Monday, March 5, 2012

ini cerita hujan




ini cerita hujan. hari yang hujan. awan yang hujan. sehujan hati ku ini.

bismillah..Assalamualaikum..

isnin, hanya ada satu kelas saja. vB.net . masuk kelas awal..keluar balik.print esaimen. masuk kelas. lecturer minta semua siapkan esaimen lab.kena siapkan sebelum keluar dari pintu diakhir masa nanti. yelah, mestilah keluar dari pintu, takkan dari tingkap kot, tingkap takde :P

balik kelas, aku balik umah. sendiri. makan dan baring. bila aku baring,sedar-sedar mata aku dah tutup, dan setengah jam kemudian ia celik semua. bangun dan bersolat asar. kat ruang tamu kawan-kawan aku sibuk menyiapkan prototaip untuk projek subjek Pap .

"kau kan dah jadi tukang design, jadi xpe, biar kitorang yang siapkan benda ni"
eh, sejak bila aku jadi designer ni? jadi perosak je boleh la.. :P

selesai bersolat aku join drg, duduk kat ruang tamu. kacau drg buat kerja. ya!mengacau orang adalah hobi aku, hehe :D ..lagi best masa orang tu tengah buat kerja.. heeee~

ok, back to the tajuk. ini cerita pasal hujan.

kisahnya tentang hujan.

malam tadi, baru sebentar tadi, ada kelas.kelas Mis. aku dari petang lagi dah mengidam nak makan burger, jadi memang dah rancang, balik kelas nanti, pegi kedai burger sebelum balik umah..tapi, tapi..hujan .. hujan turun dengan lebat

semua lari.kawan-kawan aku lari. aku lari juga walau sebenarnya aku tak boleh lari. lagi-lagi lah masa hujan, hujan, sejuk dan lari...aku memang tidak boleh. nafas aku terasa sesak dan kawan-kawan yang lain semakin jauh meninggalkan aku. mereka lari laju.

dekat simpang, kazen (cousin) aku berdiri. simpang tu umah dia. umah sewa dia lebih dekat dari rumah sewa aku. dia hulur payung. aku senyum, sambut dan berhenti berlari. dalam hati aku bersyukur. syukur sangat.. tiba-tiba datang pertolongan Allah .. jika tidak, sudah tentu sakit aku datang lagi. siksa.


itu cerita tentang hujan, hujan dari awan

dan aku, bila sampai rumah, terasa rindu tiba-tiba. terasa hujan di hati. aku buka laptop. dan terlihat sesuatu. gambar. ya, gambar. gambar dia.

dan hujan, hujan dari mata perlahan-lahan turun mencurah. juga hujan dari hati. juga hujan dari luar.


ya Allah, berikan aku pelangi yang indah, berikan aku ya Allah, akan pelangi yang indah.

hujan ini sakit. sangat menyakitkan aku.


..................



No comments: