Saturday, February 27, 2010

try to loving you ::::


salaam ...

belajar mencintai sesuatu yang tidak pernah disuka..apatah lagi dicintai.

bagaimana?

bagaiman untuk aku yang lemah ini boleh melakukannya?

dilema !

"aisya ni,xde pendirian la..."

"kalo x suka,apesal aisya xbuat keputusan awal2?"

"kalo aisya xsuka @ xcinta sekalipun,aisya kena belajar untuk suka benda tu..untuk cintakan dia.."

"aisya dah pilih dia dari awal,kan..jadi dia akan mempengaruhi seluruh kehidupan aisya..kena fikir tu"

itu kata mereka

kata2 yang memerli aku dan membuatkan aku termenung sendiri..aku harus menerimanya juga,aku mesti belajar untuk mencintainya walaupun aku tak pernah sekalipun suka apatah lagi cintkan dia..

tapi susah ! susah sangat...bukan senang nak memupuk cinta ni, bukan semudah makan ABC di kedai mamak tu (patutnya minum teh tarik la..huhu)

ianya bukan semudah makan rojak yang dicampur lada banyak2 tu...tak !
ianya xsemudah itu..susah tau

cuba kau rasakan..cuba kau cuba untuk rasakan apa yang kurasakan ini..belajar untuk mencintai..aku wajib buat begitu sebab itu adalah kewajipan aku.kewajipan aku..kalo tak aku seperti menzalimi diri aku sendiri dan dia..sebab Allah yang dah tentukan dia untuk aku.
dan aku?...kana belajar untuk mencintai dia jugak..

tapi,dah banyak yang aku cuba lakukan untuk balajar mencintai dia namun tidak berhasi..setiap kali aku masuk bilik tu,aku rasa strees sangat ! stress dengan segalanya..segala-galanya yang berkaitan dengan dia.. !

arg...sukarnya..

bantulah aku untuk mencintai dia,Ya Allah,

bantu aku untuk mencintanya :

KURSUS SAINS KOMPUTER
(MULTIMEDIA)
(Hahaha..mesti da suspen tahap cipan tadi kan..haha)
*bilik yg sy maksudkan diatas adalah makmal multimedia*

Saturday, February 13, 2010

The Road Not Taken



two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim
Because it was grassy and wanted wear,
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I marked the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I,
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.

(poem by : Robert Frost)

I learn this poem in my secondary school and now I find it back when I remember that i'm a some traveler in this world that begin with zero to the end destination-the Next world.

in our life,we always be face with some situation that need us to choose something between two things and usually,any decision that we make will give an impact to our self and everyone around us.such this poem,when we are in front of two things that both of that is seem like same,we'll feel it so hard to make some decision and at this point,sometimes we are forget to find the decision from our source of life - Allah swt through an istikharah.



however,even we do that,sometimes we are not lean full of our faith with Him so that the decision that we make is not good for us in the long period of time.so that,always scan for our faith with Him,is't become high day after day of not?

____________________________________________

"aisyah,esok kita jalan ko pakai tudung ku lah ya?"
"hah?!tudung kecik tu?"
"ye lah..aku mls org tengok lain2 kalo ko jalan ngan aku pakai tudung labuh kau tu"


(the true dialog with my sis lat night-belum belum balik sabah dah kena uji macam ni.need the helping from Allah..Allah..Allah)


______________________________________________



hidup lagi

cuti mid sem selama seminggu...bersyukur kepada Allah kerana masih memberi nyawa kepadaku pada hari ini dan paling bersyukur sekali kerana aku masih lagi diberikan nikmat Islam sebagai cara hidupku.Alhamdulillah.

semalam aku bertolak dari kota bharu kelantan pada pukul 9 malam.jujurnya aku memang tiada mind setting nak balik sehinggakan pada pukul 7.15 malam semalam,aku masih lagi duduk bersantai sambil berborak-borak dengan chell dalam keadaan belum mengemas apa-apa barangku walaupun bas akan bertolak ke stesyen putra pada pukul 9 malam dan kereta sewa yang akan datang mengambil aku untuk ke stesyen bas akan sampai pada pukul 8 malam.

aku tidak keseorangan.aku pergi dengan kak aiey sebenarnya,pelajar semester 4 yang juga beraal dari sabah seperti aku.aku sengaja ajak dia untuk stay kat rumah kak aku masa cuti mid sem seminggu ni untuk menambahkan kemeriahan cuti ku.yeke?

sepanjang perjalanan 8 jam tu,aku rasa tersiksa sekali.biasanya kalau pergi jalan jauh macam ni aku akan mengalami mabuk perjalanan tetapi kali ini aku tidak diuji dengan itu tetapi sesuatu yang lebih mencabar-kekejangan kaki.aku tak tahu la macam mana boleh jadi yang penting sepanjang perjalanan tu aku tak dapat tidur dengan lena kerana kejang tu.Allah uji.sampai je stesyen putera dalam pukul 6 pagi.cepat-cepat pi cari surau untuk solat subuh,boleh rehatkan badan sekali.

akak aku datang ambil pada pukul 9 pagi.punyalah lewat..dah la lapar ni.sampai je umah dia terus gi makan + online + tido ...hm

dan baru sebentar tadi aku stay kat balkoni tu melihat bunga api yang diaorang lepaskan kat tengah-tengah bandar.esok kan raya cina,jadi hari ni kira macam 'malam takbir' lah bagi diaorang.ya tak?



honest and true,aku sebenarnya tak suka dengan suasana bandar besar macam ni dan aku lebih suka suasana kampung yang aman,damai,sentosa..hm,suasana alam yang menyegarkan.tak sabar nak menghabiskan cuti ni dan memulakan sesi kuliah lagi..