanya akan baik-baik saja.
Wednesday, February 23, 2011
About Responsibility, Again.
Thursday, February 17, 2011
bukan macam kacang .. boleh kau makan, kulitnya kau buang-buang .
there's still a long journey to walking to, for us.
so never afraid to face the truth
keep living,as time running , as time still given to you.... until you meet Him ~
indeed, "janji Allah itu pasti .. "
Friday, February 11, 2011
selamat petang
Tuesday, February 8, 2011
what title should it be ?
Wednesday, February 2, 2011
kisah : Mangkuk yang cantik, Madu dan Sehelai rambut
Rasulullah s.a.w. dengan sahabat-sahabatnya Abu Bakar r.anhu, Umar r.anhu, Uthman r.anhu dan Ali r.anhu bertamu ke rumah Ali r.anhu. Di rumah Ali r.anhu, isterinya syaidatina Fatimah r.anha puteri Rasulullah s.a.w. menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan, sehelai rambut terikut di dalam mangkuk tersebut. Rasulullah s.a.w. kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat satu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (mangkuk yang cantik, madu dan sehelai rambut)
Abu Bakar r.a: iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut ini.
Umar r.a: kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut.
Uthman r.a: ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan beramal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut.
Ali r.a: tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjadi tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sehingga dia kembali pulang itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut.
Fatimah r.anha: seorang wanita itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, wanita yang berpurda itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tidak pernah dilihat kecuali muhrimnya itu lebih sukar dari meniti sehelai rambut.
Rasulullah s.a.w bersabda: seorang yang mendapat taufik untuk beramal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, beramal debgan amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat amal debgan ikhlas itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut.
Malaikat Jibrail a.s: menegakkan tiang-tiang agama itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menyerahkan harta, diri dan masa untuk usaha atas agama sehingga akhir hayat itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha atas agama itu lebih sukar dari meniti sehelai rambut.
Allah azawajallah berfirman: syurgaKU lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini,nikmat syurgaKU lebih manis dari madu, dan jalan menuju syurgaKUdalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut.
syukran jazilan
Monday, January 31, 2011
Mari menjadi ProTaz dan ProZah
sekadar gambar hiasan...Mari menjadi ProTaz dan ProZah'
Bismillahirrahmanirrahim..
salaam alaykum to all,moga sihat2 sahaja :)
"eh, kamu ni belajar agama kat mana di kelantan?"
"Eh tak lah,saya amek sains komputer kat kelantan, makcik.."
teringat perbualan dengan makcik,beberapa minggu yang lalu~
dulu kami-kami (sahabat aspuri batch spm08) memang bercita nak masuk sana,satu tempat di Nilampuri - Kelantan. kiranya kami-kami itu ingin mengambil jurusan syariah atau apa-apa saja jurusan islami , memang sejak sebelum ini, ramai saja kakak-kakak dan abang-abang senior yang berada disana. Namun Allah izin, akhirnya Impian itu tidak kesampaian..masing-masing membawa haluan sendiri.
Dan saya, terdampar dibumi ini, berseorangan. memang berada di bumi kelantan namun tempatnya bukan di Nilampuri itu, kolejnya juga lain. jurusan ? erm..jauh panggang dari api. hanya teknologi yang menghubungkan kami-kami. saya redha, teringat kata-kata mak saya "bertemu dan berpisah kerana Allah, ce' "
sekali lagi, dulu kami-kami bercita hendak menjadi da'ie. oleh itu kena ambil jurusan agama-agama-agama. syariah-syariah-syariah . dan sewaktu dengannya. alahai! ceteknya pengetahuan disaat itu. maklumlah, tiada pengetahuan juga pendedahan yang baik.
mujur kini, saya dan kami-kami sudah mula mengerti. tugas-tugas da'ie itu tidak hanya dipegang oleh golongan agama-agama saja ,yang mengambil jurusan islami-syariah-Quran Sunnah-pengajian islam- sahaja. tidak.bukan. kau salah jika fikir begitu.
kerana tugas da'ie itu adalah tugas kita semua. tidak kira apa pendidikanmu. tidak kira apa jurusanmu. kau adalah seorang DA'IE ataupun PENYAMPAI DAKWAH. kerana itulah tanggungjawabmu.
Andai saja kau tidak bisa untuk menjadi seorang Ustaz, tidak apa, jangan bersedih kerana kau adalah seorang ProTaz = Profesional Ustaz dan jika kau tidak bisa untu bergelar Ustazah, tidak apa,jangan bersedih kerana kau adalah seorang ProZah = Profesional Ustazah . see, kamu-kamu dan kita semua adalah Ustaz,Ustazah ;)
...........................................................
Jika kita adalah seorang pakar perubatan, sebagai ProTaz ataupun Prozah , kita juga adalah seorang ustaz ataupun ustazah. jika kita adalah seorang pakar komputer, sebagai ProTaz ataupun Prozah kita juga adalah seorang ustaz ataupun ustazah yang mempunyai pengetahuan agama yang baik, serta menyampaikannya kepada yang tidak tahu-mengingatkan kepada yang sudah tahu. it's our duty.
memang ianya bukan mudah. cabarannya juga bukan sedikit, malahan berganda.namun kerana ia adalah tanggungjawab kita semua harus redha dan jalankan perintahNya dengan sepenuhnya. bukankah kita inginkan syurga?
dan kamu-kami- kita sebagai bakal ProTaz dan Prozah, jangan pernah putus asa untuk menuntut ilmu Allah, seimbangkan ilmu dunia dan akhirat. bila kita sudah berjaya suatu masa kelak, jangan kita menjadi seorang profesional yang profesional sahaja. jangan kita menjadi pakar perubatan yang hanya boleh menjadi pakar perubatan sahaja. jangan kita menjadi pakar komputer yang hanya boleh menjadi pakar komputer sahaja, jangan kita menjadi pakar guaman yang hanya bisa menjadi pakar guaman sahaja. jangan kita menjadi pakar bahasa yang hanya bisa menjadi pakar bahasa sahaja.
tetapi marilah kita menjadi pakar perubatan, pakar komputer,pakar guaman yang juga bisa menjadi pakar agama. yang juga bisa menjadi imam, menjadi muazzin, menjadi agen-agen penyampai dakwah dibumi Allah.
ada masanya, selamilah hikayat para ulama di masa lalu.mereka bukan sahaja expert dalam ilmu-ilmu yang mereka kaji (ilmu bintang, matematik , perubatan, dll) tetapi mereka juga adalah ahli dalam bidang agama. dalam masa yang sama, mereka juga adalah para Huffaz yang menyimpan 30 juzuk Kalimah suci Rabb seluruh alam di dalam qalbu mereka. subhanallah! sungguh hebat mereka-mereka itu.
dan kita? mari refleksi diri selalu, moga-moga petunjuk Allah itu akan selalu mengiringi hari-hari kita. Jangan pernah jemu untuk menuntu Ilmu, dengan niat dan cara yang betul .apa yang penting, mari kita sama-sama menjadi ProTaz dan ProZah :)
Wallahu'Alam
Tuesday, January 25, 2011
melakar warna cinta diatas kanvas kehidupan yang basah...~
"Barangsiapa yang mencintai pertemuan dengan Allah, Allah pun mencintai pertemuan dengannya....."(HR-Bukhari)
AnaAisyah [25/1/11 - 12.29 am]
Wednesday, January 19, 2011
kisah : kepala ayam untuk Ayah
Sunday, January 16, 2011
Barah Otak dan sebuah Kematian
Kanser otak atau tumor otak atau dalam bahasa Inggeris brain cancer atau brain tumor merupakan sejenis kanser yang paling sukar untuk dihadapi dan paling mencabar kepada doktor2 perubatan ortodoks atau alternatif.
* Sakit kepala yang teruk terutamanya di sebelah paginya berbanding dengan waktu tengah hari.
* Sakit kepala yang berterusan dan diikuti dengan loya dan muntah.
* Sakit kepala yang menjadi semakin teruk ketika batuk, bersin dan menunduk.
Orang dewasa yang menghidap tumor otak akan menunjukkan beberapa gejala seperti berikut:
* Kerap diserang sakit kepala, loya atau muntah.
* Epilepsi (sawan, kekejangan otot dan tidak sedarkan diri).
* Gangguan percakapan.
* Kesukaran untuk menggerakkan kaki dan tangan.
* Hilang ingatan ke atas hal-hal yang terbaru dan kemorosotan proses mental.
* Hilang penglihatan (terutamanya penglihatan periferi).
* Hilang daya imbangan terutamanya jika ia dikaitkan dengan sakit kepala, kelemahan atau kekebasan sebelah badan.
* Gangguan ingatan atau perubahan personaliti.
Tidak ada sebarang garis panduan atau peraturan untuk mencegah tumor otak dari berlaku. Cuma kita perlu mengawasi gejala-gejala yang timbul yang mungkin menandakan wujudnya tumor di dalam otak. Jika ini berlaku bertindaklah segera dengan berjumpa doktor dan dapatkan pemeriksaan yang diperlukan. (sumber dari sini- klik utk baca seterusnya)