Saturday, February 13, 2010

hidup lagi

cuti mid sem selama seminggu...bersyukur kepada Allah kerana masih memberi nyawa kepadaku pada hari ini dan paling bersyukur sekali kerana aku masih lagi diberikan nikmat Islam sebagai cara hidupku.Alhamdulillah.

semalam aku bertolak dari kota bharu kelantan pada pukul 9 malam.jujurnya aku memang tiada mind setting nak balik sehinggakan pada pukul 7.15 malam semalam,aku masih lagi duduk bersantai sambil berborak-borak dengan chell dalam keadaan belum mengemas apa-apa barangku walaupun bas akan bertolak ke stesyen putra pada pukul 9 malam dan kereta sewa yang akan datang mengambil aku untuk ke stesyen bas akan sampai pada pukul 8 malam.

aku tidak keseorangan.aku pergi dengan kak aiey sebenarnya,pelajar semester 4 yang juga beraal dari sabah seperti aku.aku sengaja ajak dia untuk stay kat rumah kak aku masa cuti mid sem seminggu ni untuk menambahkan kemeriahan cuti ku.yeke?

sepanjang perjalanan 8 jam tu,aku rasa tersiksa sekali.biasanya kalau pergi jalan jauh macam ni aku akan mengalami mabuk perjalanan tetapi kali ini aku tidak diuji dengan itu tetapi sesuatu yang lebih mencabar-kekejangan kaki.aku tak tahu la macam mana boleh jadi yang penting sepanjang perjalanan tu aku tak dapat tidur dengan lena kerana kejang tu.Allah uji.sampai je stesyen putera dalam pukul 6 pagi.cepat-cepat pi cari surau untuk solat subuh,boleh rehatkan badan sekali.

akak aku datang ambil pada pukul 9 pagi.punyalah lewat..dah la lapar ni.sampai je umah dia terus gi makan + online + tido ...hm

dan baru sebentar tadi aku stay kat balkoni tu melihat bunga api yang diaorang lepaskan kat tengah-tengah bandar.esok kan raya cina,jadi hari ni kira macam 'malam takbir' lah bagi diaorang.ya tak?



honest and true,aku sebenarnya tak suka dengan suasana bandar besar macam ni dan aku lebih suka suasana kampung yang aman,damai,sentosa..hm,suasana alam yang menyegarkan.tak sabar nak menghabiskan cuti ni dan memulakan sesi kuliah lagi..

2 comments:

Thahar said...

Laa. biasalah. Duduk 8 jam dalam bas. haha.

Best apa. Aku banyak kali balik pergi Putra. Hidup je lagi ni. haha.

Perindu_Ilahi said...

tak biasa naik bas lama-lama..mak n akak suru naik flight je p kl,nak juga naik bas..kan dah kena.huhu