Showing posts with label perjalanan hidup. Show all posts
Showing posts with label perjalanan hidup. Show all posts

Sunday, May 29, 2011

Nsyid Rapuh - Opic


masih didalam exam mood, walau tak banyak study (hari ini dapat menghabiskan 4 movie.. 3 cerita melayu, 1 lagi cerita cartoon 3D.. citer cartoon tuh best! )



balik kepada tajuk, sebenarnya aku ni bukanlah seorang yang selalu mendengar lagu-lagu nasyid,tapi sekali dengar lagu ni, ntah kenapa hati rasa lain... air mata rasa nak keluar tanpa henti.. rasa malu dengan Allah, rasa malu dengan keadaan diri yang belum mampu menjadi hambaNya yang baik.. selalu meminta itu dan ini padanya tanpa berusaha dengan bersungguh untuk menjadi hamba yang dicintaiNya







Sunday, May 8, 2011

balik atau tidak?



baru sebentar tadi kakak aku call lagi..tentang next week,samada aku akan balik sekejap ataupun tidak. balik sabah? dalam keadaan final exam yang semakin hampir...

ya Allah, berikanlah kekuatan kepadaku dan berikanlah kesihatan kepada ayahku.. panjangkanlah umurnya ya Rabb ..T_T

Tuesday, April 12, 2011

Bukan mudah untuk menjaga segumpal darah bernama hati itu..

pantai murni yan,kedah


Bismillahirrahmanirrahim..

ingin aku ingatkan kepada diriku sendiri, bahawa bukan mudah untuk menjaga segumpal darah bernama hati itu..kerana ianya memerlukan istiqamah yang tinggi. seseorang itu juga tidak dinilai oleh Allah swt berdasarkan rupa paras ataupun harta bendanya melainkan apa yang dinilai olehNya itu adalah hati. hati, hati dan hati.

segala apa yang kita rasakan,niatkan..malahan apa yang kita percayakan ada pada hati. malahan nilai keimanan, ketaqwaan dan rasa harap kita juga semuanya bersandar pada hati, dan itulah yang dinilai oleh Nya.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.”

Bukhari dan Musli
m





_______o0o_______




sungguh! dia dalam dilema..kerana dalam seumur hidupnya yang pendek itu, sudah beberapa kali dia 'tersepit' dengan masalah hati. masalah hati yang menjerat dan membuatkan diri sedikit lari dari landasan ..namun dia masih dapat menangkis semua 'masalah-masalah' itu sehinggalah 'masalah' yang ini datang ,ianya sangat menguji dan sangat menguji..

Seorang kawannya ada beri nasihat..kata kawan tersebut, hanya ada satu cara untuk menyelesaikan 'masalah' hati ini tetapi dia masih tidak padat menerima nasihat itu..kerana dia tidak yakin dengan cara itu, akan dapat melupakan dia masih 'melekat' dihati...

nasihat kawannya lagi, kita patutnya memberikan hati yang 'fresh' pada dia yang akan menjadi halal buat diri.. bukan hati yang pernah diberi pada yang lain.. namun sekali lagi, jalan itu bukan mudah,..dan dia hanya mampu mencuba saja





ya Allah, aku mohon agar dipermudahkan lah jalannnya...kerana dia itu adalah aku..dia itu adalah aku dan dia itu, adalah diriku............



p/s : blog ini telah menjadi semakin tidak best!







Monday, April 11, 2011

Rancangan Masa hadapan ~


Bismillahirrahmanirrahim

kini,seorang aku mula berfikir tentang masa depan.insya Allah, bulan 5 tahun hadapan nnt (2012) aku akan menamatkan pengajian aku disini. mungkin terlalu awal untuk aku merancang tapi itulah yang selalu aku lakukan dan aku kena dari sekarang. sebab apa?...sebab siapa kita sekarang akan menentukan siapa kita dimasa hadapan.
1. mei 2012 - finish here .akan berpraktikal sehingga masa yg ditetapkan. Insya Allah
2. okt 2012 - konvokesyen at UTM johor, Insya Allah
3. after that.. akan mencari kerja yang bersesuaian at semenanjung juga, insya Allah.. maybe akan stay KL... ?

Kerja? ya.aku akan bekerja selepas habis diploma ini. memang hajat dihati ingin meneruskan pengajian hingga ke tahap yang lebih tinggi tapi nampaknya aku akan bekerja dulu..ingin mengumpul dana untuk degree nanti disamping nak bantu family aku.
mungkin akan bekerja selama 2-3 tahun dan selepas itu baru akan menyambung degree pula.. dan selepas itu keperingkat seterusnya.aku takkan berhenti selagi tidak mendapat gelaran Prof.
ehe...doa pray for me,eh .. ^^

Dan untuk itu,aku mula mengaktifkan diri aku,sejak sekarang ini dengan apa-apa kemahiran, tapi apa yang aku fokuskan adalah yang berkaitan dengan Pengaturcaraan..samada dalam PHP,HTML, Visual Basic atau Java ...once again do pray for me..

apapun kita hanya merancang,rite,Allah yang menentukan..

setakat ini, ini saja perancangan yg aku dah buat. moga Allah redha dan mempermudahkan segalanya.. ^^


Thursday, February 17, 2011

bukan macam kacang .. boleh kau makan, kulitnya kau buang-buang .


Amanah itu bukan macam kacang .. boleh kau makan, kulitnya kau buang-buang .

Amanah.
dan aku bukanlah seorang yang berilmu tinggi untuk membiracakan tentang Amanah, aku juga bukanlah seorang yang pakar dalam bab-bab agama . tapi aku tahu, apa yang disebut-sebut sebagai Amanah itu adalah suatu yang amat berat untuk dipikul. amanah itu bukan hanya sekadar pangkat pada nama, tapi ia adalah sesuatu yang akan dipersoalkan disana nanti , di Akhirat yang abadi.

bagaimana jika Amanah yang diberikan Tuhan itu tidak kita laksanakan dengan sebaiknya? adakah aman hidup kita disana kelak? dan bagaimana pula jika Amanah itu, kita rasakan sudah cukup sempurna dilaksanakan oleh kita, namun sebenarnya masih ada hak-hak yang tidak tertunai, masih ada janji-janji yang tidak terlunas, maka amankah juga hidup kita disana nanti ?

kerana itu lah, apabila diberi sesuatu tanggungjawab ataupun Amanah, selalu-selalu lah merenung diri sendiri, adakah amanah itu telah laksanakan dengan sebaiknya? adakah amanah tidak disalah guna ?

“ Tunaikanlah amanah kepada orang yang memberi amanah kepada mu dan jangan pula kamu khianati orang yang mengkhianati diri mu ” - Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud .

“ Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya ... ”
- Surah An-Nisaa’ ayat 58

"Tanda-tanda orang munafik ada tiga perkara, iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia memungkiri dan apabila diberi amanah dia mengkhianatinya" [Hadith Sahih Riwayat Muslim]

lihat dalil yang terakhir ini, salah satu tanda orang yang munafik adalah, apabila dia diberi amanah, dia mengkhianatinya....jadi kita , kita ini..jika diberikan sesuatau amanah, dan kita tidak melaksanakan dengan sebaiknya, atau lebih teruk lagi, jika kita mengkhianatinya ...kita juga adalah tergolong dalam golongan .... Munafiq ..

marilah kita sama- sama muhasabah diri. kerana amanah itu bukan seperti kacang, boleh kau dimakan ..kulitnya kau buang-buang ..Amanah itu tanggungjawab, akan disoal,akan dihisab ~

Wallahu'Alam ~

_________________________________________






And again,learning to breath ....

there's still a long journey to walking to, for us.
so never afraid to face the truth

keep living,as time running , as time still given to you.... until you meet Him ~




When the rain stops, let's believe in the dream that's hanging in the sky, and walk ahead ..
Believe your dream, and continue walking ~

indeed, "janji Allah itu pasti .. "



note : It's been a while that I'm not write in english here. ~

Tuesday, February 8, 2011

what title should it be ?

salam , all praises to Allah for giving us life with fullest with ni'mah. Alhamdulillah.






I just finished watching Bloody Monday a few days ago..ok,i know.. i know..thats not a new drama and was aired long time ago ..hu2 but I don't have any chance and time to watch it before..haha... (bloody monday season 1 release in oct '2008 and season 2 release in jan 2010)

ok,now don't ask me if I like it or not coz my answer definitely gonna be YES!!! why? coz I like the msg and value that have in there..the friendship ,the trust,the believe,the revenge..the justice, family bonding...and of course the hacking part ..it is interesting to know that such knowledge :)

I'm not good in programming and yet i'm also not so good in another thing in computing field but after watching bloody monday, my spirit and curiosity to know more and more about computing field (my course)became so high....especially anything that related to networking, web, coding and others haha..thats why I write about this drama here... ~ thanks to 'the one' who giving me this drama.. :)

back to real life, this semester I took 7 course and 16 credit hour

1) Data Communication
2) Computer Security
3) ID
4) Math5
5) Web1
6) Computer maintenance and service
7) III

do pray for me ea :)

gud nite all :)


Wednesday, February 2, 2011

syukran jazilan


Assalamualaikum Wbt. diharap semua sihat2 belaka.



Ingatkan aku bila terlupa,
Tegurkan aku bila terleka..
oh!dunia...sering membuatku menitiskan air mata
betapa dosa-dosa ini seluas lautan, setinggi gunung ,
siksa!sakit!pedih!

moga berakhir disini dengan husnul kathimah



______________________________


Alhamdulillah...malam ini ingin berkongsi sesuatu, bagaimana dengan kasih dan sayang Allah itu, Dia menghantar 'seseorang' untuk memberi peringatan kepada diri yang seringkali terlupa ini...agak hairan sebenarnya..bagaimana seorang yang kamu tidak kenal dan tidak pernah kenal boleh menghubungi kamu..dan berbicara kepada kamu,mengingatkan kamu tentang kematian dan segala-galanya tentang Allah...dan datangnya itu,tepat pada masanya... :)

apa yang uniknya pada 'seseorang' ini, 'dia' yang menghubungi saya melalui telefon menggunakan number fon kakak dia, tetapi tidak membenarkan saya untuk berkata-kata..cuma dia hanya on kan chat dan bila saya ingin bertanya, atau mengakatan 'ya' pada apa yang diterangkannya melalui panggilan telefon itu, sy akan tuliskan pada chat... dia tidak mahu mendengar suara saya, kerana saya adalah seorang perempuan dan dia adalah seorang lelaki (ada lagi orang mcm ni - sy juga tidak sehebat dia.... -_-")

Alhamdulillah, terima kasih Allah ..banyak yang saya dapat malam ini,dan menguatkan lagi semangat saya untuk terus menjadi seorang Hamba yg benar-benar hamba kepadaMu~ terima Kasih Allah




buku ini,sudah agak lama saya mencarinya, untuk memiliknya sendiri.. sy pernah terjumpa masa tingkatan 4 dulu..terbiar-biar disurau. milik seorang senior yang telah menghabiskan pengajian disekolah dulu,rupanya... agak lama saya menyimpan buku ini,atas kebenaran (tp xkhatam semua sbb tebal sgt) sehinggalah menamatkan pengajian disitu,baru saya kembalikan kesurau . teringin sangat nak dapatkan buku ini.. doakan sy ea ~


Wednesday, January 5, 2011

Selingan 170 minit

gambar dari google. sempat juga menangkap gambar dari Hp lebih kurang camni,tapi xbawa cable so xle transfer kat laptop(bluetooth laptop xle guna)


170 minit.seat 30,B. yang didepan sibuk dengan DSLR, tak henti-henti mengambil gambar pemandangan diluar tingkap. yang dibelakang 2 orang. sibuk dengan bayi-bayi mereka. bayi-bayi yang menangis saja senjang 170 minit itu.ah!sungguh membingitkan, namun apakan daya manusia kecil itu tidak dapat berfikir lagi. menoleh keluar, kerusi disebelahnya kosong, disebelahnya lagi mat salleh.toleh ke tingkap,seat 30,A kosong.tidak berpenghuni. lantas usai saja wanita berbaju merah itu mengira bilangan 'passanger' dia beralih tempat ketingkap. mat salleh melihat saja. bekal makanannnya diletak dikerusi kosong itu,yang tadi menjadi kerusinya.

170 minit.itu bukan kali pertama baginya,malahan sudah berkali-kali.namun kali ini dirasakan begitu berbeza sekali. mungkin kerana sebelum ini dia berteman,maka masa 170 minit itu hanya dihabiskan dengan berborak,dan tidur. namun kali ini tidak,otaknya ligak berfikir,tentang persekitaran 170 yang sesungguhnya, sangat menginsafkan.

bermula dengan 5 minit pertama, dia berfikir lagi. teringat kembali segala prinsip-prinsip bendalir yang yang dipelajarinya dalam mata pelajaran fizik beberapa tahun yang lalu.prinsip bernoulli,kalau tak silap inilah salah satu prinsip yang membolehkan benda besar yang bersayap itu terbang, dilangit tinggi.ah!fizik, dia hanya ingat sipi-sipi saja, mungkin kerana bukan itu bidangnya kini.

10 minit, 15 minit berlalu. bumi mulai mengecil. terasa seperti sebuah lanskap yang lengkap dengan kenderaan-kenderaan yang bergerak,berserta bangunan-bangunan dan pokok-pokok hijau. dia terganggu. bayi-bayi dibelakangnya menangis lagi. mungkin tidak tahan dengan tekanan yang berlaku ketika benda bersayap itu mula menaik ke atas. bagi sesetengah orang, telinga akan berdesing ketika perubahan tekanan udara itu berlaku, ketika benda besar bersayap itu hendak naik dan turun.

30 minit. yang didepan masih lagi dengan DSLR nya, sibuk mengambil gambar sepanjang 170 minit. eh, tapi bukankah sudah dipesan untuk tidak menggunakan apa-apa barangan elektronik sepanjang 170 minit itu? ah!sudah..biarkan saja dia dengan misinya, selagi tiada anak kapal yang melihatnya.

berfikir dan terus berfikir. bertasbih . takjub berkali-kali. mungkin jika dikatakannya kepada kamu, reaksi kamu biasa-biasa saja. sebab itu bukan benda baru, ramai orang sudah merasainya. namun harus juga.

Bagaimana jika Allah tidak memberi pinjam sedikit IlmuNya yang amat luas itu kepada manusia? adakah hidup kita akan semudah kini? mampu kesana-sini dengan begitu cepat,sehingga boleh "terbang" diudara. sungguh Maha Pemurah Dia, kan. dengan sedikit ilmuNya yang dipinjamkan kepada manusia itu, bermacam-macam yang kita boleh nikmati.

Subhanallah!

kenapa masih ada yang tidak bersyukur,dan berfikir?

subhanallah!

Alhamdulillah!



"Ambilah ibrah ibrah (pelajaran darinya) wahai bagi orang-orang yang celik mata hatinya (berfikir)"
Al Hasyr 59; 2


"Allah yang memindahkan malam menjadi siang – yang demikian itu terdapat ibrah (perumpamaan) bagi bagi orang-orang yang celik mata hatinya – (berfikir)"
An-Nur; 44


note1 : tak faham apa yg saya tulis? cuba fikirkan lagi :)
note2 : jadikan apa2 yang dilihat dimata itu, sebagai Ibrah..semoga keimanan dan ketaqwaanmu bertambah.. :)
note3 : note3 xde...hanya note1 dan 2 :P

Sunday, November 7, 2010

Aku ingin mencintai-Mu



Bismillahirrahmanirrahim...

All praises to Allah who still give us a chance to live to be worship to Him...Indeed,we are nothing without His Love and Mercy ...


salaam to all..apa khabar? how are you? kaifa halukum?...sume sihat ker? Alhamdullah kalo sihat,saya nih xsihat pulak,bukan sakit fizikal tetapi sakit rohani, rasa kehilangan, kehilangan cinta Rabbi kerana cinta Manusia yang memusnahkan diri sendiri...terasa begitu jauh dari Nya... do pray for me, rasa begitu buruk diri ini sekarang,sehinggakan sahabat sendiri berkata "Ana rindukan Aisyah yang dulu..may Allah bless u enti.. " oh! me...apa dah jadi dengan kamu aisyah? cepat bangun,cepat bangun... muhasabah diri kamu,jangan jadi jahat kerana sekarang kamu sudah jahat dan semakin jahat....!!

ok cukup tentang tu..sekarang nak minta maaf lagi pada semua..tidak kira silent readers atau sesapa saja yang pernah masuk ke blog ni dan begitu terasa dengan entri saya sebelum ini.. wahh..begitu ramai yang sakit jiwa dengan entri itu..termasuk yang kat dalam dunia nyata,.memberi komen secara terus terang.. ok2,saya terima dan saya minta maaf pada semua.. memang tak semua lelaki jahat,dan perempuan pula tidak semuanya baik...segalanya terpulang kepada Iman masing-masing..bukankah hidup ini adalah ujian? dan apa yang saya tulis dalam entri tersebut adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri dan juga luahan dari jiwa saya..xde kena mengena dengan yang hidup mahupun yang mati....

once again,saya minta maaf pada encik2 sume,ok........ :)


*******************************


kata orang,hidup ini perlukan perancangan,baru boleh buat segala benda dengan teratur...erm but sometimes perancangan yang dibuat itu tidak dapat dilakukan dengan sebaiknya kerana perubahan-perubahan pada skrip kehidupan yang berlaku dan ianya tidak dirancang. walau apa pun, rancanglah hidup dan perjalanan hidup kita sebaik-baiknya walaupun Allah saja yang boleh menentukan perancangan itu,dapat dilakukan atau tidak..jika apa-apa yang berlaku terhadap diri sendiri adalah keluar dari perancangan yang telah dibuat,terimalah seadanya perancangan dari Allah itu kerana Dia adalah Maha Perancang yang terbaik..

"Manusia hanya merancang,Allah yang menentukan
dan jika sesuatu berlaku diluar dari perancangan mu, maka yakinlah dengan ketentuan Allah itu kerana Dia itu Maha Perancang,dan Dia itu lebih tahu,apa perancangan yang begitu sesuai untukmu"



bukan apa sebenarnya,saya tiba-tiba bercakap soal perancangan ni sebab sejak akhir-akhir ini, begitu banyak perancangan-perancangan yang saya buat tidak dapat dilakukan dan Dia yang Maha Perancang itu,merancang segala sesuatu yang begitu baik untuk diri ini....sejak akhir-akhir ini...

begitu terasa kasih dan sayangNya itu,walaupun diri ini rasa tak layak je untuk dapat semuanya...

terima kasih Allah........................ ;))






Tuhan betapa aku malu atas semua yang kau beri
Padahal diriku terlalu sering membuatMu kecewa
Entah mungkin karena ku terlena sementara Engkau beri
Aku kesempatan berulangkali agar aku kembali

Dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghambakanMu
Betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMu

Aku ingin mencintaiMu setulusnya
Sebenar-benar aku cinta
Dalam doa dalam ucapan dalam setiap langkahku
Aku ingin mendekatiMu selamanya sehina apapun diriku
Kuberharap untuk bertemu denganMu yaa Rabbi



**************************


note : 3 minggu lagi FINAL....chayok2 aisyah!sy yakin kamu boleh............ :)





Thursday, September 23, 2010

Jom kawen! [part 2]



Bismillahirrahmanirrahim

Salamualaikum for All.As promise,today I will continue this entry , jom kawen! (part 2 ).for those who never read it,please read it first to understand more about this.



Kalau dah jodoh takkan kemana

jeles tengok orang berpasangan,dia juga hendak berpasangan.dia tidak kira walaupun caranya salah.apa yang penting baginya adalah cinta.cinta,cinta,cinta dan cinta.tidak kira cinta betul atau salah,dia ambil saja.namun sedarlah, jangan salah gunakan definisi cinta itu sendiri.

Kata orang,kalau sudah jodoh takkan kemana.kalau sudah jodoh,biar terpisah beribu2 tahun pun tetap akan jumpa juga.kata orang,itu kata orang, tapi ada juga yang kurang setuju.atau setuju saja tapi buat2 tak tahu.

Siapa?siapa yang tidak percaya dengan kata2 itu?merekalah.. Orang2 yang bercouple la..meng’couple’kan diri..dulu masa sekolah, lihat kawan2 bercouple,terdetik juga dihati,best ke couple ni? Cam xbest je,buang masa,buang duit,buang tenaga,buang air mata je.and finally buang baby,xke haru..

Bagi mereka2 yang kurang percaya dengan sentence ni,cuba kita refer balik sejarah adam dan hawa.walaupun mereka terpisah begitu lama,tapi akhirnya berjumpa juga,kan.aku tahu alasan kau ‘’ala,memanglah drg jumpa balik,kan xde manusia lain yang hidup kat dunia ni selain mereka berdua.of course la drg ada jodoh tu,kalau tak kita semua takde’’ .. ok2,aku terima alasan kau tapi cuba kau refer pulak sirah nabi Yusuf as dan Zulaikha..kadang2 rasa macam tak logik je kisah mereka tu tapi akhirnya kawen juga....

Ok,cukup sampai situ,apa yang penting dan saya nak sampaikan disini,kalau sudah jodoh takkan kemana.tidak kiralah kau orang sini,aku orang sana,aku orang sabah,kau orang afrika,kau orang eropah,aku orang kutub utara,kalau sudah tertulis di luh mahfuz tu kita ada jodoh,maka adalah..

Tak perlu risau,tak perlu nak jual diri dengan ‘couple’.hanya buang masa,buang duit,buang tenaga saja.lebih baik kita berusaha untuk menjadi baik dalam definisi Tuhan,baek dalam definisi manusia ni senang saja nak buat,cukup dengan baju kurung + tudung labuh,atau baju jubah putih + ketayap kat kepala,maka baiklah sudah dirimu dimata manusia.namun di’mata’ Tuhan tidak begitu.Dia tengok pada hati.maka usahalah untuk jadi baek dimata Tuhan.


__________________________________________




Fisherman vs Farmers

Nelayan vs Pekebun.

berkaitan dengan diri sendiri,teringat perbualan saya dengan mak tentang sepupu saya yang baru sahaja bertunang lebih kurang dua minggu yang lalu..lebih kurang macam ni

mak : su,kak ema anak N tu dah bertunang.

saya : yakah? dengan sapa mak?

mak : iya..dengan orang biasa2 ja

saya : biasa2? lelaki tu kerja apa?

mak : sekuriti ja.

saya : hah?! kak ema tu kan ada ijazah.educated.

mak : ala..kau pun tak tahu nanti jodoh kamu dengan sapa.

saya : hahaha,betul tu.xpe la yang penting drg dah selamat bertunang,ok la..jadi bila drg nak kawen?

mak : erm..tak tahu pulak

.....diam...

mak : su,nanti carilah suami yang kerja tangkap ikan

saya : hah?!..hahaha..apalah mak ni,patutnya mak minta yang kerja baek2

mak : ok apa,kalau dia kerja tangkap ikan boleh mak makan ikan selalu.mak kan suka makan ikan.haha..(mak saya ketawa juga)

saya : hahaha,lawak lah mak ni..takkan lah macam tu.nnt kami boleh je belikan mak ikan hari2

mak : erm..tak apalah kalau che' tak mau.kalau begitu carilah suami yang suka berkebun.

saya : (sekali lagi ketawa terbahak2..alahai..mak aku ni) kenapa pula mahu yang suka berkebun,mak?tadi nak yang tukang tangkap ikan?

Mak : yalah,kalau suka berkebun senang nak makan sayur..mak kan suka makan sayur.

Saya : hahaha..apalah mak ni.tengok la sapa2 pun.tak kisah kerja apa yang penting agama ok.

Mak : mak gurau ja..mestilah mak mahu anak2 mak ni dapat jodoh yang baik2.mak sentiasa doa untuk kamu,che’.

Saya : terima kasih,mak (terharu)

Mak : yang penting beriman che,jangan tengok yang lain2..agamanya tu yang paling penting.

Saya : insya Allah mak..memang mau cari yang beriman jugak ni.hehee

Mak :iya che..xyah la nak bercinta2.kalau ada yang suka kawen je terus. Tak kiralah orang mana2 pun.

Saya : hehe,iya mak Insya Allah.belajar dulu,tuntut Ilmu Allah ni. Pasal kawen2 tu nanti2 la..hehe..

___________________________________


lagu tema hari ini :






Wassalam..

p/s : cintakan yang dilangit akan dicintai oleh yang dibumi ~
p/ss : pasangan yang akan kita dapat adalah 'cermin' terhadap diri sendir,maka jadilah baek dalam definisi Tuhan terlebih dahulu untuk menadapat yang selayaknya utkmu ^^



Wednesday, September 22, 2010

Jom kawen!


Bismillahirrahamirrahim...

All praises to Allah who always give us everything to live here..please remember that we're nothing without Him!

today,I want to share something about me,about you,about them and about everyone because the thing that I want to share is always related to us as a human being..
what Is't? hurm..read my title :P

[ untuk lebih feel,sy menulis entry ini dalam b.melayu + sy xpandai bi..hu2 :p ]

jom kawen!

sejak akhir-akhir ini,semakin ramai orang yang berkisah-kisah,bercerita-cerita,berkata-kata, berbual-bual dan yang dan yang sewaktu dengannya berkaitan dengan Perkahwinan..kawan-kawan saya,lecturer-lecturer2 saya,cousin2 saya,senior2 saya,junior2 saya,adik beradik saya..masing2 dengan cerita mereka..ada yang hendak berkahwin,ada yang hendak bertunang,ada yang baru sahaja berkahwin, baru sahaja bertunang .. bla3..maka,saya dan kamu,yang juga tergolong dalam manusia yang normal pastinya pernah tefikir atau tersindir dengan hal2 sebegini (terutama bagi mereka2 yang sudah bekerja) .

sebentar tadi, saya baru sahaja membaca pendapat yang disuarakan oleh Ust.Nasruddin Hassan At Tantawi tentang Nikah Khitbah ataupun dikenali dengan istilah Kahwin Gantung oleh masyarakat melayu.sila klik DISINI untuk membaca. [baca dulu link ini baru teruskan membaca entri saya ]

selepas membaca tentang Nikah Khitbah, fikiran saya menjadi becabang dua.antara setuju atau tidak.apapun,bagi saya jika kau rasa itu yang terbaik untuk dirimu,maka buatlah apa yang kamu mahu tetapi itu bukanlah penyelesaian yang terbaik untuk segala-galanya.

bagi saya ,masih banyak yang boleh dilakukan dan difikirkan oleh golongan remaja seperi saya melainkan perkahwinan..masih banyak yang boleh difikirkan melainkan hal2 mencari pasangan ini..lebih baik kita fikirkan bagaimana untuk menjadi baik dalam definisi Tuhan daripada memikirkan siapakah yang akan menjadi pasangan kita kelak..lebih baik kita fikirkan tentang bagaimana nak tingkatkan prestasi diri daripada sibuk mencari-cari pasangan..kalau ada jodoh tu,adalah...

tapi itu tidaklah bermakna kita,yang remaja ini tidak boleh memikirkan tentang hal2 sebegini..teingat pesanan ustazah PQS(Pendidikan Al-Quran dan Sunnah) semasa ting.4 dulu

''kamu ni,pelajar2 saya,kamu kene doa dari sekarang untuk mendapat pasangan dan zuriat yang soleh.doa dari sekarang,kalau boleh,jadikan doa tersebut sebagai amalan.''

''doa apa,ustazah?''

'' رَبَّÙ†َا Ù‡َبْ Ù„َÙ†َا Ù…ِÙ†ْ Ø£َزْÙˆَاجِÙ†َا ÙˆَذُرِّÙŠَّاتِÙ†َا Ù‚ُرَّØ©َ Ø£َعْÙŠُÙ†ٍ
ÙˆَاجْعَÙ„ْÙ†َا Ù„ِÙ„ْÙ…ُتَّÙ‚ِينَ Ø¥ِÙ…َامًا
Robbana Hablana Min Azwajina Wa Dzuriyatina Qurrota A'yun Waj'alna Lil Muttaqiina Imaama - wahai tuhan kami,berikanlah kami isteri dan anak2 sebagai penyejuk mata .''

''tapi saya taknak kawen lagi ustaza..lama lagi la..''

''xpe,amalkan doa ni dari sekarang.Allah itu maha mengetahui..''



Lebih kurang macam begitulah nasihat ustazah saya pada masa itu.sampai sekarang saya masih ingat lagi..tapi terus terang,saya selalu terlupa nak mengamalkan doa tersebut.. -_-''


sebenarnya saya sudah menulis sesuatu tentang perkahwinan sebelum ini tetapi tidak sanggup untuk mem'publish'kan disini..boleh baca jika ada kelapangan dan jika tidak abaikan saja..

wallahu'Alam..
wassalam,

wa Bersambung............ hehe..



p/s : sebenarnya sy rasa saaangat malu nak tulis entri mcm ni
p/ss : tapi sy nak tulis juga,semoga ada sedikit manfaat utk org lain,yang juga 'sekepala dengan saya ^^
p/sss : saya menulis entri mcm ni,tidaklah bermakna saya hendak berkahwin..saya nak study lagi.. :P
p/ssss : entri ini akan bersambung,insya Allah

Friday, September 17, 2010

the precious moment

Bismillahirramanirrahim...

I miss everything there and I don't know how to describe my feeling ..hehee

blok A dan blok B


tapak perhimpuanan..rindu saat-saat berbaris mengikut kelas setiap hari..membaca Asmaul Husna.. (perhimpunan mingguan sekolah hanya diadakan pada setiap hari jumaat.hari-hari biasa perhimpunan untuk melaungkan Asmaul Husna dan tazkirah pagi sahaja )

surau Ibadur-Rahman...kat depan surau ni la saya dan insan itu selalu lepak selepas makan tengah hari pada setiap jumaat..semua pelajar lelaki akan kemasjid kampung untuk menunaikan solat jumaat... *owh,rindunya pada insan itu.... *

konti DJ..kat sekolah ni ada konti Dj..tiap pagi akan berkumandang zikir-zikir dan bergema di seluruh sekolah ... dan pada petang pula Dj yang bertugas akan membacakan ucapan-ucapan pelajar2 dan permintaan nasyid...saya adalah salah seorang dj semasa ting.4 dan 5..hehee *sangat3 rindu suasana ini T_T *


Flat guru...dulu masa kat sekolah kami hanya diwajibkan balik sebulan sekali..dan pada waktu tidak wajib balik (setiap 2 minggu) kami diwajibkan untuk mengosongkan asrama..dan pada waktu itu,sy dan beberapa rakan lain akan stay dirumah warden yang juga cikgu kami.hehe..I miss them!


makmal komputer...masa menengah rendah cikgu sains selalu bawa masuk sini,bestt...i like it!


hujung sana tu padang..ada pokok ketapang besar..pokok tu juga meninggalkan baaaanyak kenangan buat saya dan Ijan..dulu kami selalu dok sama2 kat situ..berkongsi cerita..makan2..nangis2..ketawa2..huh! rindunya.. T_T

ni asrama..gambar diambil masa pelajar2 telah mengosongkan asrama pada hujung tahun..jika pada hari2 biasa,pastinya jemuran itu akan meriah dengan kain2 yang dijemur serta baldi2 yang bertaburan..hehee


sapa ni? xkenal...xkenal..haha..
erm,ni la sebahagian pelajar putera yg sekelas ngan aku masa form 4 n form 5 (kelas 5 ibnu khaldun ~ sampai sekarang masih berasa pelik..kenapa kelas sains tulen dimanakan dengan nama Ibnu khaldun dan bukan Ibnu sina? bukankah Ibnu sina itu tokoh perubatan dan Ibnu khaldun pula tidak....hu2..kelas 5 ibnu sina disekolah itu adalah kelas budak perakunan)

sahabat2 yg disayang..hehe..rindu sama kamu...


masa raya...ni time kat umah azlan..cm besa kami sume selalu jalan ramai2..sekelas,putera dan puteri (masa form5...) rindunya saya... T_T


jejaka-jejaka..boleh pilih yang mana kau suka..hahaha
erm,gambar ni masa raya jugak..kat jalan keluar dari rumah azlan..cantiknya kampung itu...


sahabat..bilalah dapat jumpa kamu semula? semua dan bawa haluan masing2...waiting for our second reunion (first reunion - this raya - xdapat p sbb xbalek... T_T )

jeng3...inilah dia penyanyi nasyid sekolah..mereka2 ni juga adalah geng2 sekelas 5 ibnu khaldun ..(err ada sorang dak kelas ibnu sina.. ^^ )..
nampak je mcm tu tapi their voice,powerr....
*rindu nak dengar kamu nyanyi lagi... T_T *


ieman and emie.. ^^
budak pandai,struggle..hehee..



last pic...huh,akhirnya ada gak muka aku kat sini..hehee..
gambar ni diambil dipagi hari (sila tengok jam dalam gambar - 6.23 - kat semenanjung baru nak bangun solat subuh..hu2 ) masa nak pergi English Fest kat smk bugaya... ^^





naa... habis sudah!
sebenarnya masih terlalu banyak lagi gambar2 ni..gambar kat atas ni dipilih secara rawak je...
hanya nak kata bahawa aku rindu bangat ngan sekolah n segala2 yang disana..andainya masa boleh diputar sekali lagi,aku nak merasai kembali suasana ini walaupun hanya sekali..tapi aku tahu bahawa ianya adalah mustahil...

life must go on!


Eid 2010

Bismillahirrahmanirrahim..

before this I don't want to talk about eid celebration here but now,I do that because I've nothing to do
(don't believe it!..I have a lot of work to do actually.. ~assignment,project,revision... HaHaHa...oh,I like it!)

Nothing special actually in this Eid celebration because such a previous year, I just celebrate it here, so far from my hometown
(last year,I've celebrate eid in kulim ) however All praises to Allah coz I think that those who celebrate Raya here are so lucky because not all of us can feel it..feel the various feeling when celebrate our special day (raya) without our parents,siblings and relatives.only for those who chosen by Him only can feel it..hehe (boleh terima ke kata2 saya? bertuah ke kita...?

All of us who celebrate raya here are sabahan..erm,related to Sabahan, I want to talk you some story.the short story about me that I don't like when its happen.this story is about a race or etnich .BANGSA. In sabah,we have a lot of race and avery race has their own 'sub-races'..such me,My father is Bugis and enter the Bugis Bone 'sub-races'.. in additon,theres have a lot of Bugis sub-races such 'Bugis Andrekan,Bugis Bulukumba,Bugis Makassar and others. my mother's race is a 'Suluk Bisayak '

in Ktd (especially,those wo celebrate raya with me) much of them are in bugis categories like me. in the night before raya (malam takbir) we were prepare much of sabahan (especially bugis' taraditional foods) such Tumbuk,Burasak,likku and Sawalla .. however,even I AM a Bugis and sabahan but I Don't know how to prepare these food..and to speak the Bugis Languange also I DON'T KNOW !.. I just live with my mom n my mom never speak bugis language with us because she's suluk ethnik (aku bukan berlagak la..tapi aku betul2 xtahu..)

"betul bha kau tak tahu ni?bha..belagak lagi..."

"iya bha..namanya ni pun aku confused2 lagi.time raya manada kami buat makanan begini."

"bha..belagak lagi dia.."

"kenapa jugak kekok sangat kau buat buras tu?kau bugis kan?takkan kay ndak tau.."

"bha...mana-mana mu jak la.."

and,in pagi raya...

"baru aku tau ko orang sabah bha..kenapa slang mu ndak berapa nampak sabahnya?"

"bha kau ni..memang aku cakap melayu pulak..bahasa baku ba ni..ndak pandai aku speaking bugis.speaking suluk and bajau aku tahu la sikit-sikit.."

hurm..whatever your opinion to me,I'm not lie to you.to you all.
.(kamu tidak tahu kisahku! sudah banyak kali aku cakap.terpulang pada kamu mau percaya kah tidak..hanya mereka-mereka yang dekat n faham aku jak bha percaya..geramnya jugak..)

finish...

back to the title,Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin to all sabahan..thanks for make me thinking that ..
(aku adalah orang sabah yang rugi..cakap bahasa sendiri pun tidak tahu..orang lain sampai fasih 3-4 bahasa sabahan..tapi aku,satu pun ndak fasih..hehee..bertuah kamu ya! )



malam takbir..tangan masih melekit membuat tumbuk..best..first time ni..hehe


Dipagi raya..terkenang daku kepada sidia..isk3..sedey plak ingat family dengar takbir time ni..tapi best la jugak..experience tuu..xsemua dapat rasa.. (^_^")



gambar ni xde kaitan ngan raya..cuma terasa rindu tiba-tiba dengan mereka2 ini..housemate2 aku yg comel2 belaka..hehe (ops..kain2 yg disidai kat depan umah tu memburukkan suasana :p )

Thursday, August 26, 2010

sekadar meraikan diri sendiri



Bismillahirrahmanirrahim.

hari ini habis sudah 16 Ramadhan.
esok pula 17 Ramadhan.

17 Ramadhan itu hari Nuzul Quran
17 Ramadhan juga merupakan Hari lahir aku

17 Ramadhan 1411,maknanya mengikut kalender Islam aku kini sudah berumur 20 tahun.

aku sekadar meraikan diri sendiri,kerana selain aku mak aku juga sama-sama meraikan hari ini bersama aku.baru tadi mak call.first bro pun call..second bro pun call.alangkah sedihnya.sangat rindu dengan mereka.sangat rindu...rindu sangat...

aku sangat merindui mereka,17 ramadhan...

dulu aku tak macam ni.masa tahun pertama kat sini,tak pernah sekalipun aku menangis begini tapi sejak tahun ke-2 disini,macam-macam dalam fikiran...perasaan sayang dengan keluarga semakin bertambah dan sekarang..................aku rindu sangat dengan mereka........


Monday, August 23, 2010

Alhamdulillah


Alhamdulillah.

seorang sahabatku telah berhijrah ketudung labuh.
walaupun memakai tudung labuh itu tidaklah dikatakan sudah 'perfect'

namun ia adalah satu langkah menuju kesempurnaan dimata Allah

Alhamdulillah


“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

[surah al-Ahzab 33:59]





** sy sangat gembira.Alhamdulillah..