Showing posts with label Kisah teladan. Show all posts
Showing posts with label Kisah teladan. Show all posts

Wednesday, February 2, 2011

kisah : Mangkuk yang cantik, Madu dan Sehelai rambut


Assalamualaikum wbt. apa khabar? diharap semua sihat2 belaka..
bersyukur kerana malam ini masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas diatas bumi Allah ini, terima kasih, ALLAH..

malam ini ingin berkongsi suatu kisah nabi yang agak terkenal sebagai peringatan bersama.. juga untuk direnung2 kembali..may Allah bless us!






Rasulullah s.a.w. dengan sahabat-sahabatnya Abu Bakar r.anhu, Umar r.anhu, Uthman r.anhu dan Ali r.anhu bertamu ke rumah Ali r.anhu. Di rumah Ali r.anhu, isterinya syaidatina Fatimah r.anha puteri Rasulullah s.a.w. menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan, sehelai rambut terikut di dalam mangkuk tersebut. Rasulullah s.a.w. kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat satu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (mangkuk yang cantik, madu dan sehelai rambut)


Abu Bakar r.a: iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut ini.


Umar r.a: kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut.


Uthman r.a: ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan beramal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut.


Ali r.a: tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjadi tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sehingga dia kembali pulang itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut.


Fatimah r.anha: seorang wanita itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, wanita yang berpurda itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tidak pernah dilihat kecuali muhrimnya itu lebih sukar dari meniti sehelai rambut.


Rasulullah s.a.w bersabda: seorang yang mendapat taufik untuk beramal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, beramal debgan amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat amal debgan ikhlas itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut.


Malaikat Jibrail a.s: menegakkan tiang-tiang agama itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menyerahkan harta, diri dan masa untuk usaha atas agama sehingga akhir hayat itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha atas agama itu lebih sukar dari meniti sehelai rambut.


Allah azawajallah berfirman: syurgaKU lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini,nikmat syurgaKU lebih manis dari madu, dan jalan menuju syurgaKUdalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut.



Wednesday, January 19, 2011

kisah : kepala ayam untuk Ayah



Pada suatu petang, apabila si suami pulang ke rumah, dia terlihat isterinya yang tertidur disebabkan terlalu penat menguruskan kerja-kerja rumah. Lantas si suami tersebut mengejutkan isterinya untuk memastikan sama ada isterinya telah menunaikan solat asar ataupun tidak.

Apabila isterinya terjaga, dia menjawab bahawa dia telah menunaikannya sambil menyediakan makanan untuk suaminya iaitu sepotong kepala ayam. Lantas suaminya itu makan dengan berseleranya. Melihatkan suaminya begitu menikmati kepala ayam tersebut, si isteri lalu bertanya kenapa suaminya begitu gemarkan kepala ayam sedangkan dia dan anak-anak tidak menyukainya.

Maka suaminya menjelaskan bahawa dia menyukainya kerana dia tahu bahawa isterinya dan anak-anak memang tidak menggemarinya. Jadi dia mahukan isteri dan anak-anaknya masing-masing mendapatkan bahagian kegemaran daripada ayam tersebut. Dia berkorban untuk hanya memakan bahagian yang tidak disukai oleh mereka. Mendengarkan penjelasan daripada suaminya, si isteri lalu menangis mengenangkan pengorbanan yang tersimpan oleh suaminya.


__________________________________________


Iktibar yang dapat kita ambil daripada perkongsian kali ini adalah hargai mereka yang berada di sekeliling kita selagi mereka masih ada bersama kita. Jangan kelak mereka telah meninggalkan kita, baharu kita menyesali kerana tidak membahagiakan mereka. Kadang-kadang kita tidak menyedari pengorbanan orang lain kepada kita terutamanya orang tua kita sendiri kerana pengorbanan bukan sesuatu untuk ditonjolkan, tetapi untuk diberi.


note : sgt terkesan dengan kisah pendek ini (t_t)
sumber : CheAn