Tuesday, September 25, 2012

...lukisan hati... (middle part)





Petang yang tenang itu Yasmeen duduk bersendirian diatas kerusi batu ditepi tasik itu. kepalanya mendongak sedikit mengambil udara petang sambil bibirnya mengukirkan senyuman. hari ni, dah genap tiga bulan dia menjadi tunang kenapa Azmi. dia tersenyum lagi . tidak menyangka yang Azmi begitu serius untuk berkahwin dengannya

seketika dia kembali melihat sketch book diribanya. lukisan separa siap itu diteruskan dengan pensil mekanikal yang berada di tangan kanannya

"bahagian rambut tuh, betulkan sikit" Yasmeen tersentak mendengar suara itu. cepat-cepat dia menutup lukisan di ribanya seraya menoleh ke arah suara itu dan tersenyum.

"Nak tengok..." sambung Azmi

"Tak nak..tak boleh"

"Nak tengok jugak."

"Tak boleh,la..orang tak suka orang lain tengok lukisan orang."

"kedekut." balas Azmi "kau rindu aku ea?"

"eh, mana ada..tak ade makna nak rindu ko.."Balas Yasmeen

"Eleh..kalau tak rindu buat apa lukis muka orang??" sakat Azmi lagi. dia tersenyum "Tapi bahagian rambut tuh, betulkan sikit..banyak macho aku dengan rambut macam ni, kenalah lukis baik-baik." ketawa. dia melabuhkan punggung ditepi Yasmeen seraya menghulurkan air kotak perisa mangga kepada tunangannya itu

"eii..perasannya mamat ni..mana ada orang lukis muka dia.wekk"

"haha..yelah..tak payah nak cover-cover la cik Yasmeen.." balas Azmi tersenyum


"Meen.."

"Yup?"

"Meen.."

"Yup?"

"Yasmeen.."

"iye encik Azmi..saya disini..awak nak ape?" balas Yasmeen seraya menoleh kearah Azmi disebelahnya. seketika dia menyambung kembali lakaran potret sebentar tadi

"bahagian rambut tu, betulkan sikit..lukis tuh biar cantik..nanti boleh orang simpan." jawab Azmi selamba

"ni, tengah betulkan lah ni..tapi taknak lah bagi kat ko"

"nape pulak? kedekut"

"nak simpan la..buat kenangan." Jawab Yasmeen sambil tersenyum.meneruskan lakarannya

"Meen"

"yup?" jawab Yasmeen tanpa menoleh

"Dah tiga bulan kita tunang."

"Iye.."

"Dan dah 2minggu kita tak jumpa.."

"Iye.."

"Meen, tengoklah sini..tinggalkan lukisan tu kejap"

"Tak nak..nak lukis jugak" Balas Yasmeen sambil menahan senyum.

"Meen, tengoklah sini" panggil Azmi lagi .

"tak.nak."

"Meen.."

"Ha..yelah..aku tengok la ni..janganlah nak buat muka seposen pulak" jawab Yasmeen seraya menoleh "Awak nak ape?"

"Kejap awak, kejap kau,kejap aku, kejap saya..ish..tak betul lah Bm kau ni Yasmeen..spm dulu dapat berape ek?"

"Ek eleh mamat ni..banyak komen pulak..nak ape?"

"Yasmeen..kita tunang dah tiga bulan,kan?"

"yaaa...jadi? nak kawen esok ke? haha"

"hee..tak..bukan." Balas Azmi. dia menarik nafas dalam sambil menutup mata

"habis tu?" tanya Yasmeen..pelik dengan gelagat Azmi yang sedikit berbeza hari itu. "Nak kawen lusa?" tersenyum

"bukan.."

"haa..yelah.tahu lah bukan. jadi?"

"Yasmeen, kita putus ya?" balas Azmi. wajahnya serius

"Hah?! what? putus?" terkesima dengan jawapan Azmi. hampir terlepas sketch book ditangannya

"yup. aku tak rasa pun yang kita ni patut kawen..aku rasa kita patut jadi kawan je..bestfriend..macam dulu-dulu." jawab Azmi dengan lagak selamba seraya dia berdiri "nanti aku minta parents aku datang jumpa parents kau untuk bincangkan hal kita." sambungnya ." Aku pergi dulu Yasmeen, maafkan aku"

Yasmeen hanya memerhati gerak langkah Azmi yang semakin menjauh. hatinya terasa perit dan pedih. perlahan-lahan air matanya mula menitis, membasahi potret wajah azmi yang hampir siap itu."Azmi...tapi,kenapa?" :(