Alhamdulillah,tahun baru datang lagi.2011,bersyukur kerana masih lagi diberi peluang untuk terus menjadi Hamba kepada Khaliq semesta Alam. bersyukur kerana masih lagi diberi peluang untuk bernafas dengan udara yang percuma ini, bersyukur kerana mata masih bisa melihat,kaki masih bisa berjalan, mulut masih bisa berkata-kata dan tangan ini, masih bisa menaipkan sesuatu yang insya-Allah boleh memberi sedikit input kepada diri sendiri dan pembaca.
Friday, December 31, 2010
Bila Tahun Berbicara
Alhamdulillah,tahun baru datang lagi.2011,bersyukur kerana masih lagi diberi peluang untuk terus menjadi Hamba kepada Khaliq semesta Alam. bersyukur kerana masih lagi diberi peluang untuk bernafas dengan udara yang percuma ini, bersyukur kerana mata masih bisa melihat,kaki masih bisa berjalan, mulut masih bisa berkata-kata dan tangan ini, masih bisa menaipkan sesuatu yang insya-Allah boleh memberi sedikit input kepada diri sendiri dan pembaca.
Wednesday, December 29, 2010
Rahmat Ujian untuk Syurga
Sunday, December 26, 2010
window 7 Screen Editor
Monday, December 13, 2010
My Future?!
Still in Exam mood. Two paper left. Now, since study week , I am still with my ‘new schedule’ ~ go to college in early morning everyday and just back home at 9.00/10.00 pm . so tired but I must do that, to ‘cover’ my final examination..
Second year, third semester, here. Took the course that I’m never meant to be before, meet with everyone that I’m never think that they will be my friend, here ... learn to accept everything that given to me with fullest, here... trying my best to draw a new better life, here...
Here, here, here....
Alhamdulillah..
____________________00O00_______________________
Thinking much,
Outside of my mind.huh!
As time running, day by day, time by time, I am always growing up, and yet, you also growing up such me.... Along the time, in our long journey, in our ‘growing up’ mission, we always striving and trying our best to achieve everything that we want. Sometimes, we try to get it by the right way but there’s time we dare to doing the forbidden things just to get what we want. Don’t you?
What actually our aim to live? Do we just live our life like others? Live without ‘something to get’?
Here, here, here...
there was time when I thought I was nobody, and there’s also time when I thought I was someone else..and now, what I always kept in mind is , I want to be somebody who is better than my current self. I want to be someone who could do what I enjoy the most and yet, does not make others feel trouble or miserable and still in the truth way. The only Truth way~ Imaan and Islam..
And now, once again the question cross my mind.Again, again and again..What my future-me will be?What actually I want to be in my future?
My future-me, not just here, but also there
‘there’?..
Yup! ‘there’
In hereafter.
"wahai Tuhan yang Membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati-hati kami didalam keimanan,dijalanMu, agar dapat kami bertemu denganMu kelak,di Akhirat yang abadi..."
~disana ada sungai-sungai madu dan susu yang mengalir tenang, dihiasi dengan permata marjan dan zabarjad yang berkilauan..sungguh! inginku kesana namun gusarku tak mampu..gusarku tidak diterima..lantas, what my future-me will be? ;((
Sunday, December 5, 2010
once again,aku tak mampu... -_-!!
Saturday, November 27, 2010
Sudah Biasa?
kita buat derk aje,
sebab kita dah biasa
bila kita lihat orang tak solat atau melambat-lambatkan solat
kita buat tak tahu aje,
sebab kita dah biasa
bila kita lihat orang dating sana-sini
pegang sana,pegang sini
kita buat-buat tak nampak aje
sebab kita dah biasa
bila kita lihat golongan muda tak hormat golongan yg tua
sekali lagi kita buat derk aje
sebab kita dah biasa
bila kita lihat sorang anak derhaka ngan mak bapak dia
sekali lagi kita buat tak tahu aje
sebab kita dah biasa
bila kita lihat pelajar tak hormat guru-gurunya
sekali lagi kita buat-buat tak nampak aje
sebab kita dah biasa
tapi sedarkah kita,
perkara yang sering dianggap 'biasa' itu
kadang-kadang boleh buat kita binasa
sebab selalunya
yang sudah biasa itu
semuanya menjurus kepada kebinasaan semata
oleh itu,
mari kita biasakan yang tidak biasa
dan tinggalkan yang sudah biasa itu...
janganlah hanya kerana sudah terbiasa
kita pun terus mengaggap semuanya
biasa-biasa sahaja
kerana sudah terbiasa
dan terlalu biasa!
boleh jadi apa yang sudah biasa pada kita itu
menjadi sesuatu yang luar biasa balasannya
pabila berada disana ,
disuatu tempat yang kita tidak biasa!
Monday, November 22, 2010
Bayang-Bayang
bismillahirrahmanirrahim....
Bayangkan anda sedang ber'dating' dengan kekasih pujaan hati pengarang jantung anda tu.. masa tu anda dan dia keluar bersama..berjalan bersama,makan bersama...berborak..ketawa.. bergurau..bersenda..ibarat dunia ni milik anda dan kekasih anda yang punya... bahagia bukan? bahagia...kan..?dan seterusnya bayangkan pula ketika anda sedang ber'dating' dengan si kekasih haram anda tu, tiba-tiba ada kereta yang datang dari depan anda..melanggar anda dan si kekasih pengarang jantung anda..dan selepas itu..anda tidak sedar apa-apa..sehinggalah tiba-tiba ada dua makhluk yang bernama Munkar dan Nakir membangunkan anda dan bertanya beberapa soalan dengan muka yang sungguh bengis dan menakutkan kepada anda...bayangkan..bayangkan..apa perasaan anda dimasa itu? mati dalam keadaan melakukan maksiat tanpa sempat bertaubat....masih bahagia kah anda dimasa itu..?
bayangkan anda sedang berbaring dibawah pusingan kipas angin yang begitu mendinginkan sambil melakukan perkara-perkara kesukaan anda..tidak kira baca novel,online,melukis, menulis atau apa-apa saja..bayangkan waktu itu adalah waktu petang selepas zuhur dan ketika anda tengah syok melakukan perkara-perkara kesukaan itu,tiba-tiba anda mendengar laungan Azan yang mengajak umat Islam untuk menunaikan solat Asar..dan diwaktu itu,anda hanya membiarkan Laungan Azan itu berlalu pergi dan anda terus-terusan melakukan perkara-perkara kesukaan anda itu dengan anggapan bahawa ''alaa..masih awal ni,sat lagi la aku g solat asar tu''dan bayangkan pula dalam keadaan itu,tiba-tiba dada anda berasa begitu sesak..sakit..pedih.. dan rupa-rupanya itu adalah saat-saat terakhir kehidupan anda...apa yang anda akan jawab apabila dua makhluk bernama Munkar dan Nakir itu bertanya kepada anda kelak? sengaja melewat-lewatkan solat tanpa sebab-sebab yang dibolehkan ...sehinggalah tiba-tiba maut menjemput anda..bukankah ajal itutidak mengira masa dan keadaan?
Wednesday, November 17, 2010
Pencil and Eraser
Pencil: I'm sorry....Eraser: For what? You didn't do anything wrong.Pencil: I'm sorry cos you always getting hurt bcos of me. Whenever I made a mistake, you're always there to erase it. But as you make my mistakes vanish, you lose a part of yourself. You get smaller and smaller each time.Eraser: That's true. But I don't really mind. You see, I was made to do this. I was made to help you whenever you do something wrong. Even though one day, I know I'll be gone and you'll replace me with a new one, I'm actually happy with my job. So please, stop worrying. I hate seeing you sad. :)
Saturday, November 13, 2010
sekejap lagi
Bismillahirrahmanirrahim.
Sunday, November 7, 2010
Aku ingin mencintai-Mu
Bismillahirrahmanirrahim...
Tuhan betapa aku malu atas semua yang kau beri
Padahal diriku terlalu sering membuatMu kecewa
Entah mungkin karena ku terlena sementara Engkau beri
Aku kesempatan berulangkali agar aku kembali
Dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghambakanMu
Betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMu
Aku ingin mencintaiMu setulusnya
Sebenar-benar aku cinta
Dalam doa dalam ucapan dalam setiap langkahku
Aku ingin mendekatiMu selamanya sehina apapun diriku
Kuberharap untuk bertemu denganMu yaa Rabbi
**************************
note : 3 minggu lagi FINAL....chayok2 aisyah!sy yakin kamu boleh............ :)
Sunday, October 24, 2010
Kesekian kali
Bismillahirrahmanirrahim
“... boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” [Al-Baqarah,2 : 216]
Sudah berkali-kali,berkali-kali,berkali-kali dan berkali-kali kuingatkan diriku ini,bahawa setiap segala perancangan dan pemberian Tuhan kepada makhluknya itu adalah amat cantik dan tersusun sekali,bahawa setiap segala sesuatu yang diberi dan ditentukannya terhadap setiap makhluk-makhluknya itu adalah yang terbaik sekali untuk diri mereka,untuk nasib mereka dan untuk masa hadapan mereka.kerana Allah itu Maha Mengetahui. Dia yang Khaliq itu Maha Mengetahui akan segala apa yang berlaku,Dia tahu apa yang telah berlaku,sedang berlaku dan malahan dia juga tahu apa yang akan berlaku.itulah Maha Berkuasanya Dia.
Namun hati dan jiwa yang lemah ini sering juga mempersoalkan segala Qada’ dan Qadar yang ditentukannya terhadap diri ini.masih berterus-terusan mempersoalkan segala takdir yang menimpa diri,walau adakalanya hati ini masih mampu terkawal lagi,namun ada kalanya iman yang lemah ini mempersoalkan lagi,lagi dan lagi..
Harusnya,mana syukurmu wahai Insan?
Tidakkah kau ingat bahawa Dia yang Maha Pengasih,Penyayang,Pengampun dan yang Maha Mengetahui itu amat menyayangimu?lihat sajalah,walau bagaimana teruk pun sikapmu terhadapnya Dia masih lagi sudi untuk memberikan kecintaanNya terhadapMu..walau seteruk manapun kau cuba untuk melupakannya,Dia masih lagi sudi untuk mengingatimu...kerana apa? Kerana Dia itu mencintaimu,kerana Dia itu mencintaimu, kerana Dia yang Maha Pengasih dan Penyayang itu mencintaiMu...
Adakah kau sedar wahai insan?
Harusnya jika begitu,Dimana syukurmu?
Kini sedarlah engkau, berjalanlah dengan penuh harapan walaupun hidup ini tidak selalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah engkau memberikan alasan walaupun hanya ingin menyatakan kebenaran dan hiduplah dengan Iman walau hari-harimu dipenuhi dengan dugaan dan berpeganglah kepada Allah walaupun Dia tidak kelihatan....
Bersyukurlah selalu.penuhi hari-harimu dengan sepenuh rasa syukur atas segala nikmat yang diberikan olehNya..dan selalulah mengingati diri bahawa semakin banyak nikmat yang diberikan olehNya,maka semakin banyak jugalah yang akan dipersoalkan diakhirat kelak...
Sedar-sedarlah wahai diri,
Bangkitlah engkau dari lenamu.bangkitlah engkau,bangunlah engkau...
***************
Semakin dielak,semakin dia datang menghampiri.semakin dihindar,semakin banyak yang datang. Maka terima sajalah,kan?
Bukan hendak bercerita tentang apa,apa-apa,kerana sebenarnya tiada apa-apa. Cuma hendak mengelakkan diri dari sesuatu yang semakin dielak,semakin banyak yang datang.
Apa ya?
~PROGRAM.
Ada apa dengan program? Datang program,mengurus program, jadi Ajk? Atau naib pengerusi? Atau setiausaha? Atau biro? Atau fasi? Atau apa-apa saja....ada apa dengan semua ini?
Ya,jangan terus dipersoalkan sesuatu yang sudah kau tahu akan jawapannya wahai insan,wahai insan bernama Aisyah...
Bukankah kau ingin menjadi seorang yang berfaedah? Jika tidak kepada orang lain,cukuplah kepada diri sendiri..oleh itu,sekali lagi bangkitlah dirimu.ikhlaskan dirimu, sesungguhnya segala sesuatu yang dilakukan olehmu pasti akan dikira,dihitung olehNya “Every deeds is accountable” ...ingat tu aisyah! Ingat sampai bila-bila.segala-galanya pasti akan dipersoalkan walaupun ianya sebesar zarah.
“ maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya), dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)” [Al-Zalzalah.ayat 7-8]
Beringatlah engkau sebelum mati wahai insan bernama Aisyah,kerana makhluk Allah bernama Ajal itu semakin dekat denganmu..
Sebelum mengakhiri post pada kali ini,saya ingin berkongsi sebuah hadis yang diriwatkan oleh At Thabrani yang baru saja saya baca dan cuba faham serta fikir-fikirkan didalam Mufakkiratul Mukminah 1431-1432 yang bermaksud :
“pada akhir zaman,umatku berpecah menjadi tiga golongan.satu golongan menyembah Allah dengan Ikhlas,satu golongan menyembah Allah dengan riak dan satu golongan lagi menyembah Allah dengan tujuan mencari makanan dari manusia. Tatkala Allah mengumpulkan mereka dihari kiamat,Allah bertanya kepada orang yang hanya mencari makan “Apakah tujuanmu beribadat kepadaku?” Maka dia menjawab , “dengan kemuliaan dan ketinggian-Mu,aku beribadat dengan tujuan mencari makan dari manusia.” Allah berfirman, “Tiada memberi manfaat apa yang telah dikumpulkan” maka dia dibawa keneraka.
Kemudia Allah bertanya kepada orang yang beribadat kerana riak.”Dengan kemuliaan dan ketinggian-Ku, apakah tujuanmu beribadat kepadaku?” dia menjawab, “Dengan kemuliaan dan ketinggianMu,aku beribadat kerana riak.” Maka Allah berfirman, “Tiada satu pun yang sampai kepadaKu.” Maka orang itu dicampakkan ke dalam neraka.
Kemuadia Allah bertanya kepada orang yang beribadat kerana Ikhlas,Dia menjawab “dengan kemualiaan dan Ketinggian-Mu,Engkau lebih tahu apa yang aku kehendaki.Aku menghendaki zikir kepadaMu dan berharap redha-Mu”, Allah berfirman “Benar Hambaku.” Dan diapun dihantar keSyurga. [HR.Thabrani]
Daripada ketiga-tiga golongan ini,kita termasuk dalam golongan yang mana?
Bagaimana amalan-amalan kita selama ini? Sebelum-sebelum ini?
Jangan hanya taksub mengikuti program itu dan ini,mengurus program itu dan ini, andai niat asalmu tidak dapat kau definisikan dengan sebaik-baiknya.
Selalulah analisa imanmu,
dan bagaimana amalmu,
dan bagaimana niatmu,
bangunlah dari lenamu.
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang Yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. “[Al-Baqarah,2 : 186]
Muhasabah,Jom!