Friday, May 20, 2011

If only you could heal my heart...just one more time



note : adapun tajuk entri ini, tiadalah kaitannya dengan entri dibawah


.....kala ini, ayah masih berada di wad hospital..mujur bukan di wad ICU , tetapi keadaan ayah tetap teruk seperti sebelum ini. sambung air...tambah darah ..itu perkara biasa semenjak ayah dimasukkan ke wad lebih kurang sebulan yang lalu.

ibu kata, ayah kena berada dihospital dalam 3 atau 4 bulan lagi, sebab ayah tak bolleh tinggal dirumah, kena sentiasa dalam pemantauan doktor. dan sepanjang waktu itu ,hanya ibu yang menjaga ayah, siang dan malam

abang pertama kadang-kadang je datang melawat..abang kedua pulak still kat kl, dia kerja.. hajatnya seperti tak mahu balik ke kampung.. kakak aku pun kat kl juga tapi hari ini dia balik sabah, insya Allah... dia minta cuti seminggu sebab nak lawat ayah dan jaga ayah walau sekejap.. dah lama kakak tak balik

dan aku...aku masih disini..final exam lagi 7 hari, insya Allah...dan final aku habis pada 10 jun, aku balik sabah 14 jun,insya Allah.. oh! tak sabar aku nak balik.. aku rindu dengan keluarga ku, rindu ayah dan ibu..

ya Allah, berikanlah kesihatan kepada ayahku, dan berikanlah kekuatan kepada ibuku dalam menempuh segala ujian dan dugaan dariMu ya Rabb... ibuku sangat tabah dan aku amat kagum dengan ketabahan dan kesabaran ibuku... balaslah syurga kepada ibu dan ayahku kelak, ya Rabb..


seandainya diberi pilihan, aku lebih ingin aku pergi menghadap ilahi terlebih dahulu sebelum ibu..ataupun ayahku..................... dan inilah doaku selalu sejak aku berumur 9 tahun lagi... tak sanggup kehilangan ibu tercinta...





note2 : semalam aku termimpikan 'dia'... kami bersolat subuh bersama, dan tidak lama selepas itu, aku terjaga dari tidur.. ya Allah! apakah ini?

...sedikit terganggu dengan macam-macam... oh!kekuatan...hadirlah dikau menemani...

3 comments:

syieda said...

insyaAllah ayah Aisya sht selalu...salu la call mak tnya khabar..ilang cikit rindu and susah hati...

n goodluck for your exam ^_^

*follow u dear

Ibnbakr said...

Syafakallah...
Moga Allah permudahkan segala urusan.. InsyaAllah..

Aisya Whatever said...

kak syieda : thank sis.. ^^

ibnbakr : syukran ^^