Friday, February 25, 2011

cinta yang mana ?




Suasana petang itu begitu redup sekali.angin bertiup perlahan dan burung-burung berterbangan riang menuju pulang kesarang. Shauqi berjalan perlahan,lemah dan sayu dia melangkah namun digagahkan juga. Air mata lelakinya terburai lagi.biarlah! biarlah mereka kata dirinya lemah yang penting dia sudah nekad untuk membuat keputusan itu.dia sudah nekad untuk melepaskan Suraya walaupun hatinya tetap merasa pedih dan hiba.


“apa salah saya pada awak?mengapa awak tergamak nak putuskan hubungan kita.?”Suraya bersuara. Marah. Geram. Semua bergabung menjadi satu.


“sebab saya tak menemui apa-apa bersama awak,Suraya. Saya sedar selama ni saya dah banyak terleka dengan kenikmatan cinta duniawi yang menipu ini.” Jawab Shauqi. Dia merenung padang yang luas terbentang dihadapannya. Angin petang yang bertiup langsung tidak dapat memberi ketenangan kepada hatinya.Betapa dia memerlukan kekuatan jiwa ketika ini.


“selama ni awak anggap saya sebagai apa,Shauqi?sebagai perempuan simpanan awak saja ke?sudah puas awak bawa saya kesana kemari,sekarang senang-senang awak nak putuskan pula perhubungan kita? Suraya kembali bersuara. Dia merenung tajam kearah shauqi dengan kemarahan yang ditahan-tahan. Kenapa lelaki dihadapnnya ini tergamak memutuskan perhubungan mereka yang telah bermula tiga tahun lalu? Perhubungan yang telah bermula sejak mereka berada ditahun pertama pengajian lagi. Kini,setelah berada ditahun akhir,mengapa lelaki ini tergamak sekali memutuskannya? Bukankah mereka telah berjanji untuk mendirikan rumah tangga setelah tamat pengajian kelak?


“selama ni saya dah banyak buat dosa terutamanya ketika bersama awak. Saya datang kesini untuk mencari sebuah kekuatan tetapi awak dah musnahkan kekuatan saya itu.sekarang saya nak putuskan dengan awak dan saya nak kembali kejalan yang benar.” Shauqi menjawab dengan yakin. Dalam hati dia beristighfar dan meminta kekuatan dari Tuhannya.


“kembali kejalan yang benar? Oh, maksud awak taubat?” suraya menoleh lantas dia ketawa terbahak-bahak.Jawapan Shauqi sebentar tadi cukup menggelikan hatinya. Rambutnya yang lurus terurai diselak kebelakang. “orang macam awak ni pun pandai taubat jugak ke?”dia ketawa lagi. Shauqi hanya memerhati.Sesekali dia mengeluh.’ Oh Tuhan,berikanlah aku kekuatan’ monolognya.


“Dah lah suraya. Tak de guna saya layan perempuan macam awak ni.daripada saya terus-terusan bercinta dengan awak,terus-terusan membuat dosa dan maksiat bersama awak,lebih baik saya mencari sesuatu yang lebih berfaedah untuk menghabiskan sisa-sisa umur saya di dunia ni. “ balas Shauqi. “Awak pergilah bertaubat.” Sambungnya lagi dan selajur dia berlalu pergi meninggalkan suraya bersendirian disitu.


“Shauqi.awak tak boleh buat saya begini. saya cintakan awak.”jerit Suraya tetapi jeritan itu tidak diendahkan olehnya. Shauqi terus berjalan tanpa menoleh kearah wanita itu. Air matanya mula bercucuran. Dia tidak tahu mengapa air mata itu perlu mengalir . adakah kerana dia gembira kerana telah dapat memutuskan perhubungan terlarang itu sebentar tadi? Atau adakah dia menangis kerana sedih diatas perpisahan itu?





Muhasabah. Shauqi mengalirkan air mata lagi. Air mata keinsafan diatas segala dosa-dosa yang pernah dilakukannya selama ini. Mungkin, jika mereka melihat tangisanku ini,pasti mereka akan ketawa kerana aku adalah seorang lelaki. Seorang lelaki yang patutnya lebih tabah dan bersifat ‘kebal’ pada tangisan tetapi kini, di hadapan Tuhanku aku bukanlah sesiapa lagi melainkan seorang hamba yang lemah. Seorang hamba yang berlarutan melakukan dosa dan noda. Melakukan maksiat.


Dia. Dialah wanita yang telah membuatku lemah. Membuatku hancur. Membuatku jatuh kelembah kehinaan ini namun mungkin ini juga adalah salah diriku sendiri. Kenapa aku boleh tergoda dengannya? Ya Allah,aku tak pernah mendapat didikan agama yang baik. Aku tak pernah tahu tentang semua ini. Tentang dosa-dosa yang telah aku lakukan ini. Kenapa Engkau temukan aku kepada seorang wanita yang telah menghancurkan hidupku? Yang telah mendatangkan fitnah dalam hatiku? Mengapa Engkau tidak temukan aku dengan sorang wanita yang mampu membimbing insan jahil sepertiku ini? Aku lemah ya Allah. Aku lemah dengan makhluk bernama wanita itu.


Shauqi menangis lagi. Air mata penuh hiba dan penyesalan. Kepada siapa dia boleh mengadu? Siapa yang sudi mendekati insan yang sosial sepertinya?siapa yang sudi mendekati seorang mat rempit yang sudah terkenal dengan bermacam-macam perangai buruk diuniversiti tempatnya belajar itu? Apa yang dilihatnya semua golongan-golongan ‘soleh’ di tempatnya belajar itu hanya bertindak seperti menutup mata apabila berjumpa dengan mereka malahan ada yang memandang jijik dan hina terhadap kelakuan-kelakuan buruk mereka. Mengapa mereka tidak mendekat saja? Mengapa mereka hanya berda’wah diantara mereka saja? Mengapa mereka hanya ingat-mengingati antara mereka saja?dimana tanggungjawab mereka untuk memberi peringatan dan berda’wah dengan insan-insan seperti kami? Itulah kesalahan nyata bagi golongan-golongan mereka yang kulihat.


Telefon yang berbunyi nyaring menyedarkan Shauqi dari menungnya. Baru sebentar tadi dia melakukan solat sunat taubat walaupun tergagap-gagap membaca surah yang baru dihafalnya dari buku ‘panduan lengkap solat fardhu dan solat-solat sunat’ yang dibelinya dua hari yang lepas. Dengan malas dia bangkit dan mengambil telefon tanpa wayar itu. Nama Suraya tertera sebagai pemanggil. Shauqi meletak kembali gajet tersebut lantas kembali berteleku di tikar sembahyang. Dia memilih untuk tidak menjawab panggilan itu tetapi sekali lagi tefonnya berbunyi. Kali ini dia menerima satu mesej. Juga dari suraya.


Npa xangkat fon ! sy ada pkr pnting nk bgtau awak !


Shauqi merenung jam didiniding biliknya yang samar-samar.4.25 am. Pantas dia menekan punat off pada gajet tersebut tetapi sepantas itu jugak panggilan dari Suraya masuk lagi.


“awak ni kenapa nak ganggu saya lagi? Kan dan pukul 4 pagi ni. Orang nak tidur la.” Bohong shauqi. Entah macam mana lagi dia nak mengelak dari wanita tersebut. Dia memang bernekad untuk menukar nombor telefon sejak dia memutuskan hubungan mereka tempoh hari namun waktu saja yang belum mengizinkan lagi.


“saya nak awak jumpa saya sekarang jugak.!” Suraya menjerit. Suaranya bergema. Shauqi tekejut dengan tingkah suraya itu. Adakah wanita ini sudah gila?


“eh, saya dah tak de apa-apa lagi dengan awak,perempuan ! jadi tiada sebab untuk saya jumpa dengan awak sekarang.” Dia hilang sabar. Sifat panas barannya kembali menerjah dengan jeritan suraya sebentar tadi.


"Awak tak reti tengok jam ke,suraya? Sekarang ni dah pukul 4 pagi,awak pergi bersolat dan berdoa banyak-banyak lagi baik daripada awak ganggu hidup saya ni” Sambungnya lagi.Suaranya kembali mereda.


“Eh Shauqi! Kau jangan nak buat-buat baik kat depan aku ya. Kalau kau tak datang jumpa aku sekarang,aku gugurkan kandungan ni.” Balas suraya. Suaranya masih meninggi.


“hah !???kandungan?” shauqi kehairanan.Kebingungan. Perlahan-lahan dia menjadi takut.


“Eh,Shauqi,lebih baik kau datang jumpa aku sekarang kalau tak aku gugurkan kandungan ni. Kau jangan lupa,kau dah banyak kali tidur dengan aku dan kau jangan harap kau boleh lepas dari aku begitu saja. Aku ada hak terhadap kau. Faham ! “ suraya menjerit lagi seraya memutuskan talian telefon. Shauqi kebingingan. Ya Allah,apa aku dah buat ni? Ya Allah, banyakknya dosa yang aku dah lakukan pada Mu,kenapa aku boleh jadi seteruk ini?


Shauqi menangis. Dia kebingungan. Mana mereka semua pergi? Mana kawan-kawan yang dulu setia bersamaku? Apa yang patut aku lakukan? Aku buntu,aku jahil.Shauqi menangis lagi. Pantas dia mengambil kunci motornya dan turun ke tingkat bawah apartment yang dihuninya bersendirian. Aku akan jumpa suraya. Aku taknak buat dosa lagi. Ya Allah,aku telah melakukan zina,ya Allah aku telah melakukan sesuatu yang Engkau amat membencinya. Mengapa baru kini aku sedar tentang semua ini? Alangkah teruknya diriku. Shauqi menangis lagi. Dia meraung sendirian ditingkat bawah apartment itu. Dia amat membenci dirinya sendiri. Pak cik guard yang bertugas ketika itu hanya memerhati dari jauh. Mungkin memikirkan bahawa dirinya gila.


to be continue .....


1 comment:

Shinichi said...

cpt la sambung....huhu