Showing posts with label my wish. Show all posts
Showing posts with label my wish. Show all posts

Wednesday, May 25, 2011

good luck for final, my friends ^^

gambar dari blog cik AZIE


status Fb...ok,xde kaitan..huhu XD!


Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru


salaam ...

sejak kemarin aku menghabiskan masa dari pagi ke petang (ok,sebenarnya malam) kat kolej, dengan alasan untuk study,final yang semakin hampir. kat rumah, bukan boleh study sangat... toleh kanan nampak bantal, toleh kiri nampak kawan tengok movie..weh..runtuh iman aku nak study, hahaha . dah la kat umah meja kecil je yang ada,dok lantai, senang je kalo nk baring2 time study tuh, bila dah baring, maka tido la jawabnya XD!


this wallpaper designed by thaha .. boleh minta khidmat dia (kot?) kalo nak tempah design.. hoho


sebut pasal study ni, tiba-tiba teringat yang hari ini adalah hari guru, tadi masa jumpa puan Harzun kat meja dia, ada sorang junior yg datang n says ''hepy lecturer's day'' ..hoho, aku pun wish camtu la jgk dgn puan n lect2 lain yang aku jumpa...

ok, selamat hari guru pada semua insan-insan yang pernah mencurahkan ilmu kepada diri ini sejak dari sekolah tadika, sekolah rendah, sekolah menengah sehinggalah sekarang... may Allah bless you all! jasamu dikenang ^^


note : semoga Allah membalas semua jasa-jasa mereka dengan balasan yang baik

Final : 16 HARI LAGI ...^^




Monday, April 11, 2011

Rancangan Masa hadapan ~


Bismillahirrahmanirrahim

kini,seorang aku mula berfikir tentang masa depan.insya Allah, bulan 5 tahun hadapan nnt (2012) aku akan menamatkan pengajian aku disini. mungkin terlalu awal untuk aku merancang tapi itulah yang selalu aku lakukan dan aku kena dari sekarang. sebab apa?...sebab siapa kita sekarang akan menentukan siapa kita dimasa hadapan.
1. mei 2012 - finish here .akan berpraktikal sehingga masa yg ditetapkan. Insya Allah
2. okt 2012 - konvokesyen at UTM johor, Insya Allah
3. after that.. akan mencari kerja yang bersesuaian at semenanjung juga, insya Allah.. maybe akan stay KL... ?

Kerja? ya.aku akan bekerja selepas habis diploma ini. memang hajat dihati ingin meneruskan pengajian hingga ke tahap yang lebih tinggi tapi nampaknya aku akan bekerja dulu..ingin mengumpul dana untuk degree nanti disamping nak bantu family aku.
mungkin akan bekerja selama 2-3 tahun dan selepas itu baru akan menyambung degree pula.. dan selepas itu keperingkat seterusnya.aku takkan berhenti selagi tidak mendapat gelaran Prof.
ehe...doa pray for me,eh .. ^^

Dan untuk itu,aku mula mengaktifkan diri aku,sejak sekarang ini dengan apa-apa kemahiran, tapi apa yang aku fokuskan adalah yang berkaitan dengan Pengaturcaraan..samada dalam PHP,HTML, Visual Basic atau Java ...once again do pray for me..

apapun kita hanya merancang,rite,Allah yang menentukan..

setakat ini, ini saja perancangan yg aku dah buat. moga Allah redha dan mempermudahkan segalanya.. ^^


Sunday, April 3, 2011

20 tahun di bumi Allah~selamat hari lahir!

me at Pantai Murni Yan,Kedah


Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah kerana hari ini,bertambah lagi satu angka bagi elemen hidup aku yang dipanggil umur walaupun sebenarnya angka pada elemen itu telah bertambah sebelum ini mengikut kiraan tarikh Hijri pada 17 Ramadhan ditahun yang lalu.

Sekali lagi segala puji dan puja hanya untuk Allah,kerana sehingga kini masih diberi peluang untuk mengirup udaraNya,yang diberi secara percuma ini,ditambah lagi dengan nikmat Iman dan Islam serta nikmat-nikmat lain yang tidak terkira.Alhamdulillah atas segala-galanya.



Jika direnung-renungkan, sebenarnya nilai angka yang bertambah pada elemen umur dalam setiap diri manusia pada setiap tahun itu adalah sekadar angka semata-mata kerana tiadalah berguna angka yang bertambah itu jika hidup masih diruang lingkup yang lama, masih tidak mahu meningkatkan dirinya dalam kehidupan seharian juga dalam aspek keimanan dan ketakwaan . sebab itulah, seseorang itu tidak boleh dinilai berdasarkan usianya, kerana elemen umur itu hanyalah angka sebagai pengenalan diri sahaja jika ianya tidak dijadikan wadah untuk mengumpul bekalan keakhirat kelak.

At Tirmidzi meriwayatkan bahawa ada seseorang bertanya kepada Rasulullah Saw “ Siapakah manusia yang terbaik?” Beliau bersabda ,“Manusia yang usianya panjang dan digunakan untuk kebaikan .” Ia bertanya lagi,”siapakah manusia yang terburuk?” maka beliau bersabda, “Manusia yang usianya panjang namun dihabiskan untuk keburukan.”

Apa yang dapat difahami dari Hadis ini,elemen umur dalam hidup manusia itu hanyalah sia-sia jika ianya tidak dipenuhi dengan kebaikan kerana tiadalah berguna umur yang panjang itu jika ianya hanya dipenuhi dengan perkara-perkara yang membawa keburukan pada dirinya juga kepada orang lain selain membawa kepada kemurkaan Allah swt.

selain itu,terdapat suatu lagi hadis yang diriwayatkan oleh Tirmizi yang bermaksud “Belum hilang jejak telapak kaki orang yang menghantarnya ke kubur,seorang hamba (yang telah habis usianya) akan ditanya mengenai empat perkara iaitu usianya kemana dihabiskannya , tubuhnya untuk apa digunakannya, ilmunya seberapa yang diamalkannya serta hartanya dari mana diperolehinya dan untuk apa dibelanjakannya”


Renungkan-renungkan dan selamat beramal.moga Allah meredha setiap usaha kita selama ini dalam menjadi hambaNya yang beriman. semoga segala amalan kebaikan diusia yang lalu dikira sebagai pahala disisinya dan semoga usia sedang dan akan dilalui ini akan dipenuhi dengan petunjuk,rahmat,kasih-sayang juga Redha dariNya.






Friday, February 11, 2011

selamat petang



salam.apa khabar? moga baik2 saja.

hari ini, hari yang cerah. cuti sebenarnya.kelantan kan jumaat dan sabtu adalah hari cuti. Ahad mula kerja dan kuliah bagi yang masih belajar macam saya.

hari ini mood saya baik.hari ini juga saya rasa lebih bermakna. kenapa? sbbnya hari ini hari cuti, boleh relek2 kat rumah (ok,tipu) ..sebenarnya lebih bermakna sebab hari ni saya rasa saya begitu rajin dan bersemangat untuk belajar.heeee~

oleh kerana hari baik, mood pun baik, maka hari ini saya ingin berkongsi satu lagu. nasyid . kalau nak tahu lagu apa,carilah kat google, moga anda mendapat inspirasi.

serius! sy suka lagu ini. ini liriknya :



Kucuba untuk berlari,
Mengejar mimpi yang tak pasti,
Namun hakikatnya kusedari,
Hidup ini hanya realiti,

Walauku tahu ia hanya ilusi,
Namun tetapku berlari,

Kucuba untuk mencari,
Mengenal erti hidup ini,
Bila akhirnya kutemui,
Ketenangan yang hakiki,


Ya Allah, Sedarkanlah diriku,
Dari lenaku ini,
Masih membayangiku,

Sujudku hanya engkau yang tahu,
Pasrah redha untukmu,
Yang Maha Agung,
Wahai tuhanku ampunilah aku…

Selangkah ku mencari rahmatMu,
Biarpun berjuta ranjau menghampiri,
Ku teruskan,
Untuk mencari cinta Mu,



cari, jangan tak cari,ye.

ok.selamat petang semua.

doakan saya dapat pointer 3++ sem ni ea... ^_^

may Allah bless us!

Saturday, January 15, 2011

Hikmah diatas hikmah





Salaam kepada semua.moga sihat2 saja.

nak berkisah sedikit disini, sejak dulu,malahan sehingga kini aku selalu saja sendiri, bersendiri, menyendiri...kemana-mana pun aku pergi pasti akan bersendiri,dalam konteks aku dan keadaan ku.

dulu selepas sekolah rendah, aku dapat tawaran untuk ke sekolah menengah agama berasrama yang jauh dari tempat tinggalku. tidak ada satu pun rakan-rakan dari sekolah rendah tempat aku bersekolah yang sama-sama menuntut disekolah menengah itu. dan sejak itu, aku ditemukan pula dengan rakan-rakan baru yang Alhamdulillah,aku gembira dengannya. namun jauh didasar hati aku agar terkilan, kenapa tidak ada seorang pun rakan sekolah rendah ku yang sama-sama bersekolah disana? kalau ada, sekurang-kurangnya aku tidaklah bersendiri.

selepas sekolah menengah, seperti pelajar-pelajar lain ,banyak tawaran untuk melanjutkan pelajaran yang aku dapat, namun Akhirnya aku memilih untuk melanjutkan pelajaran aku di kolej ini, bersama sepupu aku (inilah faktor yang menyebabkan aku dibenarkan untuk melanjutkan pelajaran disini)..namun ada masanya, aku berasa sedikit terkilan juga...sebagaimana selepas aku sekolah rendah dahulu, kini, selepas sekolah menengah, tidak ada satu orang pun rakan aku dari sekolah yang sama melanjutkan pelajaran disini (melainkan dua orang kakak senior)

apa-apa pun,Alhamdulillah, sesiapa saja yang kita temui untuk menjadi rakan, kawan dan sahabat kita adalah telah ditetapkan olehnya dan itulah yang terbaik untuk kita,Insya Allah.. cuma apa yang penting kita hendaklah menjadi sahabat yang baik serta bersahabat dengan mereka yang baik2 saja..pasti takkan menyesal,insya Allah

Alhamdulillah, kini setelah beberapa semester berada disini, kehidupan dirasakan lebih baik dari dulu. hati yang kosong terasa lebih terisi. apa erti saya sebagai manusia, sebagai pelajar, sebagai seorang anak,sebagai seorang sahabat dan semestinya seorang hamba kepada Allah, satu-satunya tuhan kita mula mampu difahami dan dicerna oleh saya sedikit demi sedikit dengan sebaiknya,insya Allah...

tidak tahu bagai mana kehidupan aku jika tidak melanjutkan pelajaran kesini.. mungkin akan menjadi bertambah sosial..tudung pun akan terbang,mungkin(?)

disini,saya ingin kongsikan post dari blog seorang sahabat saya yang sangat-sangat menyentuh..berikut adalah kata2 dari blog beliau :

" KTD ibarat sebuah hospital..manusia yang masuk dalam hospital tu ada yang sakit biasa2..ada yang parah..ada yang demam biasa je..ada yang selsema..ada juga yang sihat...manusia2 ni lalui rawatan yang hospital tu sediakan..dan bila keluar dari hospital..ada yang sembuh dan jadi sihat..yang sihat bertambah-tambah sihat..ada juga yang sihat jadi sakit sbb mendedahkan diri kpd virus2 yang tak diundang..dan ada juga yang sakit parah sgt..tp setelah lalui rawatan, dia menjadi sihat dan bertambah sihat...yang uniknya ttg hospital ni..tak paksa untuk buka hati ketika terima dan lalui rawatan kat hospital ni..dan walaupun ada antara pesakit yang tak nak rawatan..tapi masih juga perawat2 hospital bertungkus lumus utk membantu..jadi pilihan di tgn..samaada nak rela dirawat atau terpaksa menerima rawatan..selalunya yang terpaksa ni laa yang akan masih sakit bila keluar dari hospital ni..dan yang rela dirawat..bila keluar jadi sihat bertambah sihat..dan akhirnya akan menjadi salah seorg perawat juga.."

ini dia blog sahabatku itu [Link] dia adalah pelajar Kuis di sini dalam semester 4..aku mula kenal dia semasa semeter satu ketika sama-sama bertugas dalam satu program

itu saja coretan untuk malam ini.moga Allah merahmati kita dan memberikan hidayah yang berpanjangan kepada kita.insya Allah.



jamuan raya 2010..nyam3..sedapnya nasi kerabu :)


mode : tiba2 aku rasa rindu pulak nak balik kolej.hehe

Friday, December 31, 2010

Bila Tahun Berbicara



Sumber dari sini [Thaha]



Alhamdulillah,tahun baru datang lagi.2011,bersyukur kerana masih lagi diberi peluang untuk terus menjadi Hamba kepada Khaliq semesta Alam. bersyukur kerana masih lagi diberi peluang untuk bernafas dengan udara yang percuma ini, bersyukur kerana mata masih bisa melihat,kaki masih bisa berjalan, mulut masih bisa berkata-kata dan tangan ini, masih bisa menaipkan sesuatu yang insya-Allah boleh memberi sedikit input kepada diri sendiri dan pembaca.

Tahun baru itu,membawa 1001 erti,
Tahun baru itu,menjanjikan umur yang akan bertambah
Tahun baru itu,menjanjikan sisa usia akan berkurang
Tahun baru itu,menuntut tanggungjawab yang semakin menyekat
Namun begitu,
Tahun baru itu,seperti tahun-tahun yang sudah
Jika kau masih seperti yang lama

2011 ,bila sebut pasal tahun baru ,perkara yang pertama bermain difikiran saya adalah persoalan umur.hipotesisnya senang saja, Apabila tahun bertambah, maka umur kita juga akan bertambah .Tetapi satu yang perlu diingat adalah, pertambahan umur itu akan menyebabkan bilangan sisa usia yang kita masih ada semakin berkurang.

contohnya jika Allah mengizinkan seseorang itu hidup dalam jangka masa 60 tahun, dan kini seseorang itu telah berumur 20 tahun,maka sisa usia yang dimilikinya hanyala tinggal 60-20= 40 tahun dan selepas tempoh 40 tahun,seseorang itu akan mati dan bertemu penciptanya.

Sisa usia ,selalu kita merenung2kan berapa lagi sisa usia yang kita ada.mungkin ada banyak masa lagi, mungkin tinggal sedikit masa lagi.namun apa yang penting, kita semua tetap akan mati dan bertemuNya juga satu masa nanti.

Wallahu'Alam

Friday, September 17, 2010

Eid 2010

Bismillahirrahmanirrahim..

before this I don't want to talk about eid celebration here but now,I do that because I've nothing to do
(don't believe it!..I have a lot of work to do actually.. ~assignment,project,revision... HaHaHa...oh,I like it!)

Nothing special actually in this Eid celebration because such a previous year, I just celebrate it here, so far from my hometown
(last year,I've celebrate eid in kulim ) however All praises to Allah coz I think that those who celebrate Raya here are so lucky because not all of us can feel it..feel the various feeling when celebrate our special day (raya) without our parents,siblings and relatives.only for those who chosen by Him only can feel it..hehe (boleh terima ke kata2 saya? bertuah ke kita...?

All of us who celebrate raya here are sabahan..erm,related to Sabahan, I want to talk you some story.the short story about me that I don't like when its happen.this story is about a race or etnich .BANGSA. In sabah,we have a lot of race and avery race has their own 'sub-races'..such me,My father is Bugis and enter the Bugis Bone 'sub-races'.. in additon,theres have a lot of Bugis sub-races such 'Bugis Andrekan,Bugis Bulukumba,Bugis Makassar and others. my mother's race is a 'Suluk Bisayak '

in Ktd (especially,those wo celebrate raya with me) much of them are in bugis categories like me. in the night before raya (malam takbir) we were prepare much of sabahan (especially bugis' taraditional foods) such Tumbuk,Burasak,likku and Sawalla .. however,even I AM a Bugis and sabahan but I Don't know how to prepare these food..and to speak the Bugis Languange also I DON'T KNOW !.. I just live with my mom n my mom never speak bugis language with us because she's suluk ethnik (aku bukan berlagak la..tapi aku betul2 xtahu..)

"betul bha kau tak tahu ni?bha..belagak lagi..."

"iya bha..namanya ni pun aku confused2 lagi.time raya manada kami buat makanan begini."

"bha..belagak lagi dia.."

"kenapa jugak kekok sangat kau buat buras tu?kau bugis kan?takkan kay ndak tau.."

"bha...mana-mana mu jak la.."

and,in pagi raya...

"baru aku tau ko orang sabah bha..kenapa slang mu ndak berapa nampak sabahnya?"

"bha kau ni..memang aku cakap melayu pulak..bahasa baku ba ni..ndak pandai aku speaking bugis.speaking suluk and bajau aku tahu la sikit-sikit.."

hurm..whatever your opinion to me,I'm not lie to you.to you all.
.(kamu tidak tahu kisahku! sudah banyak kali aku cakap.terpulang pada kamu mau percaya kah tidak..hanya mereka-mereka yang dekat n faham aku jak bha percaya..geramnya jugak..)

finish...

back to the title,Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin to all sabahan..thanks for make me thinking that ..
(aku adalah orang sabah yang rugi..cakap bahasa sendiri pun tidak tahu..orang lain sampai fasih 3-4 bahasa sabahan..tapi aku,satu pun ndak fasih..hehee..bertuah kamu ya! )



malam takbir..tangan masih melekit membuat tumbuk..best..first time ni..hehe


Dipagi raya..terkenang daku kepada sidia..isk3..sedey plak ingat family dengar takbir time ni..tapi best la jugak..experience tuu..xsemua dapat rasa.. (^_^")



gambar ni xde kaitan ngan raya..cuma terasa rindu tiba-tiba dengan mereka2 ini..housemate2 aku yg comel2 belaka..hehe (ops..kain2 yg disidai kat depan umah tu memburukkan suasana :p )

Tuesday, September 7, 2010

عيد مبارك

سلام عيد مبارك يا أختي يا أخي


hope we still given another chance to experience the coming of Ramadhan...


with love ,
أنا عايشة
Computer Science of Multimedia's Student
college technology of Darulnaim ,
Pengkalan Chepa,
Kelantan,Darulnaim