Bismillahirrahmanirrahim
kaifa halukum ya Ukhti,ya Akhi?
hal antum bil khair?
Hari ni merupakan ramadhan kita yang ke-4.Solan saya,bagaimana ya Ramadhan kita kali ini?adakah lebih baik dari sebelumnya?adakah lebih teruk dari sebelumnya?atau adakah sama saja keadaannya?marilah kita sama-sama bertanya diri sendiri kerana jawapan-jawapan itu hanya diri sendiri yang dapat menjawabnya.Jujurlah.jujurlah pada diri sendiri.
....Semoga Ramadhan kita kali ini akan lebih baik dari sebelumya....
rakanku,sahabatku,
marilah kita sama-sama menjadikan ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumya
rakanku,sahabatku,
mari kita sama-sama kuat-menguatkan dalam mengimarahkan bulan yang penuh mulia ini
rakanku,sahabatku,
mari kita sama-sama berusaha menjadi Hamba Allah yang selalu bersukur
rakanku,sahabatku,
mari kita sama-sama berusaha untuk menjadi hambaNya yang sentiasa Redha dgn ketentuanNya
rakanku,sahabatku,
mari kita mengejar dan mencari Cinta Allah,dengan bersungguh-sungguh!
Rakanku,sahabatku,
mari kita mendekat dengan Allah dengan bersungguh-sungguh!
rakanku,sahabatku
moga Ramadhan kita kali ini akan menjadi lebih baik dari sebelumnya.....
__________________________________
Alhamdulillah,
Alhamdulillah,
Alhamdulillah..
beberapa minggu kebelakangan ini,banyak yang aku diuji olehNya.bukankah ujian itu adalah nikmat?nikmat dalam ujian kerana dengan Ujian-ujian yang didatangkannya itu mampu membuatkan aku bertambah kuat.Alahamdulillah,terima Kasih Allah
Ujian dunia.tidak sampai 2 minggu yang lepas Allah izin duit aku hilang.tak banyak,hanya rm50. mungkin aku sendiri yang cuai.mungkin juga Allah yang Maha pengasih dan Penyayang itu ingin memberi peringatan kepadaku- bahawa aku amat jarang sekali bersedekah,maka diujinya aku.
dan beberapa hari yang lalu,ujian yang sama datang lagi.jika tempoh hari Allah izin duit yang hilang itu berjumlah 50,kini jumlahnya naik lagi iaitu rm60. maka dalam bulan ini saja aku telah kehilangan rm110. Alhamdulillah.semoga insan yang mengambil hak orang lain itu akan mendapat hidayah dan petunjuk agar tidak melakukannya lagi.aku yakin mereka yang mengambil hak orang lain itu lebih memerlukan dariku.tak apa,aku halalkan saja.
Mungkin bagi orang lain bukan mudah untuk menerima ujian seperti ini,apatah lagi dalam keadaan diri sendiri juga dalam keadaan yang memerlukan namun atas didikan ibu sejak kecil lagi,aku tidak merasa begitu berat.sejak kecil ibu mengajar "jangan ditangisi apa-apa yang hilang didunia ini kerana semua yang ada hanyalah sementara sahaja.apabila hilang sesuatu dari kamu,maknanya Allah nak uji,sejauh mana kamu akan mencariNya bila ditimpa kecelakaan dan apa-apa yang hilang dari kamu itu juga bukanlah milik kamu.yakinlah." pesanan itu kuingat sampai sekarang.ku aplikasikan dalam hidupku.Alhamdulillah...
Ujian hidup.ujian lagi apabila sejak akhir-akhir ini sifat pelupa aku semakin menjadi-jadi. jika hari itu aku terlupa untuk mengambil slip exam sehinggalah setengah jam sebelum masuk kedewan peperiksaan,kali ini aku lupa sekali lagi..aku terlupa hari lahir sahabat baik aku sendiri sehinggalah dia yang mennghantar mesej bertanyakan tentang sesuatu hal yang aku terlupa.puas aku berfikir.rupanya itu,hari Lahirnya semalam (13 Ogos ) .perasaan bersalah datang bertimpa-timpa dalam diri.bagaimana aku boleh lupa terikh lahir sahabat sendiri?
InsyaAllah suatu hari nanti aku akan menulis satu entri khas untuk dia.
terasa rindu datang tiba-tiba...rindu..
ya Allah,jadikanlah Ukhwah ini adalah keranaMu
jadikan kami bersahabat hingga kesana, ya Allah...
~Keadaan aspuri di dataran asrama smkats.antara maghrib dan isyak~
*Rindu*
No comments:
Post a Comment