Monday, January 31, 2011

Mari menjadi ProTaz dan ProZah



sekadar gambar hiasan...Mari menjadi ProTaz dan ProZah'



Bismillahirrahmanirrahim..
salaam alaykum to all,moga sihat2 sahaja :)

"eh, kamu ni belajar agama kat mana di kelantan?"

"Eh tak lah,saya amek sains komputer kat kelantan, makcik.."

teringat perbualan dengan makcik,beberapa minggu yang lalu~

dulu kami-kami (sahabat aspuri batch spm08) memang bercita nak masuk sana,satu tempat di Nilampuri - Kelantan. kiranya kami-kami itu ingin mengambil jurusan syariah atau apa-apa saja jurusan islami , memang sejak sebelum ini, ramai saja kakak-kakak dan abang-abang senior yang berada disana. Namun Allah izin, akhirnya Impian itu tidak kesampaian..masing-masing membawa haluan sendiri. 

Dan saya, terdampar dibumi ini, berseorangan. memang berada di bumi kelantan namun tempatnya bukan di Nilampuri itu, kolejnya juga lain. jurusan ? erm..jauh panggang dari api.  hanya teknologi yang menghubungkan kami-kami. saya redha, teringat kata-kata mak saya "bertemu dan berpisah kerana Allah, ce' "

sekali lagi, dulu kami-kami bercita hendak menjadi da'ie. oleh itu kena ambil jurusan agama-agama-agama. syariah-syariah-syariah . dan sewaktu dengannya. alahai! ceteknya pengetahuan disaat itu. maklumlah, tiada pengetahuan juga pendedahan yang baik.

mujur kini, saya dan kami-kami sudah mula mengerti. tugas-tugas da'ie itu tidak hanya dipegang oleh golongan agama-agama saja ,yang mengambil jurusan islami-syariah-Quran Sunnah-pengajian islam- sahaja. tidak.bukan. kau salah jika fikir begitu.

kerana tugas da'ie itu adalah tugas kita semua. tidak kira apa pendidikanmu. tidak kira apa jurusanmu. kau adalah seorang DA'IE ataupun PENYAMPAI DAKWAH. kerana itulah tanggungjawabmu.

Andai saja kau tidak bisa untuk menjadi seorang Ustaz, tidak apa, jangan bersedih kerana kau adalah seorang ProTaz = Profesional Ustaz dan jika kau tidak bisa untu bergelar Ustazah, tidak apa,jangan bersedih kerana kau adalah seorang ProZah = Profesional Ustazah . see, kamu-kamu dan kita semua adalah Ustaz,Ustazah ;)


...........................................................


Jika kita adalah seorang pakar perubatan, sebagai ProTaz ataupun Prozah , kita juga adalah seorang ustaz ataupun ustazah. jika kita adalah seorang pakar komputer, sebagai ProTaz ataupun Prozah kita juga adalah seorang ustaz ataupun ustazah yang mempunyai pengetahuan agama yang baik, serta menyampaikannya kepada yang tidak tahu-mengingatkan kepada yang sudah tahu. it's our duty.

memang ianya bukan mudah. cabarannya juga bukan sedikit, malahan berganda.namun kerana ia adalah tanggungjawab kita semua harus redha dan jalankan perintahNya dengan sepenuhnya. bukankah kita inginkan syurga? 

dan kamu-kami- kita sebagai bakal ProTaz dan Prozah, jangan pernah putus asa untuk menuntut ilmu Allah, seimbangkan ilmu dunia dan akhirat. bila kita sudah berjaya suatu masa kelak, jangan kita menjadi seorang profesional yang profesional sahaja. jangan kita menjadi pakar perubatan yang hanya boleh menjadi pakar perubatan sahaja. jangan kita menjadi pakar komputer yang hanya boleh menjadi pakar komputer sahaja, jangan kita menjadi pakar guaman yang hanya bisa menjadi pakar guaman sahaja. jangan kita menjadi pakar bahasa yang hanya bisa menjadi pakar bahasa sahaja.

tetapi marilah kita menjadi pakar perubatan, pakar komputer,pakar  guaman yang juga bisa menjadi pakar agama. yang juga bisa menjadi imam, menjadi muazzin, menjadi agen-agen penyampai dakwah dibumi Allah.

ada masanya, selamilah hikayat para ulama di masa lalu.mereka bukan sahaja expert dalam ilmu-ilmu yang mereka kaji (ilmu bintang, matematik , perubatan, dll) tetapi mereka juga adalah ahli dalam bidang agama. dalam masa yang sama, mereka juga adalah para Huffaz yang menyimpan 30 juzuk Kalimah suci Rabb seluruh alam di dalam qalbu mereka. subhanallah! sungguh hebat mereka-mereka itu.

dan kita? mari refleksi diri selalu, moga-moga petunjuk Allah itu akan selalu mengiringi hari-hari kita. Jangan pernah jemu untuk menuntu Ilmu, dengan niat dan cara yang betul .apa yang penting, mari kita sama-sama menjadi ProTaz dan ProZah :)



Jadual semester 4 yang masih belum dikemas kini
[kotak warna coklat menunjukkan kelas2 yang bertindan]
-'open image in the new tab' utk lebih besar-

Wallahu'Alam


Tuesday, January 25, 2011

melakar warna cinta diatas kanvas kehidupan yang basah...~



melakar warna cinta diatas kanvas kehidupan yang basah,
dan aku masih lagi disini,
menyanyikan lagu rindu pada ruang-ruang yang akan ku lalu
berharap agar esok,masih bisa ku bernyanyi,
atas nama cinta dan kasih-sayang itu

melakar warna cinta diatas kanvas kehidupan yang basah,
dan aku masih lagi disini,
bertemankan cahaya bulan dan bintang,
memintal benang-benang harapan,
pada impian masa lalu-yang masih berlum terlaksana
berharap agar esok, masih ada hari untukku
agar ku bisa, menggapai suci impian itu

melakar warna cinta diatas kanvas kehidupan yang basah,
dan aku masih lagi disini,
melukiskan warna-warna kasih dan sayang
kepada cinta diatas cinta,
melukiskan warna-warna , penuh harap dan redha
atas ketentuan kepada cinta diatas cinta
berharap agar suatu hari nanti,
akan ada suatu pertemuan antara aku dan diriNYA



"Barangsiapa yang mencintai pertemuan dengan Allah, Allah pun mencintai pertemuan dengannya....."(HR-Bukhari)

AnaAisyah [25/1/11 - 12.29 am]




Wednesday, January 19, 2011

kisah : kepala ayam untuk Ayah



Pada suatu petang, apabila si suami pulang ke rumah, dia terlihat isterinya yang tertidur disebabkan terlalu penat menguruskan kerja-kerja rumah. Lantas si suami tersebut mengejutkan isterinya untuk memastikan sama ada isterinya telah menunaikan solat asar ataupun tidak.

Apabila isterinya terjaga, dia menjawab bahawa dia telah menunaikannya sambil menyediakan makanan untuk suaminya iaitu sepotong kepala ayam. Lantas suaminya itu makan dengan berseleranya. Melihatkan suaminya begitu menikmati kepala ayam tersebut, si isteri lalu bertanya kenapa suaminya begitu gemarkan kepala ayam sedangkan dia dan anak-anak tidak menyukainya.

Maka suaminya menjelaskan bahawa dia menyukainya kerana dia tahu bahawa isterinya dan anak-anak memang tidak menggemarinya. Jadi dia mahukan isteri dan anak-anaknya masing-masing mendapatkan bahagian kegemaran daripada ayam tersebut. Dia berkorban untuk hanya memakan bahagian yang tidak disukai oleh mereka. Mendengarkan penjelasan daripada suaminya, si isteri lalu menangis mengenangkan pengorbanan yang tersimpan oleh suaminya.


__________________________________________


Iktibar yang dapat kita ambil daripada perkongsian kali ini adalah hargai mereka yang berada di sekeliling kita selagi mereka masih ada bersama kita. Jangan kelak mereka telah meninggalkan kita, baharu kita menyesali kerana tidak membahagiakan mereka. Kadang-kadang kita tidak menyedari pengorbanan orang lain kepada kita terutamanya orang tua kita sendiri kerana pengorbanan bukan sesuatu untuk ditonjolkan, tetapi untuk diberi.


note : sgt terkesan dengan kisah pendek ini (t_t)
sumber : CheAn