Saturday, May 7, 2011

ya Allah, berikanlah kekuatan kepadaku ...

Bismillahirrahmanirrahim

ya Allah, berikanlah kekuatan kepadaku untukku meneruskan hari-hari mendatang~

semalam, baru berakhir Dinner Amits' Gala Nite anjuran pelajar-pelajar kursus komunikasi Data dengan kerjasama persatuan Amits. AJK masing-masing dengan kegembiraan mereka kerana tanggungjawab untuk menguruskan program itu telah berakhir, semalam. tetapi, aku sebagai setiusaha ini masih ada lagi tanggungjawab yang belum selesai.. report,oh! report.. kena hantar report ke bahagian Hep kolej. ok,xpe. hal kecil saja.


dinner



insya Allah, 25 mei bulan ini exam akan berlangsung tetapi paper aku start 28...lepas tu cuti seminggu dan sambung lagi pada 5,6,8,9,10 jun. ya Allah berikanlah kekuatan.

sebentar tadi, kakak aku call dan ajak aku balik....dalam minggu depan, sebab ayah aku dah semakin tenat.cakap dalam fon pun lain-lain saja..aku jadi takut. dah beberapa minggu ayah keluar masuk hospital dan beberapa hari ini, ayah dah tak lalu nak makan..makan sehari sekali saja, itupun sepinggan pun tak habis! ya, Allah berikanlah kesihatan kepada ayahku.

exam semakin hampir, jika ada apa-apa yang berlaku dalam masa terdekat ini, pada ayah aku (dan aku harap dijauhkan segalanya) aku terpaksa balik...... ya Allah, berikanlah kekuatan dan ketabahan kepada kami sekeluarga. berikanlah rahmat dan kasih-sayangMu, ya Rabb..


2 comments:

HaDi said...

Semoga dipermudahkan segala urusan dan diangkatkan penyakitnya dari ayahanda...

Aisya Whatever said...

terima kasih..hajat doa.. t_t