Wednesday, January 5, 2011

Selingan 170 minit

gambar dari google. sempat juga menangkap gambar dari Hp lebih kurang camni,tapi xbawa cable so xle transfer kat laptop(bluetooth laptop xle guna)


170 minit.seat 30,B. yang didepan sibuk dengan DSLR, tak henti-henti mengambil gambar pemandangan diluar tingkap. yang dibelakang 2 orang. sibuk dengan bayi-bayi mereka. bayi-bayi yang menangis saja senjang 170 minit itu.ah!sungguh membingitkan, namun apakan daya manusia kecil itu tidak dapat berfikir lagi. menoleh keluar, kerusi disebelahnya kosong, disebelahnya lagi mat salleh.toleh ke tingkap,seat 30,A kosong.tidak berpenghuni. lantas usai saja wanita berbaju merah itu mengira bilangan 'passanger' dia beralih tempat ketingkap. mat salleh melihat saja. bekal makanannnya diletak dikerusi kosong itu,yang tadi menjadi kerusinya.

170 minit.itu bukan kali pertama baginya,malahan sudah berkali-kali.namun kali ini dirasakan begitu berbeza sekali. mungkin kerana sebelum ini dia berteman,maka masa 170 minit itu hanya dihabiskan dengan berborak,dan tidur. namun kali ini tidak,otaknya ligak berfikir,tentang persekitaran 170 yang sesungguhnya, sangat menginsafkan.

bermula dengan 5 minit pertama, dia berfikir lagi. teringat kembali segala prinsip-prinsip bendalir yang yang dipelajarinya dalam mata pelajaran fizik beberapa tahun yang lalu.prinsip bernoulli,kalau tak silap inilah salah satu prinsip yang membolehkan benda besar yang bersayap itu terbang, dilangit tinggi.ah!fizik, dia hanya ingat sipi-sipi saja, mungkin kerana bukan itu bidangnya kini.

10 minit, 15 minit berlalu. bumi mulai mengecil. terasa seperti sebuah lanskap yang lengkap dengan kenderaan-kenderaan yang bergerak,berserta bangunan-bangunan dan pokok-pokok hijau. dia terganggu. bayi-bayi dibelakangnya menangis lagi. mungkin tidak tahan dengan tekanan yang berlaku ketika benda bersayap itu mula menaik ke atas. bagi sesetengah orang, telinga akan berdesing ketika perubahan tekanan udara itu berlaku, ketika benda besar bersayap itu hendak naik dan turun.

30 minit. yang didepan masih lagi dengan DSLR nya, sibuk mengambil gambar sepanjang 170 minit. eh, tapi bukankah sudah dipesan untuk tidak menggunakan apa-apa barangan elektronik sepanjang 170 minit itu? ah!sudah..biarkan saja dia dengan misinya, selagi tiada anak kapal yang melihatnya.

berfikir dan terus berfikir. bertasbih . takjub berkali-kali. mungkin jika dikatakannya kepada kamu, reaksi kamu biasa-biasa saja. sebab itu bukan benda baru, ramai orang sudah merasainya. namun harus juga.

Bagaimana jika Allah tidak memberi pinjam sedikit IlmuNya yang amat luas itu kepada manusia? adakah hidup kita akan semudah kini? mampu kesana-sini dengan begitu cepat,sehingga boleh "terbang" diudara. sungguh Maha Pemurah Dia, kan. dengan sedikit ilmuNya yang dipinjamkan kepada manusia itu, bermacam-macam yang kita boleh nikmati.

Subhanallah!

kenapa masih ada yang tidak bersyukur,dan berfikir?

subhanallah!

Alhamdulillah!



"Ambilah ibrah ibrah (pelajaran darinya) wahai bagi orang-orang yang celik mata hatinya (berfikir)"
Al Hasyr 59; 2


"Allah yang memindahkan malam menjadi siang – yang demikian itu terdapat ibrah (perumpamaan) bagi bagi orang-orang yang celik mata hatinya – (berfikir)"
An-Nur; 44


note1 : tak faham apa yg saya tulis? cuba fikirkan lagi :)
note2 : jadikan apa2 yang dilihat dimata itu, sebagai Ibrah..semoga keimanan dan ketaqwaanmu bertambah.. :)
note3 : note3 xde...hanya note1 dan 2 :P

1 comment:

Menusuk Hati said...

60 mnt d rasakan bagai setahun,inikan pula 170 minit...oh..lg bek nek kapal laut wlupun seminggu..